Sehun berundur ke belakang saat ternampak seorang gadis vampire yang sedang melusuri koridor tanpa sebarang pengikut. Baju gadis itu nampak kotor dan dipenuhi lumpur. Mungkin dia telah keluar ke bandar orang kampung sebentar tadi.Dia rasa seperti pernah melihat sosok wajah gadis itu. Raut wajahnya persis seseorang yang pernah dia kenali sewaktu di bumi dahulu. Tapi siapa?
"Line clear?" bisik Seohyun kepada Sehuh.
Sehun agak tersentak. Terkejut. Rupa-rupanya dia tengah mengelamun tadi. Sehun kembali mengintip koridor yang agak gelap itu dan berpaling kearah mereka. Dia kemudiannya mengangguk.
Dia tahu yang ini merupakan istana mereka dahulu tapi kenapa rasanya agak asing disitu? Rasa seperti baru kali pertama mereka menjejakkan kaki ke situ.
"Ikut sini," arah Sehun.
Dia mengekori gadis vampire tadi untuk mengesahkan kewujudan gadis itu. Hatinya tergerak untuk mengetahui identitinya. Padahal otaknya berkeras menolak semahu-mahunya.
Mereka yang dibelakang hanya mengikuti sahaja langkah Sehun kerana tidak tahu apa-apa.
Lama berjalan, mereka akhirnya berhenti saat tiada bertemu jalan mati. Tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti tapak kaki menuju kearah mereka. Mereka berdebar-debar kerana tiada tempat untuk berlindung. Tiada sesiapa yang mempunyai kuasa halimunan disini mahupun teleportasi.
"Kita nak buat apa--"
"Shuu!" Sehun mengarahkan Seolhyun untuk diam. Kris mula memberi isyarat agar gadis-gadis berdiri dibelakang mereka.
Mereka berdua kini dalam posisi bersedia untuk menyerang musuh. Namun, tapak kaki itu berhenti daripada berbunyi saat ianya berada hampir dengan mereka.
Keadaan menjadi sunyi. Dari sebelah dinding, terdapat satu bayang-bayang sedang statik disana. Sehun dan Kris memandang satu sama lain. Mereka cuba menghampiri bayang-bayang tersebut dan secara tiba-tiba satu makhluk kecil muncul dan memeluk kaki Sehun.
"Mia??"
"Sehun oppa!"
Anak kecil itu melompat kearah Sehun dalam keadaan serabai dan memeluknya erat seperti ketakutan. Air mata mengalir dipipi anak kecil itu. Dia seperti sedang lari dari sesuatu.
"Mia buat apa dekat sini? Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Sehun. Dia ingat Mia. Anak kecil yang dia jumpa sewaktu meniaga baozi bersama Chanyeol dahulu.
Persoalannya, apa yang dia buat disini?
"Sehun oppa.. Ada makhluk besar cuba nak tangkap Mia..Mia takutt.." adu Mia. Sehun kini melutut. Dia menenangkan Mia yang ketika itu sedang menggeletar kuat. Manakala Kris dia memerhati dari sebelah.
Dia rasa dia macam pernah dengar nama Mia sebelum ini tapi di mana ya?
Seohyun merenung tajam kearah Mia yang masih memeluk Sehun itu. Rasa cemburu secara tiba-tiba membuak-buak. Walhal kalau diikutkan logik, Mia hanyalah anak kecil. Bukan orang dewasa pun.
"Hun, kenal budak ni? Macam mana?" soal Seohyun, tertanya-tanya.
"Dulu waktu saya dengan Chanyeol jual baozi. Kitorang kenal Mia waktu tu.." ujar Sehun. Syak wasangka Seohyun semakin meningkat.
"Habistu apa budak ni buat dekat sini? Kau tak pelik?" soal Hyoyeon pula. Entah kenapa, hati Sehun tiba-tiba membara.
"Dia budak je! Korang jangan nak syak macam-macam! Dia kena kejar tadi korang tak dengar ke?!" tengking Sehun. Hyoyeon terkejut mendengar jerkahan Sehun.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampireMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...