Cahaya yang datangnya daripada sebatang lilin membuatkan Jungli semakin gusar. Siapa pula yang menyalakan lilin ditempat gelap dan sempit ini. Tambahan lagi, dia tak tahu ke mana arah tuju laluan kecil ini.
Apabila dia menerombosi cahaya itu, sedarlah dia bahawa dia sudah keluar dari lorong kecil itu.
"Unnie!"
Suara itu. Shinka. Dia memandang adik-adiknya yang sedang berada dalam ketakutan. Jimong yang sedang bertafakur dia pandang, lama. Kemudian dia membantu Minsya untuk keluar dari lorong itu.
Selepas membantunya, sehelai kain dicapai dan dia tutup lorong kecil tu. Mujurlah kain itu warnanya agak gelap. Harapnnya makhluk tadi tak dapat kesan mereka.
"Shinka." Panggil Jungli dan dia mendekati gadis itu. Meskipun mereka sama umur tapi dia lahir lebih awal maknanya dialah unnie ketika ini. Shinka yang sedang menangis ketakutan itu dia peluk erat. Dia cuba untuk menenangkan gadis itu.
"Macam mana korang ada dekat sini?" Tanya Jungli. Tersedu-sedan Shinka cuba menjawab namun Jungli sempat menepuk mulutnya.
"Tak payah jawablah. Teruskan menangis." Arahnya. Kesian pula dia lihat membernya itu.
Seolhyun mula menarik-narik rambut panjangnya dengan kasar. Tangan dan bibirnya menggigil. Dia memang sedang ketakutan sekarang ni.
"Makhluk tu! Apa makhluk tu nak?! Kenapa dia serang kita?!" Soal Seolhyun. Tangannya mula memeluk lututnya dan kepalanya direhatkan diatas kepala lutut. Badannya mula bergerak ke depan dan belakang tanpa henti.
Jungli diam. Dia sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Bila diingat balik, badan berbulu, berlendir, kuku panjang dan semua bentuk fizikal makhluk tadi, dia hampir muntah. Ianya sungguh menggelikan dan mengerikan.
"Entahlah. Yang penting sekarang ni, kamu semua tidurlah dulu. Esok pagi, jam lapan kita bertolak pergi SM entertainment..Minta bantuan dengan Sooman appa.. esok mesti benda tu dah tak ada." Kata Jungli. Dia menyuruh adik-adiknya itu untuk masuk ke dalam beg tidur masing-masing.
"Minsya, kau tidur hujung sana dengan Seolhyun ye? Kesian dia. Aku tidur hujung sini dengan Shinka." Arah Jungli, lagi. Minsya mengangguk setuju.
Untuk sampai ke sana, dia perlu merangkak dan melalui tepi Jimong terlebih dahulu. Jimong yang masih belum membuka matanya itu membuatkan Minsya merasakan lelaki itu sedang tidur. Tapi kuku ibu jari dan kuku jari kelingkingnya masih berlaga. Dia yakin lelaki itu masih berjaga
"Kalau aku tahu kau ada kaitan dengan semua ni. Aku tak akan segan-segan bunuh kau." Bisik Minsya kepada Jimong. Jimong serta-merta memegang pergelangan tangan Minsya.
Matanya dibuka dan dia merenung tajam gadis itu.
"Kalau aku diberi pilihan, samaada untuk menyelamatkan kau atau adik-beradik kau dulu, aku akan pilih mereka. Jaga adab kau kalau nak orang hormat. Dan, apalah sangat kuasa yang kau ada untuk bunuh aku?" Sindir Jimong. Yakin yang kuasanya itu lebih hebat dari Minsya.
Minsya merengus geram. Jimong bercakap seolah-olah dia ada kaitan dengan semua ni. Seolah-olah dia buat ini untuk menjadi penyelamat. Adakah dia rancang semua ni untuk buatkan dirinya nampak hebat dan diberi pujian oleh mereka?
Jimong masih lagi merenung Minsya. Bibirnya menguntum senyuman sinis. Tiba-tiba anak mata Minsya berubah menjadi warna merah. Warna api kemarahan. Jimong segera mengelak dari memandang tepat kearah anak mata itu.
"Sekurang-kurangnya aku ada Suho.." jawab Minsya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia sebut nama Suho. Entahkan hidup lagi atau tidak Kim Suho tu. Ingat ke tidak Kim Suho tu pada dia pun dia tak pasti.
Dia segera mendekati Seolhyun dan masuk ke dalam beg tidur. Lilin dia segera padamkan agak tak ada sesiapa tersepak dan mengakitbatkan kebakaran. Sempat dia menjeling Jimong yang masih bertakafur.
××
Mia membakar hujung baju puterinya yang labuh itu. Geram apabila ianya menyukarkan pergerakannya. Tak mahulah dia jadi penyapu bergerak dalam istana ni.
Pintu kamar ayahandanya dibuka dengan kuasa hulknya. Dia hanya perlu mengeluarkan gelombang kuasa dari badannya untuk memusnahkan atau menolak sesuatu dihadapannya. Sama seperti kuasa Kyungsoo.
"Appa!"
Teriak Mia. Leon yang sedang menjamu selera makanan diraja biasa tidak menghiraukan Mia. Dia sekarang perlu membiasakan diri dengan makanan yang tidak bercampur dengan darah. Bukannya dia tak mampu untuk bunuh rakyatnya demi mendapatkan bekalan darah yang semakin berkurang tu cuma, kalau dia ambil sekarang, lama-lama habislah nanti kan? Kalau perlu, dia akan berpuasa. Dia tekad.
"Appa!! Dengar tak ni?!! Aku tak boleh tunggu lagi darah dia.Cepatlah bawakan untuk aku!!" Jerit Mia lagi. Leon buat tak hirau.
Akibatnya, Mia menjerit terlolong seperti pontianak kehilangan anak. Kaca-kaca mulai pecah. Begitu juga yang berada ditangan Leon. Kerana geram, Leon mencampakkan kaca-kaca tadi kearah Mia, namun dia memberhentikan pergerakan kaca tadi dengan kuasa telekinesisnya apabila ia menghampiri leher jenjang Mia
"Apa kamu nak?" Tanya Leon, malas.
Mia membakar kaca tadi sehingga ia lebur.
"Darah. Aku haus." Jawab Mia. Leon mengeluh.
"Kamu ni nak kata bodoh tak. Apa guna kau jadi anak aku kalau nak berfikir pun kalau malas? Rakyat dinegeri ni ramai, pilihlah mana satu kau nak." Kata Leon. Malas hendak melayan kerenah Mia sebenarnya.
Mia tersenyum jahat. Dia menjilat bibir bawahnya
"Appa benarkan?" Tanya Mia.
"Apa perlu ke beta ulang kata-kata beta tadi? Kau dah cukup dewasa untuk berfikir." Leon menatap anaknya dengan wajah poker. Tiada masa untuk dia layan anaknya dengan baik
"Oh maafkan patik tuanku..Patik pergi dulu." Kata Mia dan terus menteleport ke bandar.
Mia berdiri diatas tugu buatan penduduk dengan santai. Satu persatu mangsa dia teliti. Sesekali dia ketawa besar. Apabila perutnya semakin galak berbunyi minta diisi, dia terbang ke bawah dengan laju bak helang.
"One shot!" Jeritnya dan menerkam salah satu vampire. Vampire-vampire yang lemah mula berlari bertempiaran. Apalah daya mereka nak melawan Mia yang jauh lebih kuat dari mereka.
Kanak-kanak mula menangis. Mangsa pertama sudah lemah dan jatuh terkulai. Darahnya sudah habis dihisap Mia.
Mangsa seterusnya dia kejar. Apabila dia kenyang, badan-badan itu dicarik sehingga isinya terburai. Organ dia ambil dan campak di merata tempat. Selepas puas,badan-badan itu dia tinggalkan sahaja disitu.
Sekumpulan kanak-kanak dia pandang dengan penuh kehausan.
"Aku tak akan makan korang. Aku janji akan tunggu korang membesar dulu. Nantikan aku..budak..."
-bersambung
Masihkah anda ingat budak bernama Mia ini?
30+ votes = next part terdesaknya aku weh😂😭💔
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
WampiryMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...