"Gerak sahaja ke hadapan, kami akan lindungi korang.." arah Irene yang sudah bersedia dengan senjatanya.Kapak emas yang sama pernah dimiliki oleh ahli YEOGI dulu diserahkan kepada tuannya semula . Kapak yang diberikan oleh Luhan kepada YEOGI namun ianya langsung tidak digunakan kerana mereka terlupa.
Kini, ahli YEOGI berlima bersama Red Velvet akan meredah hutan larangan untuk ke pintu keluar dan menuju ke istana Leon.
Sekali lagi, mereka akan menyelamatkan dunia vampire. Harapnya kali ini nyawa mereka tidak akan melayang.
Hana dan Irene berjalan beriringan dihadapan diikuti Eunqa, Seulgi, MinAh, Wendy, Taeyeon, Joy, Seohyun dam Yeri.
Bagaikan dejavu, semuanya terasa biasa dimata mereka. Mana taknya, dulu mereka terperangkap disini selama berbulan-bulan. Jadi, mereka sudah biasa dengan hutan dan kegelapan.
"Hana, saya tahu ini mungkin menyusahkan awak tapi. Tolonglah ye? Ini demi dunia kami dan dunia awak. Kalau dunia kami hancur, dunia awak akan kena tempiasnya.." ujar Irene tiba-tiba.
Hana yang sedang menebas lalang disitu memandang kearah Irene buat seketika. Kemudian dia menyambung kerjanya tadi.
"Mestilah saya akan tolong. Kalau dulu saya boleh, kenapa sekarang tidak kan?? Lagipun dunia vampire boleh dianggap rumah kedua saya.." jawab Hana dengan senyuman yang semekar sekuntum bunga mawar.
Irene sepertinya berpuas hati dengan jawapan Hana turut tersenyum. Mereka terus menebas lalang dan pokok-pokok kecil yang menghalang laluan mereka.
Di belakang, ahli-ahli lain sibuk berborak tentang pelbagai perkara. Antaranya alat solek, memasak, membuli, dan juga lelaki.
Sedang mereka mencari jalan, tanpa disedari mereka telah diekori oleh sesuatu dari atas pokok. Sesuatu yang sama pernah melukakan mereka dahulu. Sesuatu yang memang sinonim dengan tempat itu iaitu,
VAMPIRE!
×××
"Kau nak bawa kami ke mana Jimin?" Tanya Chanyeol kepada Jimin yang sedang berlari terkedek-kedek seperti lipas. Ouch! Dia memang lipas.
"Aku akan bawa korang keluar dari sini! Sini tak selamat. Dunia korang kat luar! Tapi sebelum tu aku akan bawa korang ke rumah aku untuk mandi. Bau busuk macam lipas.." jelas Jimin, tergesa-gesa.
Entah apa yang dia takutkan. Jimin terus berlari dengan laju sehingga mereka berlima susah untuk mengejarnya.
Semakin lama semakin laju seolah-olah mereka sedang berada dalam perlumbaan disekolah.
"JIMIN!! TUNGGULAH!!" Teriak Sehun yang sudah termengah-mengah di belakang. Sehun tersadung sehingga tangannya melecet.
"Haduh!! Masa-masa ni lah kau nak sakit.. tahanlah!!" Jerit Sehun.
"Sehun cepatlah!!" Jerit Baekhyun dihadapan. Sehun pantas menjawab dan berusaha untuk bangun.
Di belakangnya, akar pokok kini mula menjalar kearah kaki Sehun dan menerkamnya. Ia mula menarik Sehun untuk masuk ke dalam lubang.
"Hyung!! Tolong!!" Jerit Sehun yang sedang berpaut pada batang pokok. Dengan tangan yang melecet, dia cuba untuk bertahan.
"Hyung!!!" Sehun hampir menangis. Kuasa tarikan akar menjalar itu lebih kuat daripadanya.
Dihadapan pula, hati Baekhyun tergerak untuk berhenti daripada berlari. Dia mula berpatah balik untuk memeriksa keadaan Sehun.
"Se--"
Belum sempat memanggil, Baekhyun terlebih dahulu jatuh setelah melihat akar menjalar itu.
Baekhyun cuba untuk bergerak ke belakang untuk menjauhi tempat itu namun kakinya terasa begitu berat untuk bergerak.
"CHANYEOL!! KRIS!! LUHAN!! TOLONG!!!!!!!" Jerit Baekhyun sekuat hati.
Kini satu lagi akar menjalar sedang menuju kearah Baekhyun. Baekhyun hanya mampu menutup matanya dan membiarkan akar itu mencapai kakinya.
Kini badan Baekhyun terapung di udara dan dia hanya mampu menutup matanya sahaja dan berserah.
"Hyung tolong Hun!!" Pinta Sehun yang sudah tidak mampu untuk bertahan.
Baekhyun mencapai kaki Sehun kerana tidak mahu ditarik ke dalam lubang yang dasarnya tidak diketahui.
Dalam beberapa saat selepas itu, Kris, Chanyeol dan Luhan sampai. Terkejut bukan main lagi mereka setelah melihat keadaan Baekhyun dan Sehun.
Kris melepaskan pegangan tangan Sehun pada pokok dan menarik lengan Sehun agar dapat menampungnya. Tangan Sehun yang melecet itu kini berdarah dibiarkan sahaja.
Dia cuba untuk menarik lengan Sehun dengan lebih kuat. Namun apakan daya, kudrat seorang lelaki sahaja tidak mencukupi.
"Chanyeol tolong!" Pinta Kris.
Chanyeol terus menarik lengan Sehun juga. Luhan pula mencari sesuatu untuk dibuat senjata. Sebuah ranting kayu yang agak tebal diambil dengan cepat.
Luhan segera memotong akar menjalar itu namun kayu itu tidak akan membantu. Tiba-tiba satu kilat dari satu arah memetir akar menjalar itu.
Sehun dan Baekhyun kini dilepaskan dan semua terjatuh keatas tanah. Petir yang memetir akar itu membuatkan ianya hangus sekaligus hancur.
Dari suatu arah, sekumpulan wanita datang mendekati mereka.
-bersambung
Well, pengembaraan mereka akan bermulaaaaaaa
30+ updated💓
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
WampiryMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...