Paper cuts-cbx (maaf..still dalam mood emo sebab lagu ni 😂🤘)
Hana keluar dari bilik yang disediakan oleh ibunya itu untuk menenangkan diri. Seolhyun sudah pun terlelap tadi setelah puas dipujuk olehnya dan Seohyun. Perlahan-lahan dia menuju kearah balkoni yang berada tidak jauh dari biliknya. Walaupun musium ini musium lama, namun reka bentuknya tidaklah sepenuhnya seperti sebuah musium sebenar. Lebih kepada sebuah tempat penginapan pun ada.
Angin sejuk menghembus perlahan ke wajah Hana. Sinaran cahaya bulan sahaja yang menerangi malam itu. Hutan ajaib itu sama sahaja seperti hutan dibumi. Tetap ada bunyi-bunyi menyeramkan. Menenangkan tapi adalah sikit seram.
"Tak tidur lagi?" sapa seseorang dari belakang. Athena tersenyum manis memandang anaknya itu.
"Belum." jawab Hana, kekok. Dia memberi isyarat agar Athena datang ke sebelahnya. Athena yang berada dalam bentuk roh itu berjalan menuju kearah Hana. Mereka sama-sama diam. Tidak tahu bagaimana ingin berkomunikasi.
"Ma-maaf.." ujar Hana, perlahan. Athena bingung.
"Untuk apa?" soal ibu muda itu.
"Pasal tadi..Saya tak bermaksud untuk sakitkan hati awak--ibu.." balas Hana. Dia menunduk ke bawah. Tidak berdaya untuk berbalas pandangan dengan Athena. Athena tersenyum tipis.
"Tak apalah. Saya---Ibu tak terasa pun." ujar Athena dengan senyuman palsunya. Ya, hatinya sakit tapi ibu mana yang sanggup melihat anaknya tahu akan kesakitan mereka? Lebih baik dia pendamnya sendiri.
"Saya nampak awak--ibu..--"
"Hana.."
Kata-kata Hana terhenti.
"Hana..Kamu tak perlu panggil ibu 'ibu' kalau kamu tak bersedia lagi. Ibu pun tak nak kamu rasa kekok dan tak selesa bila kita berduaan macam ni. Panggil macam biasa je." Pinta Athena. Dia nampak betapa susahnya anak tunggalnya itu sewaktu menuturkan perkataan ibu. Gadis itu mengangguk perlahan-lahan.
"Boleh saya tahu tak kenapa awak serahkan kami pada keluarga di bumi? Kenapa kami tak tinggal je dengan dewa dan dewi yang lain?" soal Hana. Athena diam sejenak.
"Atau kami sebenarnya dibuang?" Hana meneka.
"Tak!" Athena membantah. Dia nampak gusar.
"Habistu kenapa?" Hana seolah-olah mendesak menyebabkan Athena agak tertekan.
"Dewa-dewa.. atau lebih tepat lagi Zeus, dia tak mahukan anak.." ujar Athena, sayu. Hana agak terkejut namun dia diamkan sahaja. Menunggu Athena meneruskan kata-katanya.
"Dewa-dewa diatas semuanya gilakan kuasa. Kalau mereka ada tanggungjawab, agak susah untuk mereka uruskan kerajaan mereka. Dan kalau kamu rasa kelahiran kamu sebenarnya tak dirancang, itu---memang betul." sambung Athena.
Tak berkedip mata Hana mendengar penjelasan ibunya itu.
"Jadi kami ni tak dirancang lah?" soalnya, agak marah. Athena mengangguk.
"Sebab itu, untuk elakkan mereka berperang kami dewi-dewi terpaksa turunkan kamu ke bumi. Kalau kamu ada dengar mana-mana cerita tentang asal-usul kamu yang lain, itu semua rekaan. Ini cerita yang sebenar. Kami dewi-dewi yakin yang manusia boleh jaga kamu dengan baik. Dan buktinya, kamu berdua-belas tumbuh dengan sihat. Maafkan saya.." Athena menunduk.
Kesal. Kerana tidak berjaya menjadi ibu yang baik.
"Kenapa tak halang? Kenapa tak cuba untuk berdamai? Posiedon..Apa yang patut saya panggil? Ayah? Ya, ayah. Habistu apa fungsi dia sebagai ayah kalau bukan pertahakan anak dia? Adakah dia pun lebih pentingkan kuasa daripada anak sendiri?! Jadi kenapa lahirkan saya?!"
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampireMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...