Part 32

685 76 23
                                    

"ARGGHHH!!!" Luka dikakinya yang digores tadi ditabur dengan garam. Kemudian seekor kambing dipaksa untuk menjilat kesan luka itu. Peritnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu.

Takungan air mata sudah lama pecah. Siapa kata lelaki tak patut dan tak boleh menangis? Mereka juga makhluk hidup bukannya robot. Raungan demi raungan dan permohonan maaf sudah lama dia ucapi tetapi langsung tidak diterima.

Kini, giliran adiknya pula. Kulitnya disiat dengan kasar seperti mana yang manusia lakukan pada haiwan. Kemudian ditampar tempat luka itu dengan tangan yang dicemari kotoran iaitu pasir. Menggeletar dia dibuatnya sehingga tak mampu bercakap lagi. Dosa apa yang mereka lakukan sehingga terpaksa dihukum sebegini?

"Tolong Leon! Tuanku Leon! Lepaskan kami! Ampunkan kami!" Raung dirinya. Pedih dikaki masih lagi belum hilang apatah lagi dirinya kini diikat tinggi dari tanah. Agaknya kalau dilepaskan, tangannya pasti akan memanjang seperti kaki Kwangsoo.

"Junmyeon Junmyeon. Buat apa aku lepaskan kalian kalau kalian boleh menghiburkan aku? Hahaha." Gelak Leon.

Dirinya bagai kanibal pula. Suho mencarut dalam hati. Lebih baik dia mati daripada diseksa sebegini. Dia berjanji akan menjadi vampire yang lebih baik lagi selepas kelahiran semulanya nanti.

"Berikanlah kami rehat sebentar! Jangan seksa kami macam ni!" Rayu Kyungsoo. Kulit wajahnya yang hampir terkoyak sepenuhnya itu sungguh ngeri. Dia sedaya upaya untuk bercakap dengan lembut agar mulutnya tidak terkoyak lebih lebar.

"Baik. Aku akan berikan korang rehat. Tapi esok, seksaan akan ditambah dua kali ganda hahahahaha.."

Leon keluar dari tempat seksaan itu. Ruang bawah tanah yang mengerikan. Gelap, busuk, berkulat yucks.

"Chanyeol.. selamatkan kami.."

×××

Tap! Tap! Sedikit demi sedikit hujan mulai turun. Mereka berlari-lari anak menuju kearah istana untuk berteduh. Pedang ditangan sudah lama cair setelah terkena hujan. Manakala askar-askar tadi telah kembali ke bentuk asal.

Jaze dan Ace menjemput mereka untuk masuk ke dalam istana. Wajah mereka yang comot dan luka itu diberikan rawatan sebaik sahaja mereka sampai diruang utama.

"Maaflah kami layan kamu semua begini. Ini untuk kebaikan kita bersama." Ucap Ace sambil merenung EXO dan YEOGI yang sedang dirawat beberapa dayang istana. Mereka juga jelmaan haiwan sebenarnya.

"Untuk cabaran seterusnya, kami akan sediakan nanti. Jadi, berwaspada setiap masa. Sebelum tu, berehatlah dulu. Makanan akan dihidangkan lima minit lagi. Kami tinggalkan kamu semua dulu ya? Semoga berjaya." Sambung Ace. Mereka mula teleport ke suatu tempat.

Manakala EXO dan YEOGI..

"Aduh!! Kasarlah!! Sakit!!" Raung Chanyeol kepada dayang yang berkepala beruang. Dayang itu menonyoh tempat luka Chanyeol dengan lebih kuat.

"Manja! Jadi lelaki kena kuat! Luka macam ni pun nak 'aduh' ! Macam mana nak lawan Leon?!" Bebelnya. Serupa ibunda mereka pula, iaitu Hyeri. Erm, mendiang Hyeri.

Hana menggeleng sahaja melihat adegan itu. Dia menolak rawatan yang diberikan oleh seekor flamingos dan mendekati Chanyeol. Kapas segera dicapai lalu dicelup ke dalam minyak gamat. Dia menyapunya ke lengan Chanyeol dengan lembut.

"Jangan risau, saya boleh handle ni. Cik dayang boleh berehat." Kata Hana. Si dayang-dayang mula beredar. Chanyeol tersengih acah cool.

"Hehe. Ini baru nurse, dah tu ikhlas. Bukan macam tadi, dah lah tak ikhlas, kasar pulak tu." Rungut Chanyeol. Hana menunjal kepala Chanyeol dengan kuat.

"Banyak songeh kau! Ini aku buat sama je macam yang dia buat. Aku kenal sangat perangai jebon kau ni." Balas Hana. Chanyeol muncungkan bibir.

"Yeh yeh yeh yeh.. Yelah tu.." Chanyeol mengajuk semula kata-kata Hana tadi tapi dalam nada yang selalu dibuat oleh Baekhyun. Akibatnya mulutnya ditonyoh dengan kapas yang mengandungi minyak gamat.

"Aduh!! Sakit!! Bibir ni pun luka!!" Raung Chanyeol. Dia menekup bibirnya dengan kuat untuk menahan rasa sakit itu. Hana yang risau bibir Chanyeol semakin cedera, cemas.

"Omo! Sorry-sorry. Sini tengok!" Pinta Hana. Tangannya dikebas-kebaskan  ke udara. Serupa anak itik kepakkan sayap.😂

Chanyeol mula muncungkan bibir.

"Mana?" Soal Hana.

"Kan ada ni. Tengoklah elok-elok. Rabun ke?" jawab Chanyeol. Hana mula mendekati wajah Chanyeol. Semakin lama semakin dekat. Chanyeol smirk. Hana kerutkan dahi.

Chuu..

Bibir mereka bertaut. Dalam ciuman itu, sempat juga Chanyeol tersenyum. Pang!! Dia ditampar dengan kuat oleh Hana.

"Kurang ajar punya jebon!!!! Ada rasa minyak gamat!!!"

×××

Air hujan semakin memenuhi ruang bawah tanah itu. Air yang kotor kerana bercampur dengan daun-daun dan benda diruang bawah tanah buat mereka rasa jijik. Tapi, ini bukan kali pertama ia berlaku.

"Hyung!!! Macam mana ni?!!" Tanya Kai kepada Suho. Air mula melepasi paras kaki mereka.

Xiumin mula menggeletar. Air kotor yang terkena betisnya yang ditoreh tadi mula menyakitkan dia. Suho mula menangis. Dia dapat bayangkan betapa sakit dan peritnya yang dirasai oleh Xiumin. Matanya menangkap Kyungsoo yang sedang ketakutan. Hampir gila dia memikirkan apabila air sampai diparas wajah Kyungsoo nanti.

Kai, yang mempunyai luka diperut juga turut menggeletar. Xiumin dan Suho sudah lama pengsan begitu juga Lay dan Tao. Chen masih lagi cuba bertahan. Meski sakit dibahagian abdomennya, dia cuba untuk menerima kesakitan itu bersama Kyungsoo yang lebih parah.

"Argh!! Kyungsoo-ah, mianhae."

-bersambung

Sakit lah ;( 😭😭😭😭 Dan maaf ye lama tak update💔

25+ votes update❤

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now