Flashback..'Hi.Lama tak jumpa.' Sapa Vampire tua itu dengan girangnya. Dia tersenyum menampakkan giginya yang rongak. Sekali imbas, wajahnya seakan-akan Jimong Scarlet Heart.
"Pakcik? Pakcik buat apa kat sini?"tanya Hana, yang sedang mengalami kejutan budaya..
Tak ada angin ribut tiba-tiba pakcik yang sama yang telah membuatkan mereka ditimpa pengalaman buruk itu kembali..
Seohyun yang masih tidak tahu menahu akan hal itu hanya membatu. Almaklumlah dia orang pertama yang diculik jadi dia terlepas semua adegan menarik itu.
"Mian.. Sebab datang tiba-tiba.. Aku Ji Jimong, datang untuk bermesra dengan korang.." Balas Jimong. Lol muka dia memang 'Jimong' ..
"Hah???"
"Korang semua tak perlu takut.. Tak akan ada dah pengembaraan aneh tu.. Kali ni, aku datang cuma nak jaga korang je.." Jelas Jimong lagi. Dia kemudiannya perlahan-lahan merangkak keluar dari dalam televisyen itu.
Jungli pengsan setelah melihat Jimong keluar dari tv. Gayanya macam The Ring je. Jimong merenung mereka dengan wajah tak bersalah.
"Scary af.." Ujar Eunqa perlahan.
Jimong segera menuju kearah dapur mereka. Kelawar yang sedang tidur itu dipandang.
"Kenapa korang simpan benda ni kat sini?" Tanya Jimong sambil tangannya cuba untuk menyentuh pintu sangkar itu.
Pap!
Tangannya ditampar oleh MinAh dengan kuat.
"Jangan sentuh kelawar tu..Nanti Jungli mengamuk!" Tegas MinAh.
"Jangan kacau! Ini urusan aku.. Demi keselamatan korang.." Kata Jimong pula. Dia kembali menarik-narik palang kecil itu. Sesungguhnya, dia buntu. Dia tak tahu cara yang betul untuk membuka pintu sangkar itu.
"Mende kau ni?" Tanya Taeyeon, bingung.
"Macam mana nak bukak ni?"
×××
Jinhwan berlari terkedek-kedek dengan tangan tikusnya. Letih juga dia mencari jalan pulang ke dunia vampire. Sudahlah dia sekarang dalam bentuk tikus sampah, jadi memang taklah kalau dia dapat balik secepat mungkin.
Hidung kecilnya itu digunakan untuk menghidu laluan Batu Mutiara Hitam yang digunakannya untuk datang ke sini iaitu Bumi.
"Arhhh.. Kenapalah aku tak jadi anjing!! Hidung tikus ni tak ada manfaat pun!!"
Marah Jinhwan lalu merempuh tong sampah dihadapannya. Pening dia dibuatnya.
Setelah kepenatan mencari jalan, dia kini kehausan dan kelaparan. Apabila mengingatkan yang dia telah termakan taik Hanbin, dia semakin loya. Tanpa memandang ke hadapan, dia berlari sahaja tanpa henti.
Sebuah rumah agam yang besar dan cantik telah dimasuki oleh dirinya. Jinhwan menuju kearah dapur rumah agam itu.
"Wow! Besarnya rumah ni.. Agaknya tahun berapa ya aku akan jumpa dapur rumah ni?"
Bebel Jinhwan. Dia terus sahaja berjalan dengan tenang sehingga sampai keatas sofa. Dia cuba untuk berdiri tegak dan ianya berhasil. Matanya menangkap arah dapur.
"Finally"
×××
"Hati-hati Yeol, kau tu masih lemah.." Kata Baekhyun yang sedang menjinjing beg pakaian Chanyeol. Manakala Kris dan Sehun menolongnya untuk berjalan.
Luhan pula membuka pintu rumah buat mereka. Hujan diluar membuatkan mereka kesejukan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hujan turun hari ini.
Madam Lee segera naik ke bilik tanpa menghiraukan mereka berlima. Mata Sehun sempat menjegil Madam Lee tanpa sebab. Chanyeol pula dipapah dan diletak diatas sofa.
"Kau tunggu sini, biar aku buat air ehh?" Kata Baekhyun dengan riangnya. Baju sejuknya dibuka dan diserahkan kepada Chanyeol. Topi yang dikaitnya juga dipakai dikepala Chanyeol.
Dia dengan girangnya menuju kearah dapur untuk membuat air.
"Lalalalalala.. Kojineun heart beat beat beat pallajineundae." Nyanyi Baekhyun. Lagaknya serupa hendak memberi minum kepada suami.. Ceh!
"Majimak-- Lipasss!!!!"
Baekhyun berlari ke ruang tamu dan melompat keatas sofa. Lipas tadi turut mengejar mereka. Kris dan Sehun juga cemas dan turut naik keatas sofa. Habis Chanyeol dikerjakan oleh kaki mereka.
Adik-beradik yang dikenali sebagai musuh lipas ini kini ketakutan. Macam mana kalau lipas ini membunuh mereka?!! Mereka masih muda dan masih mahu hidup!
"Hyung!!! Tolong Baek!!" Rayu Baekhyun kepada Kris. Dia sudah menangis disisi Luhan.
"Aniyo!! Kris hyung tolong saya!! Saya takut!!" Jerit Luhan pula. Habis terkeluar wajah buruknya.
"Luhan biar Hun selamatkan Han!!"
Prak!
Sehun terpijak lipas yang besar dan lembik itu sehingga terkeluar darahnya yang berwarna merah gelap.
Pandangan mata mereka beralih ke kaki Sehun.
"Hun.."
"Eee ."
Kata mereka dan terus pengsan.
-bersambung
Ok tak berapa best😂😂 lol idea dah hilang.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
WampiryMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...