Part 28

632 63 2
                                    

singgah baca ff NOEL: THE HUNTER dekat acc fiey_7han boleh?

Skin to Skin- Luhan

Lagu Skin to Skin yang Luhan pernah dendangkan kepadanya dahulu bermain dimindanya. Luhan yang sedang menebas semak-samun untuk memudahkan perjalanan mereka dipandang.

"Kenapa tengok? Tolonglah." Arah Luhan. Eunqa mengangguk. Suaranya tidak dapat dikeluarkan sejak tadi lagi. Semuanya gara-gara lagu yang diciptakan oleh Luhan itu.

"Selalu kau asyik membebel. Dah kenapa senyap?" Soal Luhan. Eunqa mengerutkan dahinya.

"Kita baru jumpa. Sejak bila aku membebel depan kau ni?"

Luhan diam.

"Entah. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je aku cakap macam tu." Balas Luhan. Eunqa senyum sinis. Harap-harap ingatan Luhan akan kembali sama seperti Sehun dan Baekhyun. Doanya dalam hati.

Take your time
Love me in the middle of your lowest night
I'll be sure to lift you if you promise me
Give me your affection
And your honesty
If I could feel your touch
If I could be your love
I wanna go beyond
I wanna go to far
Now tell me I'm the only one
Skin to skin

"Ma-mana kau tahu lagu tu?" Soal Eunqa, terkejut. Luhan kan amnesia. Macam mana dia boleh tahu lagu tu sedangkan, seingat dia, dia menyanyi lagu tu dalam hati je.

"Ehh? Lagu tadi ke? Lagu tu selalu muncul dalam mimpi aku. Yang peliknya, aku sendiri yang nyanyi sedangkan aku tak pernah tahu pun liriknya. Pelik-pelik. Tapi sedap kan lagu tu? Kejap! Kau pun tahu ke??"

Bebelan Luhan tadi terjeda. Eunqa merenungnya sedalam-dalamnya. Dia mengangguk perlahan.

"Itu. Memang kau sendiri yang reka. Kau selalu nyanyi untuk aku masa kita sama-sama dalam hutan ni dulu. Naik benci aku dengar tapi entahlah, lagu tu asyik melekat dalam kepala otak aku. Kau.. Dah ingat ke?"

"Belum. Nantilah aku cuba ingat. Nanti migrain aku datang kalau aku paksa."
Balas Luhan.

"Sejak bila kau ada migrain?" Tanya Eunqa.

"Entah. Beberapa bulan lepas rasanya. Dan masa tu jugaklah lagu tu melekat dalam kepala aku." Jawab Luhan, lagi. Tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem dibelakang. Mereka berdua berpaling.

"Tolong cepat sikit. Buat drama pula dua orang ni." Arah MinAh. Sebenarnya dia nak menjerit bila Luhan mula menyanyi tadi sebab sedap sangat suaranya namun selepas mendengar cerita Eunqa, dia menjadi menyampah pula.

Sudahlah dari tadi tak bergerak. Ada ditempat sama je. Jenuh dia menunggu.

"Oh! Lupa. Jom sambung?"

×××

What if i said- Luhan

MinAh didukung oleh Kris seperti kanak-kanak. Kedudukannya adalah dia duduk diatas kedua-dua bahu Kris.

"Cepatlah! Nampak ke tidak?!" Soal Kris. Lenguh dia mendukung gadis pendek itu. Kalau bukan sebab dipaksa, memang dia tak akan buat.

"Sekejaplah! Kau tu berdiri elok-elok dan jangan gerak tak boleh ke? Susah nak tengoklah!" Balas MinAh. Kakinya menendang dada Kris. Senak lelaki itu dibuatnya.

"Eii perempuan ni aku jatuhkan baru tahu! Biar patah tulang badan kau." Jerit Kris. Kaki MinAh dipegang dengan kuat sehingga membuatkan gadis itu menjerit kesakitan. Imbangan badan mereka mula tidak seimbang.

Selamat! Kris berjaya berdiri tegak. Tangannya didepakan. Mereka menarik nafas lega. MinAh yang sudah memeluk kepala Kris kerana takut ditampar kepalanya.

"Yang kau pegang kepala aku kenapa? Sesak nafas tahu tak?!" Marah Kris. MinAh menunjal kepala Kris. Kakinya disilangkan.

"Patut berterima kasih pada aku tahu? Kalau kau jatuh tadi, kepala kau akan selamat sebab aku tolong lindung. Herh!"

"Yelah-yelah." Kris mengalah. MinAh meneropong sekeliling dengan membetukkan tangannya seperti teropong.

"Oh! Aku nampak ada pintu pagar besar kat depan sana!!" Teriak MinAh. EXO dan YEOGI bergegas menuju kearah Kris dan MinAh. Belum sempat Kris mencangkung untuk menurunkan MinAh, dia terlebih dahulu menghalang.

"Nanti! Aku nampak benda terbang lah." Kata MinAh. Dia menyepetkan lagi matanya.

"Kenapa dia bawak penyapu sekali?" Tanya MinAh.

"Itu ahli sihir namanya." Celah Sehun, tenang. Mereka semua memandang Sehun kemudian memandang MinAh.

"Ahli sihir??!!"

-bersambung

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now