"HAHAHAHA. Jadi inilah dia anak buah Woobin dan Hyeri. Wah wah, ada manusia juga. Dapatlah aku jadikan korang hidangan makan malam hari ini." Salah seorang ahli sihir yang wajahnya teramat buruk mula bersuara.Dia mengelilingi EXO dan YEOGI dalam bulatan dengan menggunakan penyapu ajaib yang ditunggangnya. EXO dan YEOGI mula bersandar pada satu sama lain. Mereka harus berjaga-jaga.
"Tolonglah, kenapa banyak sangat halangan ni? Nak keluar dari sini pun kena hadapi musuh jugak ke?" Rungut MinAh. Penat dia mendongak ke langit. Boleh tak ahli sihir tu serang sekarang supaya dia tak perlu dongak?
"Sudahlah. Baik korang menyerah kalah. Belum ada orang yang pernah kalahkan kami. Kalau ada yang cuba menentang pun, mereka sudah menjadi santapan kami. Hahahaha." Ujar seorang lagi ahli sihir. Ada tiga semuanya ahli sihir yang mengepung mereka.
"Tidak! Yang lain tu mungkin cuma pandai berkata-kata sahaja. Lawan aku kalau kau nak kami!" Sehun bersuara, berani.
Ahli sihir satu tersenyum sinis. Ketawanya tak ubah seperti pontianak. Dia mula terbang menuju kearah Sehun.
Zass. Pipi Sehun ditoreh dengan jarinya yang runcing dan panjang. Darah mengalir keluar tanpa henti. Sehun tak tumbang malah dia cuma ketawa kecil.
"Ini saja yang kau mampu buat?!" Jerit Baekhyun. Sekadar menaikkan kemarahan ahli sihir. Memandangkan dia dah ada kuasa, jadi berani lah sikit.
"Kau cabar aku ke anak Woobin?" Jerit ahli sihir itu dan melempar bom-bom kecil yang diperbuat daripada labu. Asap yang keluar menyesakkan mereka. Sedang mereka terbatuk-batuk, MinAh ditarik jauh dari mereka.
"Unnie!!" Teriak MinAh. Tangan kirinya yang ditarik itu mengalami kesakitan yang teramat. Boleh tak kalau tarik tu biar satu badan? Jangan biar dia tergantung sebegini!!
"Lepaskan dia lah!" Hana melangkah berani. Ahli sihir ketiga menuju kearah Hana dan menolaknya kearah batu-batu yang disumpah itu. Sikit sahaja lagi kepalanya akan terhantuk ke situ namun Sehun sempat menyelamatkannya.
Badan MinAh ditarik tinggi ke langit. Masalah sekarang ahli sihir itu hanya memegang tangan kirinya. Siapa tak sakit bila diperlakukan sebegitu?
Dia meraung kesakitan dan merayu-rayu untuk turun. Atau benarkan saja dia tumpang diatas penyapu ajaib tu. Huhu. Melawak pula kau MinAh.
Tangan digenggam, geram. Kris menunduk ke bawah. Urat-urat mula menimbul. Anak matanya bertukar dari coklat ke merah.
"ARGHHH!!" Kris menjerit sehingga mengeluarkan api yang dari belakang badannya. Terbentuk sayap naga dibelakang badannya itu sehingga mampu mengagumkan sesiapa sahaja.
Sayap tadi mula mengepak-ngepak perlahan tetapi daya tolakannya amatlah kuat. Daun-daun mula berterbangan. Badannya mula naik keatas. Kini, dia terapung sama tinggi dengan ahli sihir itu.
"Uu. Ada orang guna kuasa dia lah. Takutlah." Ejek ahli sihir itu. Dia mula menggoncang tubuh badan MinAh. Tangan kiri MinAh terasa seolah-olah ingin tercabut. Air mata mula mengalir tanpa henti. Habislah sebelah tangan dia panjang.
"LEPASKAN DIA.!" Arah Kris. Bebola api mula terbentuk ditapak tangannya. Bila-bila masa sahaja ia boleh dibaling ke muka ahli sihir durjana itu.
"Tiada guna aku lepaskan dia kalau dia punya manfaat pada aku. Siapa kau untuk arahkan aku? Kau suami dia kah? Hahaha. Kau cuma seorang pahlawan yang lemah. Apa ingat kuasa dragon kau mampu kalahkan kami? Jangan mimpi." Balas ahli sihir itu.
Bongkak.
Itu yang boleh ditafsirkan oleh Kris. Kini badan MinAh dilambung tinggi tanpa diberi isyarat walau sedikit pun. Terkejut mereka dibuatnya.
Kris yang kemarahannya sudah melebihi paras kepala membakar ahli sihir itu dengan api yang dikeluarkan dari mulutnya. Hangus. Dia puas hati apabila ahli sihir itu akhirnya hangus terbakar. Padan muka.
"Krissss!!" MinAh menjerit sebaik sahaja badannya mula jatuh ke tanah disebabkan tarikan graviti. Kris terbang menjunam ke bawah sama seperti helang.
Tangkap! Dia berjaya menyelamatkan MinAh dari jatuh menghempap tanah. Mata gadis itu masih terpejam. Dia agak takut untuk membuka matanya.
Ahli sihir satu dan dua mula bergerak. Mereka menyerang Chanyeol dan Luhan yang masih tidak mempunyai kuasa. Bebola asap tadi dibaling sekali lagi namun sempat dibakar oleh Kris.
"Gomawo hyung!" Jerit Chanyeol. Satu bebola mula menghampiri Chanyeol dari belakang tanpa dia sedar.
"Belakang!!!"
Chanyeol berpaling. Boom!! Kepalanya berpinar-pinar. Dahinya itu mengeluarkan cecair merah yang pekat. Kris mendekati adiknya itu. Wajah Chanyeol ditampar-tampar.
Api yang mengalir dibadan Kris mula membentuk serpihan dan memasuki pori-pori muka Chanyeol. Habis seluruh badan lelaki itu terbakar. Kris melangkah ke belakang.
Secara tiba-tiba, badan Chanyeol terapung juga. Sayap kecil persis seperti Kris muncul dan ia lenyap. Kini, hanya api-api kecil yang memenuhi segenap ruang badan Chanyeol.
"Luhan!! Tombak belakang kau!! Jangan tengok belakang!!" Jerit Chanyeol secara mengejut. Luhan secara tidak sengaja berpaling ke belakang dan.
Senyap. Tiada apa yang berlaku. Mereka semua memandang kearah Luhan. Tombak yang tajam itu kini berhenti bergerak. Ia kaku sahaja disitu. Luhan menghela nafasnya.
Tombak tadi digerakkan dan dilempar semula kearah ahli sihir. Chanyeol melempar bebola api kearah tombak tadi dan ianya dilempar ke tuannya semula.
"Gerak!!" Arah Chanyeol, garang. Keperibadiannya yang asal mula kembali. Sikap seorang leader yang tegas mula menguasainya.
Luhan menghentikan pergerakan ahli sihir itu. Belum sempat mereka mahu menguji kuasa mereka, seekor singa dan wolf muncul dan membaham ahli sihit tadi.
"Singa dan wolf? Ehh. Mereka kan.."
Episod dimana mereka dikejar harimau, Darth Vader dan askarnya dan diselamatkan oleh singa dan wolf ini mula menerjah diminda.
"Nampaknya, kamu dah kembali."
"Korang ni, Aslan dengan Jacob ke apa?"
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampirosMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...