Taman di tengah-tengah Seoul.
Hana mengambil tempat di salah satu kerusi yang berada di situ. Fikirannya terus melayang pada saat dia pertama kali berjumpa dengan Chanyeol, dan saat dia berjumpa dengan seseorang yang mirip Chanyeol iaitu Chan Lie. Dia mengeluh perlahan.
"Unnie, mianhae sebab pilih tempat ni.." Kata Mijoo, serba salah. Dia lupa taman Seoul inilah tempat di mana segala adventure mereka bermula.
"Nevermind.." Balas Hana. Mijoo duduk di sebelah kirinya manakala Seohyun duduk disebelah kanannya. Eunqa dan Taeyeon masing-masing duduk bersebelahan dan acara pada hari itu dimulakan semula.
Sedang mereka berborak bersama peminat yang hadir, satu meteor menjunam ke arah barat Seoul. Ianya mengakibatkan gempa bumi selama lima saat.
×××
Lima tahun kemudian.
Sehun berlari-lari masuk ke dalam rumah sebaik sahaja jualan baozinya laku. Bakul baozi dilayangkan ke udara.
"Kyungtho hyung! Hun dah balik!" Jerit Sehun dan menghulurkan bakul itu. Kyungsoo tersenyum melihat duit yang bertimbun di dalam bakul itu. Rambut Sehun diramas lembut.
"This is my style!" Jerit Kyungsoo, riang.
Inilah kehidupan mereka sekarang. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kyungsoo, meskipun bukan yang sulung mengetuai hidup mereka. Luhan pula menjadi pembantu. Mungkin kerana takdir hidupnya kekal sebagai pembantu, macam kekasihnya. Okey abaikan. Chanyeol pula bekerja sebagai penjual aiskrim di taman perumahan mereka. Baekhyun pula sebagai pekerja di shopping mall. Sekiranya nampak lelaki yang sedang mengemop lantai, itulah Baekhyun. Sehun pula lelaki yang menjual baozi di taman bersama Chanyeol.
Meskipun mereka semua bukanlah adik-beradik kandung, mereka tetap hidup bersatu padu dan sentiasa bersama.
"Baekhyun tolong ambilkan timun tu." Arah Kyungsoo.
"Tak dengar. Saya pekak.." Balas Baekhyun. Kyungsoo menayangkan wajah geram manakala Baekhyun masih lagi main-main.
"Baek."
"Tak dengar tak dengar saya pekak saya orang kurang upaya ohoratt!!" Marah Baekhyun. Kyungsoo menayangkan senduk tinggi ke udara lalu melempar cebisan sayur kubis ke muka Baekhyun.
"Soo!" Rengek Baekhyun. Dengan bermalas-malasan dia bangun dan menuju ke arah peti ais. Menyusahkan betul adiknya yang seorang ni. Dengan hidung yang ditutup dan mata yang dipejam, Baekhyun memberanikan diri menyentuh musuh utamanya iaitu
TIMUN!
×××
Hujan lebat yang turun membasahi bumi menyebabkan perjalanan Eunqa yang baru sahaja selesai membeli pau panas terhenti. Entah kenapa dia mengidam mahu makan pau pula.
Dia menutup seluruh kepalanya dengan hoodie.
"Tak kesahlah basah sikit," ujar Eunqa lalu berlari ke tengah jalan untuk ke seberang tanpa memikirkan tentang keselamatan dirinya.
Prettt! Hon kereta dibunyikan. Eunqa berpaling ke sebelah kanannya. Kaki Eunqa tak mampu bergerak lagi, ianya bagai digam ke tanah. Tiba-tiba tubuhnya ditarik oleh seseorang.
"WOI JALAN PAKAI MATA!" teriak pemandu itu.
"JALAN PAKAI KAKI LAH!! PEMANDU BODOH!" balas lelaki yang menolong Eunqa. Eunqa memandang lelaki berambut blonde itu. Suara itu seperti biasa didengar.
"Cik okey? Tak luka kan?" tanya lelaki itu. Eunqa terpana.
"Luhan?" tanya Eunqa. Tangannya terketar-ketar menyentuh pipi Luhan. Wajah inilah yang dia rindui selama ini. Adakah Luhan sudah kembali?
"Ya nama saya Luhan. Macam mana cik tahu?" Balas Luhan, seolah-olah tidak kenal dengan Eunqa. Wajah mereka sama-sama berkerut.
"Kau tak kenal aku?"
Luhan menggosok belakang tengkuknya.
"Awak ni artis antarabangsa tu kan? Saya kenal. Oh Eunqa. Tapi, macam mana cik tahu nama saya?" Jawab Luhan. Eunqa terkedu. Mungkin ini bukanlah Luhan si vampire. Harapannya hancur musnah berkecai disitu.
"Luhan.. Kau buat apa.. Ommaya.. Kau couple dengan artis?" Tegur Chanyeol yang datang bersama gerai aiskrim bergeraknya. Ternganga mulutnya melihat kedua manusia itu.
"Chanyeol, kau pun ada kat sini?" Tanya Eunqa. Chanyeol memandang Luhan bagi meminta penjelasan.
"Cik artis kenal saya??"
Eunqa bingung. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Betul ke mereka tak kenal dia atau mereka pura-pura je?
"Macam ni lah, benda boleh bawa bincang.. Apa kata kita pergi minum kopi kat kafe dan bincang kat sana.. okey?" Cadang Luhan..
-bersambung
Sorry kalau boring💔
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampirosMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...