Part 31

714 76 3
                                    

Petang itu, mereka semua terasa seolah-olah dipukau sehingga tertidur. Mungkin terlalu penat disebabkan perjalan yang tak seberapa jauh. Sedang elok mereka berbaring diatas katil menikmati mimpi yang indah, mereka dikejutkan dengan bunyi serigala mengaum.

"Bangun!" Ngauman itu disertakan dengan jeritan ini. Terus mereka bangkit dan berdiri disebelah katil. Macam dah dilatih.

"Kenapa ni??" Tanya Kris yang masih mamai. Dia menggeliatkan badannya yang terasa lenguh itu. Tiba-tiba badan mereka diangkat ke udara dan bergerak keluar dari bilik tidur.

Untuk pengetahuan, mereka bersepuluh tidur sekamar dan menghadap satu sama lain. Setiap seorang dapat single-bed. EXO yang sudah terbiasa dengan apungan dengan tenangnya tidur-tidur ayam manakala ahli YEOGI agak takut sedikit.

Mereka kini ditempatkan di belakang istana yang keluasannya dua kali ganda padang bola. Ditangan mereka pula terdapat sebilah pedang yang dihiasi manik-manik mutiara yang berwarna putih. Tempat pemegangnya disaluti emas 100 karat. Pakaian mereka ditukar ke baju perisai tentera yang berat.

"Omo omo. Apa semua ni?" Tanya MinAh. Dia kini menggunakan pedang ditangannya sebagai tongkat untuk mengelakkan dia daripada jatuh disebabkan bebanan yang melebihi berat badannya.

"Kamu semua akan berlatih cara untuk menggunakan pedang dengan betul. Jadi, siap sedia!" Jawab Jaze dan mula memanggil askar-askar upahannya. Sebenarnya mereka ialah jelmaan haiwan-haiwan dihutan larangan itu sahaja.

"Hah? Tapi kami masih penatlah! Kami baru sahaja bangun dari tidur!" Bentak Taeyeon. Jaze merenungnya dengan pandangan tajam.

"Kalau seorang tentera yang berperang selama tiga hari tanpa tidur boleh bertahan, kenapa kamu tidak boleh?" Balasnya.

"Itu tentera. Ini kami. Lain." Jawab Taeyeon. Jaze rollkan anak matanya. Nak bergurau senda pula anak Apollo ni. Jaze menghentakkan kakinya ke tanah sehingga gempa selama 0.1 saat berlaku.

"Jangan main-main lagi! Baik kamu semua berlatih sekarang sebelum terlambat! Seorang anak dewa perlu handal dalam bab pertahanan seperti ini. Kamu pasti tidak mahu memalukan keluarga kamu kan? Jadi, buat sehabis mungkin dan jangan silap!" Teriak Jaze, garang. Dia mula meninggalkan ke sepuluh orang itu disana dengan askar upahannya.

Pedang ditangan mula diangkat ke udara. Askar-askar upahan itu mula mengajar ahli YEOGI dan EXO cara untuk betul.

"Angkat ke udara dan hunuskan dengan sepantas kilat." Arah salah satu askar kepada Hana. Hana mengangguk faham. Dia segera menghunuskan pedang kearah jerami yang dibentukkan sebagai manusia namun tersasar.

Pap! Punggungnya dilibas dengan rotan. "Satu kesalahan. Satu rotan. Buat betul-betul!" Jerit askar yang lain. Wajahnya seiras dengan tikus. Phew. Menakutkan. Chanyeol yang melihat Hana dirotan naik marah namun dirinya dihalang oleh seorang lagi askar. Chanyeol mundur ke belakang.

Rotan ditangan dipusing-pusing dengan jari telunjuk. Si askar mengelilingi ahli EXO dan YEOGI yang sedang berlatih.

Luhan yang memusingkan pedang dengan cara yang salah terus dilibas dengan rotan. Jatuh terduduk lelaki itu dibuatnya. Pedang ditangan jatuh dan hampir mengena pada kakinya namun sempat diselamatkan oleh askar berupa tikus itu.

"Hunus dengan pusingkan tangan dibelakang dari kiri ke kanan! Bukan dari tengah! Lembap!" Marahnya. Pedang itu dilempar ke tepi Luhan.

Dia mula meninggalkan Luhan dan memerhati yang lain. Seohyun yang sedang cuba untuk memotong daun kecil diperhati. Lima kali gagal. Dia mula bersedia untuk menghukum Seohyun namun sempat dihalang Sehun.

"Tuan hukum saja saya! Tapi bukan dia!" Kata Sehun, berani. Dia tahu yang Seohyun sudah melakukan kesilapan sebanyak lima kali. Habislah berdarah punggung teman wanitanya. Dia tak akan biarkan Seohyun kesakitan.

"Baiklah kalau itu yang kamu mahu. Disebabkan kamu berlagak berani, saya tambah lagi lima!" Askar berupa tikus mula merotan punggung Sehun sebanyak sepuluh kali. Seohyun telan liur sahaja melihat adegan itu.

"Ohse.." panggil Seohyun perlahan dengan nada terharu. Sehun yang sudah bergenang air matanya kerana sakit masih mampu tersenyum.

"Teruskan latihan kamu!" Arah askar berupa buaya kepada Seohyun. Kali ini, dia mula berlatih bersungguh-sungguh. Dia akan membalas budi Sehun.

Chanyeol yang sedang memotong jerami berupa manusia pula diperhati. Potongan yang agak tidak cantik itu menaikkan kemarahan askar tikus.

Pap! "Potong elok-elok! Macam ni!" Dia mula menunjukkan demonstrasi dihadapan Chanyeol. Chanyeol ternganga. Sungguh tepat dan cepat. Dia langsung tidak sempat untuk memandang pergerakan pedang itu.

"Woah." Kata Chanyeol, kagum. Pedang itu diserahkan semula kepada Chanyeol.

"Tiru gerakan tu! Kuasainya dengan pantas!" Arah askar berupa tikus itu. Chanyeol mengangguk namun sekali lagi dia gagal dan menerima hukumannya. Dia mula berlatih dengan betul.

"Tutup mata dan cuba untuk rasai pergerakan musuh. Inilah teknik yang kamu boleh gunakan lagi-lagi pada waktu malam." Kata askar berupa burung kepada Baekhyun dan Eunqa.

Mereka mula berdiri membelakangi masing-masing dan menutup mata bersama. Pedang dihunuskan ke udara dan mereka mula berpusing secara automatik.

Zasss! Pergerakan askar berupa burung yang terlalu laju tidak memberi kesan apa-apa pun terhadap mereka berdua. Malah mereka masih lagi dapat keadaan 'bersedia'.

Cerk! Pipi Baekhyun dan Eunqa ditoreh dengan daun yang tajam. Mereka menjerit kesakitan.

"Tak peka! Tumpukan perhatian! Gunakan telinga! Gunakan deria kamu!"
Arab askar berupa burung itu.

"Matilah kita kena toreh dekat muka." Kata Baekhyun perlahan. Tanpa dia sedar, Eunqa juga bersetuju dengan kata-katanya. Sudahlah mereka pening kerana sekeliling sudah gelap.

-bersambung

Vote ye? 💙

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now