"Kyaaaaaa!! Siapa letak pad atas dahi Chanyeol ni?!!!" Jeritan Madam Lee mengakibatkan mereka berlima yang sedang tidur terbangun.
Mereka semua menguap perlahan dan berdiri. Seorang demi seorang mendekati Madam Lee yang sedang bercekak pinggang memandang mereka. Rambutnya disisir ke belakang.
"Daedaphae(jawab)!! Siapa yang buat ni?" Soal Madam Lee lagi. Terketar-ketar Kris mengangkat tangannya. Wajah comel sengaja dibuat-buat dihadapan Madam agar Madam terpikat. Namun lain jadinya apabila telinganya dipulas dengan kuat.
"Siapa ajar kamu buat macam tu hah?! Hadeehh..Pening aku macam ni.." Madam Lee duduk diatas kerusi bersebelahan dengan katil Chanyeol. Kepalanya diurut-urut beberapa kali.
"Jeongmal mianhae Madam. Saya.. Maafkan saya Madam.." rayu Kris. Chanyeol membuka matanya disebabkan kekecohan yang berlaku. Perit sekali rasanya. Jarinya cuba diangkat.
"Baek--" panggil Chanyeol. Baekhyun melulu kearah Chanyeol apabila dipanggil. Pad dibuang jauh ke dalam tong sampah. Tangan Chanyeol digenggam.
"Wae? Wae?" Soal Baekhyun, risau.
"Mia..Mia.."
Kesemua mereka memandang satu sama lain. Dah kenapa dengan budak kecil tu? Rambut Chanyeol diselak ke belakang. Baekhyun menekapkan belakang tangannya ke dahi Chanyeol.
"Dia demam teruk sangat ni. Kita kena bawa dia ke hospital." Kata Baekhyun.
×××
Doktor Yuta menyediakan picagari sebaik sahaja Chanyeol dibaringkan diatas katil hospital. Jarum IV dicucuk di lengan kiri Chanyeol. Kemudian ubat jenis cecair diambil. Lengan Chanyeol disapu ubat tahan sakit.
"Omma..Tak nak cucuk!!" Rengek Chanyeol. Jarum silver itu menakutkan dirinya. Tangan Baekhyun digerak ke depan dan belakang.
"Nurse!!" Jerit Doktor Yuta. Dua orang jururawat mula memegang Chanyeol untuk menghalangnya daripada bergerak. Doktor Yuta menghalakan muncung jarum keatas lengan Chanyeol.
"Taknak!!!!!!!" Jeritan Chanyeol semakin lama semakin perlahan. Matanya terkatup sekali lagi.
"Esok dia boleh balik. Encik boleh ikut saya untuk sign beberapa fail." Arah Doktor Yuta. Baekhyun mula mengekori Doktor Yuta dan keluar dari wad Grape. Lengan Chanyeol yang tadinya putih mula lebam.
"Maamaaa.. Kenapa lengan abang ni biru??" Tanya seorang anak kecil. Madam Lee yang baru masuk mula meneliti lengan Chanyeol. Anak kecil itu dibawa ke katilnya oleh seorang jururawat tanpa sempat soalannya dijawab.
"Haish..Takkan lah.." Wajah Madam Lee cemas.
×××
Madam Lee mengambil beberapa serbuk magis yang berada didalam peti besi didalam bilik bacaannya itu.
Mantera mula dibaca. Lilin-lilin yang menerangi bilik itu mula terpadam satu demi satu. Serbuk magis yang pada mulanya berwarna kelabu mula berubah menjadi warna ungu.
"Esperagus doviarmo tabrakkos pedamofelos brackium Emendo totipoes pigolo leborodeto lege lege."
Cahaya biru pula mula memancar keatas. Sihir penyembuh itu akhirnya dapat digunakan setelah sekian lama berada didalam peti besi. Madam Lee memasukkannya ke dalam beg. Dia terus keluar dari bilik. Dari celahan rak, Sehun yang melihat perkara itu terkedu.
Pak! Sehun terlanggar buku-buku yang tersusun rapi diatas rak. Pintu bilik bacaan dikuak sekali lagi dan tersembul wajah Madam Lee disitu."Sehun?"
Madam Lee mendekati Sehun. Setapak dia ke hadapan, setapak Sehun ke belakang. Sehun kini takut dengan Madam Lee yang dianggap ahli sihir a.k.a orang jahat. Matanya bergetar sedikit.
"Hunnie, jangan takut. Madam tak akan apa-apa kan kamu?"
Madam Lee cuba memujuk. Matanya tepat merenung anak mata Sehun. Tangan Sehun diraih. Bagaikan dipukau, Sehun menurut sahaja apa yang otaknya inginkan.
Madam Lee membacakan sesuatu dalam bahasa asing dan membiarkan tubuh Sehun terkulai layu disitu. Dia menggunakan kuasa telekinesisnya dan mengangkat Sehun keatas sofa.
Pintu bilik bacaan ditutup. Keadaan kembali gelap gelita. Perkara yang dikhuatiri Madam Lee selama ini akhurnya berlaku jua. Mata Sehun kembali terbuka dan warna anak matanya berubah merah. Tajam.
×××
Dengan iringan lagu Limitless-NCT 127 penulis menulis part ini dengan gembiranya walaupun jalan ceritanya sudah kabur. Salah dia juga sebab tak tulis awal-awal. Padan muka. Ok back to story..
Madam Lee menyapu serbuk magis itu keatas lengan Chanyeol dengan lembut. Mantera yang lain pula dibaca kepada Chanyeol. Lampu berkelip-kelip tanpa henti. Seluruh hospital tiba-tiba sunyi.
Doktor dan pesakit semuanya memandang kearah lampu. Ketakutan mereka dibuatnya.
Pengumuman tentang bekalan elektrik yang hampir terputus melegakan hati mereka atau lebih tepat lagi pelawat namun tidak bagi doktor, mereka berlari ke hulu hilir mencari pesakit yang menggunakan bekalan oksigen daripada mesin untuk hidup. Dalam masa-masa ini, pesakit seperti itulah yang paling mereka khuatiti. Madam Lee tersenyum penuh sinis.
"Ini kali terakhir aku akan gunakan benda ni. Kalau berlebihan, kau mungkin akan kembali menjadi vampire.. Aku tak akan serahkan kau kembali kepada dunia sana." omel Madam Lee sendirian.
Luhan yang berada diluar bilik menjenguk ke dalam. Pelik juga dia melihat Madam Lee berada disitu. Rapat sungguh kedudukannya dengan Chanyeol. Dia masuk sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
"Madam, Kris hyung nak belanja makan. Marilah?" Ajak Luhan.
Madam Lee mengangguk faham. Serbuk selebihnya dimasukkan ke dalam beg lusuhnya. Luhan mendekati Chanyeol sebaik sahaja Madam Lee beredar.
Ditilik seluruh badan Chanyeol. Dia risau Madam Lee mengapa-apakan Chanyeol. Kot-kot kena rogol. Yelah, dunia sekarang kan? Tapi nampaknya, tekaannya itu salah.
"Mian Yeol, kitorang tinggal kau sekejap. Nak pergi makan.. Jaga diri tau?" Ucap Luhan.
-bersambung
Dah tengok teaser Summer Magic ? Wendy neomu yeppeo!! 😭
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampirosMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...