Part 5

1K 100 14
                                    

"Dia okey, cuma perlu rehat yang secukupnya. Darah dia cuma berkurangan sahaja. Nanti kalau darah dalam pek ni dah habis, kamu cabut wayar tu sambung dengan pek air ni pula ya? Dia perlukan air yang secukupnya jugak," jelas Doktor Im setelah selesai merawat Hana.

Seohyun diarahkan untuk memerhati Hana manakala ahli yang lain mengekori gerak-geri Doktor Im. Doktor Im duduk di sofa di ruang tamu diikuti member YEOGI.

"Boleh ke kami pelihara kelawar tu doktor? Tak bahaya ke?" Tanya Mijoo. Matanya membulat dan merenung Doktor Im sehingga membuatkan doktor dalam lingkungan 50-an itu tidak selesa.

"Terserah pada kamu. Yang penting jangan bagi binatang tu terbang sesuka hati dalam rumah. Takut ada diantara kamu pulak yang kena. Dari mana sebenarnya kamu dapat kelawar tu?" Kata Doktor Im. Jungli menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Adalah. Doktor tak perlu tau." Balas Jungli. Dia menarik badan tua Doktor Im dan menolaknya keluar dari dorm mereka. Dia kemudiannya menuju kearah dapur untuk melihat kelawar kecilnya itu.

"Encik Bat..Encik-- Encik Cat? Encik Bat? Encik.." Jungli terkejut melihat kucing peliharaan Shinka telah menjadi kempis. Ia kempis dan sekaligus mati. Beberapa titik darah terlekat di bulu kucing itu. Manakala Encik Bat dilihat sedang menjilat tubuh seperti tiada apa yang sudah berlaku. Jungli keliru.

"Shinka!! Encik Cat kau!! Dah innalillah!!" Tempik Jungli serta-merta. Bergegar rumah dibuatnya apabila Shinka yang berbadan jumbo itu berlari kearah dapur dalam keadaan yang kelam kabut.

"Apa-apa? Kucing aku...." Shinka jatuh terduduk. Kucingnya itu bukan setakat mati dan kempis, tapi bola matanya turut terkeluar, lebihan najis, usus dan sebagainya juga terkeluar melalui dubur. Muka Encik Cat menjadi rata. Sungguh ngeri.

"Shial. Encik cat ni mahal tahu tak?!! Aku beli dengan duit sendiri dan bukannya fans yang bagi!! Ini kucing import dari Parsi!!" Raung Shinka dihadapan sangkar kucing itu.

"Buang kelawar tu! Entah-entah dia penyebabnya kucing ni mati!" Celah Eunqa sambil membawa milo panas di tangan. Dia cuba memberi umpan biskut kering kepada Encik Bat namun si kelawar kecil itu langsung tidak bertindak balas dengan biskut itu.

"See? Mana mungkin seekor binatang tolak makanan??" Ujar Eunqa. Shinka menjentik dahinya dengan kuat.

"Kau bagi biskut mana dia nak makan! Dah lah kering!" Marah Shinka.

×××

Baekhyun mengemop lantai I.O.I. mall dengan penuh sabarnya. Dia menjegil orang yang lalu lalang disitu. Macam manalah mereka boleh jadi pengotor sebegitu rupa. Kasut penuh dengan lecak!

"Hei! Tukang mop lantai! Lap kat sini jugak!" Arah anak pengurus I.O.I mall iaitu Jeon Somi. Somi yang sedang menumpahkan air coffee latte yang dibeli di Starbucks dipandang.

'Dia ni lagi..' Gumam Baekhyun dalam hati. Dia dah lama perhati anak tunggal pengurusnya ini. Entah kenapa sejak awal dia kerja disitu, Somi memang suka cari pasal dengan dia.

"Hoi!! Palli!" Jerit Somi. Baekhyun merengus kasar lalu datang kearah Somi. Dia segera menunduk dan mengemop lantai mozek itu. Kemudian Sohye, rakan Somi menuang sos cili yang diambil di KFC tadi. Dia menuangnya tepat-tepat dihadapan muka Baekhyun.

"Hehe..Opps..Sorry?" Gelak Sohye lalu berlalu dari situ bersama geng I.O.I yang lain. Somi bercekak pinggang dan memandang Baekhyun.

"Seronok mop lantai?" Sindirnya. Baekhyun berdiri tegak. Terkedu dia melihat ketinggiannya yang sama dengan Somi atau Somi lagi tinggi dari dia entahlah. Dia cuba menjengketkan kakinya.

"Kau ni berdendam ke dengan aku? Dalam kehidupan kita sebelum ni ada aku kacau kau ke?!!" Marah Baekhyun. Somi mencebik.

"Ikut suka hati aku lah nak kacau ke tak. buat je kerja kau!" Jerit Somi. Baru sahaja dia mahu beredar, dia terlanggar botol sos cili dilantai yang diletakkan oleh Sohye tadi. Dia menjerit dalam hatinya. Lalu pergi dari situ sambil menghentak kaki.

Baekhyun memandang kaca-kaca yang bertaburan itu. Perlahan-lahan dia mencangkung. Setiap cebisan kaca diambil dan diletakkan ke dalam penyodok.

"Aduh! Malang betul nasib aku harini." Kata Baekhyun, perlahan. Tangannya yang luka itu dipandang. Matanya redup memandang darah yang mengalir. Anak matanya mula berubah menjadi warna merah. Kukunya hampir menjadi hitam manakala taringnya perlahan-lahan muncul.

"Nah!" Satu tangan menghulurkan plaster kepada Baekhyun. Dia mendongak.

"Ambillah cepat. Lenguh ni." Pinta dia lagi. Baekhyun cepat-cepat mengambil plaster itu dari tangan Somi.

"Aku nampak kau kutip kaca tu. Kebetulan watson kat sebelah. Aku belilah plaster tu. Jangan fikir lebih. Aku..aku bukan apa, kalau tangan kau luka, macam mana kau nak mop lantai kan?" Ujar Somi, dengan mulut yang sengaja dimuncungkan. Dia sekali lagi beredar dari situ. Baekhyun menekan jarinya agar sisa-sisa darah keluar.

Dia membatalkan niat untuk menghisap darah itu. Entah kenapa dia rasa tak sanggup. Plaster itu segera ditampal agar kehausannya itu dapat dikawal.

×××

"Aiskrim!! Aiskrim!!"

"Baozi!! Baozi!!"

Suara dua lelaki yang sengau dan garau saling beradu kedengaran di taman perumahan Goreyow. Masing-masing bersaing untuk mendapatkan pelanggan.

"Mari adik kecil.. Abang jual aiskrim delicioussss.." Pancing Chanyeol

"Aniy! Beli baozi abang. Adik semua mesti lapar kan?" Pancing Sehun pula. Kanak-kanak disitu hampir terputus kepala mereka apabila terpaksa memandang ke kiri dan kanan berulang kali.

"Aiskrim!!"

"Baozi!!"

"Hajima!!!!!" Jerit satu suara. Seorang budak kecil yang sedang menangis sambil membawa patung rilakkuma dipandang. Pandangan Chanyeol dan Sehun tertumpu kepadanya sekarang. Dia sedang dibuli beberapa orang budak lelaki yang nakal. ChanHun memandang satu sama lain kemudian mengangguk.

Mereka menghampiri kanak-kanak yang nakal itu dengan senyuman yang mengerikan seperti pedofil.

Beberapa minit kemudian,

"Kamsahamnida oppa telinga besar, oppa muka ketat macam larva sebab tolong Mia," ujar si kecil. Chanyeol dan Sehun mengangguk sahaja. Mereka tadinya mengejar kanak-kanak pembuli itu dengan aiskrim dan baozi untuk selamatkan Mia.

"Rumah Mia kat mana?" Tanya Sehun. Belakang Mia digosok lembut. Lagaknya seperti seorang bapa.

"Belakang sana..Oppa janganlah cakar. Sakitlah." Mia hampir menangis. Dia segera memeluk Chanyeol. Sehun pula bingung.

"Kau ca--"

"Mana ada Hun cakar. Gosok je." Sehun cuba membela dirinya.

"Shuu..Jangan nangis.. Sehun oppa tak sengaja tu." Pujuk Chanyeol. Mia mengangguk seraya mendongak.

"Oppa..kenapa mata oppa warna merah?" Tanya Mia. Mata Chanyeol membulat, dia terus memandang Sehun. Sehun menggelengkan kepalanya apabila Chanyeol merenungnya seperti inginkan jawapan tentang matanya.

"Mana ada mata oppa merah. Mia salah tengok ni. Jomlah kami hantar Mia balik. Khaja-khaja." Dengan pantas Chanyeol mengemas gerai aiskrimnya itu. Mereka segera membawa Mia pulang ke rumahnya.

-bersambung


Terima kasih sebab sudi meluangkan masa baca ff ini😅😂💓

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now