Kopi americano dan latte yang dipesan tadi dibawa oleh Chanyeol ke meja mereka bertiga. Eunqa masih lagi merenung Luhan tanpa sebab. Blushing lelaki cantik itu dibuatnya.
"Nah cik artis, dan abangku. Kopi anda," kata Chanyeol dengan senyuman yang lebar. Entah kenapa dia bersemangat pula apabila berjumpa dengan artis ini. Sengih macam kerang busuk yang dah dicampak ke loji.
"Gomawo.." tutur Luhan dan Eunqa serentak. Mereka berpandangan. Eunqa menjilat bibirnya yang kering dan seraya itu bertanya.
"Betul ke korang berdua ni tak kenal aku? Maksud aku, bukan kenal sebagai artis tapi.. lebih dari tu. Err, lebih macam faham-faham sendiri lah. Susah nak terangkan." Eunqa menghentak kepalanya ke meja. Payah betul nak cari ayat untuk jelaskan semuanya kepada mereka.
Luhan dan Chanyeol berpandangan lalu menggeleng. Luhan segera menekapkan belakang tapak tangannya ke dahi Eunqa. Dia kemudian memandang Chanyeol semula.
"Dia tak sihat kot. Panas badan dia ni. Elok rasanya kalau bawak pergi hospital," ujar Luhan.
"Aku tak demam! Aku sihat. Nevermind. Aku balik dulu. Terima kasih tolong selamatkan nyawa aku tadi.." kata Eunqa lalu keluar dari kafe murahan itu. Dia terus meredah hujan dan kembali ke dorm YEOGI.
"Serius lah dia yang dalam kumpulan perempuan tu? Nampak macam gila je," omel Chanyeol sebaik sahaja bayangan Eunqa hilang dari pandangan. Luhan menjentik dahi Chanyeol dengan kuat.
"Dahlah. Jom balik. Risau pula aku dengan diorang kat rumah tu. Tak pasal-pasal hancur rumah Madam Lee.."
Luhan terus menarik kolar Chanyeol dan keluar dari kafe. Duit minuman tadi pun masih belum bayar, ada hati nak berambus macam tu je. Tapi, apa mereka kisah? Siapa suruh cashier tadi bengap sangat tak minta duit bayaran tu. Bongok betul.
"Ehh Yoda.. Ni gerai aiskrim kau ni nak jaja kat sini ehh? Dah tak reti nak bawak balik?" Soal Luhan. Chanyeol yang bersenang-lenang berjalan sendirian di hadapan berpatah balik kearah Luhan. Lupa pula dia yang dia ni sekadar penjual aiskrim je. Bukan anak orang kaya.
×××
Seohyun menjenguk ke luar dorm mereka dengan riak wajah yang risau. Hampir tiga jam unnie keduanya itu masih belum pulang. Bukan apa, dia risau pau unnienya itu akan sejuk. Dia pun nak merasa makan pau dalam hujan macam ni."Sudahlah tu Seo. Eunqa tu bukan budak macam kamu. Pandailah dia nak balik sini," ujar Seolhyun. Penat dia melihat Seohyun berlegar-legar di hadapan balkoni rumah.
"Mana boleh! Pau macam mana?" Jawab Seohyun, risau. Seolhyun menarik Seohyun untuk duduk di atas sofa. Dia mula menekan channel 611 dan lagu Didi mula berkumandang.
"Tenang wahai kembarku. Kita layan dulu Didi ehh? Kepala bahu lutut kaki lutut kaki--" Seolhyun mula menyanyi lagu Didi dengan riangnya. Seohyun menjeling Seolhyun.
'Tchh.. Betul ke aku maknae dalam group ni? Betul ke dia ni pangkat kakak aku?' Getus Seohyun dalam hati.
'Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an disahkan mati selepas diserang oleh sesuatu pada malam semalam. Pihak forensik berkata ianya mungkin hasil daripada perbuatan binatang buas. Ikuti lagi berita ini pada jam 12 malam esok---'
"Shinka! Kenapa kau tukar channel hah?!" Marah Seolhyun. Shinka menjentik dahi Seolhyun dengan kuat.
"Cubalah ikut perkembangan masa sikit. Ni tak sibuk layan didi. Apa kau fikir umur kau tu sebulan dua nak layan kartun bagai?! Sedar diri woi!" Marah Shinka. Seolhyun mencebik.
"Hello..Sorry to say. Tapi Didi tu tontonan umum! Tonton U! So what? Bersyukur lah aku tak layan cerita lucah.." balas Seolhyun, geram. Dorm mereka mula bising.
'Anak-anak sekalian. Sedarkah kita tentang dunia akhir zaman ini? Sedarkah kita akan kelalaian kita dengan hiburan dunia akhir zaman ini? Sedarkah kita---'
"Kyaaah! Kau bukak channel Al-Hijrah apahal dan sejak bila kita ada channel tu?" Jerit Shinka pula.
"Biar insaf sikit. Cubalah dengar ceramah macam ni," balas Jungli, si juling. Seolhyun dan Shinka menggulingkan mata mereka. Menyampah.
Buk! Mereka semua memandang kearah tingkap serentak. Sesuatu yang berwarna hitam melanggar sliding door mereka dengan kuat sehingga retak. Jantung mereka mengepam darah dengan laju.
"Gais.. Kenangan hitam tu tak kan berulang kan?" Tanya Seohyun, takut. Dia memegang lengan Shinka, kakak keempat sulungnya. Jungli melangkah kearah tingkap dengan berani. Dia membukanya perlahan-lahan.
"Ini kelawar jelah. Alaa, kesian dia.. Mesti dia sakit.." Jungli terus mengambil kain buruk berdekatan dan membalut kelawar itu lalu dibawanya masuk ke dalam rumah.
"Wei, sejak bila kau berani macam ni?" Tanya Shinka. Jungli segera meletakkan kelawar itu di atas meja.
"Aku rasa sayap dia patah..takpun dia mabuk..tulah sampai langgar tingkap.. kita rawat nak?" Cadang Jungli dan tidak menghiraukan soalan Shinka.
"The hell, kelawar mana yang keluar siang-siang macam ni hah?! Cubalah guna otak!" Jerit Seolhyun dan dibalas dengan serangan bantal ke mukanya.
"Mungkin dia sesat! Cubalah fikir postif!" Marah Jungli. Dia mencebik.
"Mana kau tau kelawar tak keluar siang-siang? Memandai je," celah Shinka. Seolhyun menarik muncung sepanjang mungkin. Sah kakaknya tidak pernah menonton National Geographic. Itulah, masa belajar sains dulu tidur, sekarang dah bodoh.
Kelawar itu dipandang oleh Seolhyun. Entah kenapa hatinya tak tenang. Seperti ada sesuatu yang aneh.
-bersambung
Harap tak confuse antara Seolhyun dan Seohyun... Salahkan saya sebab minat dua-dua makhluk ni😂
Btw selamat beraya.. Aku tak ada mood nak beraya esok😂 pelik ke weh kalau baju raya warna putih?? rasa macam pengantin pulak😅😅 rasa tak nak keluar rumah esok huhu
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampiroMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...