Part 34

668 68 8
                                    

  "Jalan!!" Arah orang suruhan Leon kepada Suho. Kaki Suho yang di patahkan itu dipijak sekali lagi. Cemeti yang dipegang disebat ke punggung Suho.

"Berhentilah!! Jangan seksa aku! Tolonglah!" Rayu Suho. Sudahlah sebelah kaki patah, dipaksa berjalan diatas dawai berduri pula. (Ya Allah kesian suho😭😭😭)

"Takde !! Aku nak kau jalan atas tu cepat!!" Arahnya. Suho tetap degil. Dia tak berganjak dari situ. Sekali lagi dia disebat dipunggung. Mahupun berkali-kali, dia tetap tak akan berganjak.

"Kau memang degil! Dasar vampire bodoh!" Orang suruhan meludah ke muka Suho.

"Kalau kau tak mahu berganjak, biar aku bawa dawai berduri tu kesini dan tekapkan di badan kau!" Katanya. Lalu diambil dawai berduri itu dan bersedia untuk diletak diatas belakang Suho.

Suho menekup wajahnya ke tanah. Biarlah belakang badannya sahaja yang merasai kesakitan itu. Asalkan bahagian depan tidak.

"Tunjuk muka kau! Biar aku tekap dengan besi yang baru dipanaskan dengan larva!" Arahnya. Suho mula mengalirkan air mata. Kenapalah dia perlu diseksa begini?

"Cukup!! Jangan seksa hyung aku!!" Jerit Tao. Mulutnya yang mengeluarkan darah itu membuatkan wajahnya pucat. Ditambah pula eyebag dibawah matanya. Sungguh menyeramkan.

Orang suruhan senyum sinis. Beberapa ekor kelawar dipanggil. Ia mula menyerang Tao tanpa henti. Habis seluruh badan Tao digigit tanpa rasa belas kasihan.

"Taoo!" Panggil Suho. Mereka semua menutup mata kerana tidak sanggup melihat adegan itu. Tao mengerang kesakitan. Dia cuba untuk berlari menjauhi kelawar-kelawar itu namun ke mana saja dia mampu pergi?

Bilik yang gelap itu menyukar pergerakannya. Ditahan sahaja gigitan itu dengan lengannya. Xiumin cuba untuk melindungi Tao meskipun kakinya masih sakit dan menyukarkan pergerakannya.

Ditarik kolar baju Tao lalu dipeluk lelaki itu dengan erat. Biarlah kelawar-kelawar itu meratah dirinya. Biarlah dia mati. Dia tak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupannya dengan penderitaan sebegini. Untuk apa dia hidup tanpa tujuan??

"Hyung!" Air mata Tao bergenang. Dia terharu.

"Senyap. Jangan bergerak. Biarkan dia serang hyung! Tao kena hidup! Tegakkan kebenaran! Arghhh.." Kelawar-kelawar mula menyerang dengan lebih agresif. Kini Kai pula yang datang membantu.

Dia memeluk Tao dari belakang. Bererti Tao berada diantara dia dan Xiumin sekarang. Kai memeluk mereka dengan erat.

"Jangan risau! Kai boleh tahan. Sikit je ni! Apalah kau Tao, macam perempuan. Haha." Kata Kai meskipun darah sudah melimpahi badannya. Dia akan cuba berbuat baik meskipun sekali dalam hidup.

Maknae harus tetap hidup. Dia tak akan biarkan Tao menderita. Dia cukup muak kalau terdengar Tao menangis.

"Bodoh Kai !! Janganlah buat aku rasa tercabar..!" Ujar Tao. Kai senyum pendek. Sepertinya dia sudah redho kalau dia mati selepas ini.

"Kamu semua ni memang bodoh! Kamj fikir aku akan biarkan kamu mati?! Hah! Dalam mimpi sajalah. Cukup wahai kelawar-kelawar, kita sambung nanti pula dengan seksaan yang lebih teruk. Hahahaha." Orang suruhan mula beredar dari situ. Sebelum itu, dawai berduri dia tarik dengan kasar sehingga mengoyakkan belakang badan Suho.

Menjerit sehingga bergema suara Suho dibuatnya. Dia kini tak mampu lagi untuk berdiri. Semuanya terlalu sukar baginya untuk dilalui.

"Jangan tolong aku! Pergi tolong Xiumin Tao dan Kai! Cepat Kyungsoo Chen Lay!" Arahnya.

×××

Jungli tersedar dari lenanya. Entah mimpi ngeri apa yang dia alami tadi. Dia mula terasa mual. Dengan pantas dia berlari ke bilik air untuk membuang isi perutnya yang bakal keluar.

"Uwerk!! Aduh sakit! Pedih!" Jeritnya. Asid perut yang terkena kerongkong memang memedihkan.

Fikirannya mula melayang ke adegan didalam mimpi tadi. Betulke Suho diseksa sehingga cacat? Betulke Xiumin kakinya hampir menampakkan tulangnya? Betulke wajah Kyungsoo betul-betul hancur.

Betulke mereka semua sedang diseksa sekarang ni? Bulu romanya menegak. Dia yang tadinya duduk disebelah mangkuk jamban mula berdiri. Tiba-tiba lampu didalam tandas mula berkelip-kelip tanpa henti.

"Takkanlah Shinka tak bayar elektrik? Haih, menyusahkan!" Rungutnya. Dia keluar dari bilik air dan menutup lampu. Sebaik kepalanya didongak, mulutnya secara tiba-tiba ditekup dengan sesuatu.

Dia diseret masuk ke dalam stor buatan disebelah tandas. Meronta-ronta Jungli sehingga ditampar oleh manusia yang menekup mulutnya.

"Kau si--"

"Ini aku Minsya. Cakap slow-slow. Ada satu makhluk tengah berlegar dalam rumah ni. Kita dalam bahaya. Yang lain semua berkumpul dekat siling. Kita kena cari jalan untuk ke sana." Bisik Minsya. Jungli terkejut.

Patutlah rumah sunyi dan gelap. Selalunya pada waktu sebegini, member YEOGI masih lagi tidak tidur.

Tap! Tap! Bunyi tapak kaki mula kedengaran. Ia semakin mendekat dengan mereka. Mereka memandang kearah luar melalui celah-celah pintu. (Pintu macam pintu almari dalam movie inggeris..susah nak terangkan..yang boleh nampak dari luar dalam tu..)

Bayang-bayang besar yang menghampiri mereka mula membuatkan mereka tak senang duduk. Pernafasan mereka terhenti.

Kaki gergasi yang berlendir dan tajam itu berdiri betul-betul dihadapan mereka. Ia merengus kuat sehingga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Hidungnya menghidu sekiranya terdapat kehadiran manusia berdekatan dengannya.

Seketika, ia mula beredar. Sepertinya ia sudah mengalah. Jungli dan Minsya kembali bernafas. Mereka lega kerana tidak ditangkap oleh makluk ini. Sebaik sahaja Jungli bersandar pada dinding, badannya terkena satu tombol yang agak besar. Dicuit bahu Minya serta-merta

"Tombol ni..Sejak bila ada kat sini?" Soalnya. Minsya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Jungli mula memulas tombol tersebut tanpa ragu-ragu.

Sebaik pintu dibuka, Jungli perlahan-lahan merangkak masuk ke dalam. Secara tiba-tiba punggungnya ditolak dengan kuat oleh Minsya. Pintu itu pula ditutup dengan sekuat hati.

"Sakitlah! Apa kau ni!?" Soalnya, namun dalam nada suara yang slow.

"Makhluk tadi cuba buka pintu stor. Nasib baik aku perasan." Balasnya. Kepalanya mula terarah kearah belakang Jungli. Satu cahaya daripada lilin menarik perhatiannya.

"Apa tu?"

-bersambung


30+ votes next update💙 harap2 dpt cepat kalau tak lambat la update huhu..

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now