"Kau letak dia!!" Tempik Chanyeol, geram.Leon tidak mendengar arahan Chanyeol sebaliknya fokus menyeksa Hana. Wajah Hana berkerut seribu. Dirinya hampir kehilangan nafas.
"Aku kata lepas!!" Satu tumbukan berupa api menerombos dari Chanyeol kearah Leon sehingga menyebabkan lelaki itu terpelanting.
Badan Hana sudah tidak dikawal dan dia jatuh ke tanah. Bersungguh-sungguh dia menghirup oksigen. Serasa hampir sahaja dia mati tadi.
Chanyeol terus berlari mendapatkan Hana. Dia memeriksa keadaan gadis itu untuk memastikan dia tidak tercedera.
Mia tidak menolong bapanya sebaliknya, dia mengawal Sehun dan mengarahkannya untuk menyerang adik-beradiknya sendiri.
Sehun mendekati Chanyeol lalu menarik baju abangnya itu dengan kuat. Ditolak Chanyeol kearah tempat yang lebih luas lalu dibelasah lelaki itu tanpa ada rasa simpati lagi. Mia mengambil kesempatan untuk mendapatkan Hana.
Dia menghalang EXO dan YEOGI daripada mengganggunya. Mereka semua tidak mampu untuk bergerak kerana dihalang dengan pendinding yang dibuat oleh Mia. Badan Hana ditarik agar dia berdiri.
"Akhirnya, kau datang juga.." ujar Mia. Pipi Hana disentuh kasar. Rambut Hana terus ditarik dan dia diheret naik keatas takhta. Hana meronta-ronta agar dilepaskan sehingga berlaku pergelutan antara mereka.
Chanyeol pula masih berusaha untuk tidak mencederakan adiknya sendiri.
"Tolonglah Sehun. Sedar! Aku tak nak apa-apakan kau!" rayu Chanyeol. Setiap kali tumbukan dilepaskan oleh Sehun, Chanyeol langsung tidak membalas sebaliknya dia seboleh mungkin mengelak sahaja. Sehun yang dipukau itu tidak mampu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Chanyeol. Dia berterusan menyerang tanpa henti.
Manakala disebalik pendinding yang Mia hidupkan tadi, Seohyun sedang mengumpul kuasanya. Dia nampaknya sedang dalam keadaan marah. Tangannya dikepalkan sehingga merah. Entah dari mana, datangnya satu angin taufan kuat yang mampu melenyapkan dan memusnahkan pendinding itu dengan semudah ABC.
Tanpa berlengah, Seohyun menuju kearah Sehun dan menariknya jauh dari Chanyeol. Kini, Sehun menyasarkan Seohyun pula.
"Chanyeol, berdiri belakang aku!" arah Seohyun, tegas. Chanyeol nampak bingung.
"Kau?" soalnya. Seohyun menoleh lantas menjelingnya.
"Ye!" balas Seohyun, garang. Seohyun mengalihkan semula perhatiannya pada Sehun. Lelaki itu sedang tersenyum sinis kearahnya.
"Jangan nak senyum-senyum lah!" marah Seohyun lalu mula menghalakan penumbuknya kearah Sehun. Tanpa disangka, tumbukan padu itu mampu membuatkan Sehun jatuh. Bibirnya berdarah.
Sehun yang dipukau itu nampaknya turut sama terkejut seperti mana EXO dan YEOGI.
Seohyun menghentak tanah dan keluarkan batu-batuan disekeliling Sehun yang membentuk seolah-olah busut yang besar. Busut ini menghalang Sehun daripada bergerak.
Sehun nampaknya sedang membebel akan sesuatu namun dalam bahasa yang tidak dapat difahami. Dia bergelut untuk keluar daripada penjara buatan tanah itu.
Chanyeol pula baru sahaja ingin mendapatkan Hana namun dihalang oleh Leon. Dibelakangnya Chanyeol, berdiri member-member EXO yang bersiap-sedia untuk mempertaruhkan hidup mereka demi Lyoxo.
"Langkah mayat aku dulu kalau kau inginkan The One." arah Leon. Chanyeol mengetap bibirnya. Rahangnya menegang.
"Dengan senang hati!" Chanyeol mula menyerang Leon dengan bertubi-tubi.
Suho pula menyerang hendap agar serangan Leon dapat dipatahkan. Baekhyun melempar bola cahaya kearah mata Leon manakala Chen mengenakan kejutan elektrik kearah lelaki kejam itu. Namun sayang, serangan mereka dapat dipatahkan begitu sahaja. Leon sepertinya sudah dapat membaca formasi serangan mereka.
"Dengan cara korang ni, tak mungkin korang akan dapat mengalahkan aku! Hahahaha!" Leon ketawa dengan angkuhnya. Menggunakan kuasa telekinesisnya, dia mengangkat Suho, Baekhyun, Chen dan Chanyeol dengan begitu mudah sekali.
Diputar badan lelaki-lelaki itu dengan senang hati. Kemudian dihempaskan pula mereka kearah siling dengan kuat. Dek kerana terlalu geram, Seolhyun membuka sarung tangannya lantas melempar kristal-kristal ais kearah Leon.
Salah satunya menusuk ke dalam kaki Leon sehingga menyebabkan berlaku pendarahan. Perhatian Leon pula terarah pada Seolhyun. Dia menarik Seolhyun pula dan mencekik gadis itu.
"Tak guna kau! Sial!" tempik Leon kesakitan. Seolhyun tetap cuba untuk membekukan Leon meskipun dirinya sedang kesakitan sekarang ini.
Disebabkan Luhan mempunyai kuasa yang serupa dengan Leon, dia cuba untuk mematahkan kuasa milik Leon. Luhan mengambil pedang yang berada diatas takhta dan melemparnya kearah Leon dengan kecepatan cahaya.
Namun sekali lagi, mereka tidak berjaya. Hampir-hampir sahaja pedang itu melukakan Seolhyun.
"Sakitlah!" Hana menghentak kepala Mia menggunakan dahinya. Mereka berdua kini sama-sama kesakitan dan agak pening. Mia menahan geramnya.
"Kau jangan nak melawan aku!" Marah Mia lalu sekali lagi menarik rambut Hana.
Hana melawan. Dia tak mahu menjadi seorang yang lemah. Hana menyentuh kepalanya saat terasa seperti ada cecair sejuk yang mengalir. Saat dia melihat tangannya, dia terketar-ketar kerana cecair yang dipegangnya itu berwarna merah. Baju yang dia pakai itu juga turut sama berubah warnanya. Hana tunduk seketika. Bibirnya diketap, geram.
Dengan ajaibnya, pancutan air keluar dari hujung rambutnya dan mula mencakar tangan Mia. Mia menjerit kesakitan. Tangannya kini berdarah dengan teruk sekali.
Tanpa berlengah, Hana menggunakan kuasanya itu untuk mengalahkan Mia. Dia membentuk pedang-pedang kecil disekelilingnya lantas dilempar pada Mia. Mia sempat membuat portal perlindungan dan mengelak namun salah satu daripada pedang itu terkena pipinya.
"Aku dah kata..."
"Jangan main-main dengan aku!!"
Hana membentuk satu tsunami kecil dan melemaskan Mia didalamnya. Dia menumbuk Mia menggunakan bebola-bebola air yang sumbernya datang daripada air pancut berdekatan takhta.
Mia menahan kuasa Hana menggunakan kuasa apinya. Dia mengeringkan dirinya menggunakan api dan mengeringkan air-air disekelilingnya.
Gadis vampire itu melempar bebola api kearah Hana dan dibalas bebola air pula. Bertubi-tubi serangan itu berlaku sehingga bergegar satu istana. Perlahan-lahan, busut yang dibina oleh Seohyun retak.
"Ajal kau dah sampai!" ujar Mia lalu mengeluarkan api yang bahkan lebih besar daripada seekor naga. Bahang yang dikeluarkan mampu mengeringkan satu tasik besar. Ahli YEOGI menutup mata mereka saat api itu dihalakan kearah mereka. Namun aneh, badan mereka tidak terasa badan sekalipun. Taeyeon mencuri-curi pandang dan ternampak Hana yang sedang membuat benteng besar daripada air.
Baju yang dipakai oleh Hana juga telah berubah warna menjadi kusam. Kesan daripada darah yang mengalir dibelakang kepalanya.
Tzzzz
Taeyeon tersentak saat tangannya mengenakan kejutan elektrik kepadanya kerana air yang dikeluarkan oleh Hana terpercik kearahnya. Tangannya kini mengeluarkan elektrik yang voltannya agak kuat. Dia menghalakan tangannya kearah benteng yang Hana sediakan dan menyebabkan sesiapa yang terkena air itu terkena kejutan elektrik.
Tahu akan kekuatan kuasanya, dia memasukkan kedua-dua tangannya kedalam benteng itu. Disebabkan voltannya terlalu tinggi, elektrik yang dikeluarkan itu berjaya membelah zarah-zarah didalam api dan menyerang Mia. Mia menggeletar kuat sehingga rambutnya berubah menjadi kerinting. Api yang dikeluarkannya berhenti.
Taeyeon membentuk satu kilat kecil yang persis seperti Zeus. Dia menuju kearah Mia dan bersiap-sedia untuk membunuh gadis itu.
"Selamat tinggal!"
Bersambung
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tak adanya zarah-zarah elektrik boleh mengalir dalam api 😂 Dan maaf weh kalau hambar.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampireMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...