" Permukaan tajam dari pedang yang terpacak di tanah mempunyai bekas darah yang masih tersisa selepas beberapa peperangan tidak terkira,
Terdapat juga titisan-titisan darah orang yang mempunyai kuasa yang agak tinggi "Kupu-kupu putih berterbangan di sekeliling pedang yang sudah berkarat dan juga mempunyai darah-darah musuh semasa peperangan.
Kupu-kupu tersebut berterbangan dengan bebas di atas udara. Di taman yang di penuhi dengan bunga yang mekar lagi indah di pandang.
" Hanya pengantin perempuan 'goblin' sahaja yang boleh menarik semula pedang tersebut,
Apabila pedang tersebut di tarik olehnya, maka ianya berubah menjadi debu halus dan ketenangan yang diingini tercapai "
Kupu-kupu yang tadinya hinggap di atas pemegang pedang tersebut terus terbang menuju ke tempat lain.
" ...apabila 'goblin' muncul di dunia ini, mereka datang di bumi tempatnya manusia dan boleh jumpa di mana-mana, tetapi tidak di ketahui adakah dia goblin", kata seorang nenek tua yang menjual sayur dan juga beberapa barang di atas jambatan.
" walaupun sekarang, mereka juga masih tidak jump-" kata-kata nenek tua berambut keputihan itu terhenti apabila wanita di hadapannya gelak.
" Hahahahah! " wanita berambut paras bahu itu menutup mulutnya sambil gelak dengan kuat. Entah apa yang kelakarnya.
" Apa yang kamu gelakan ni?! " tanya nenek tua di hadapannya, muka tertanya-tanya muncul di wajahnya yang berkedut di makan usia itu.
" "'Goblin' mencari pengantin perempuannya, dan perempuan tersebut adalah saya" begitukah yang akan terjadi? Hahahaha! "
Perempuan tersebut masih tergelak-gelak memikirkan perkara yang pelik tersebut. Dia mula berfikir bahawa cerita dongeng zaman sekarang makin pelik. Mungkin diubah. Hahahaha!
" Ish kamu ni, main-main pula! Mungkin saya tiada lagi di sini apabila kamu berada di kawasan ini, huh ", nenek tua itu mula mencabut akar yang terdapat pada sayur yang di jualnya.
" Aww cemburunya saya! " balas perempuan tersebut. Sisa ketawanya masih terdengar. Tangannya mencapai satu pin berbentuk reben lalu di pakai pada kepalanya.
" Saya mesti sudah nyanyuk ", nenek tua itu memandang perempuan tersebut yang sedang memperbetulkan rambutnya itu.
" Saya tak patut cakap begitu dihadapan ibu tunggal ", sambung orang tua itu. Tangannya masih gigih membersihkan kobis, bayam, serta sayur-sayurannya.
Riak wajah ibu tunggal tersebut mengerut.
" Huh, kejamnya! " pin berbentuk reben tersebut di tarik dari rambutnya semula lalu diletak pada tempat yang asal.
" Kejam? Huh saya sudah beri diskaun untuk kamu beli sayur ini tapi kamu masih panggils aya orang tua kejam. Berapa banyak lagi kamu mahu saya beri diskaun untuk beli sayur-sayur saya ini? Hm ", perli nenek tua itu
" Lelaki yang tinggalkan kamu jauh lebih kejam ", sambung nenek tua itu sekali lagi, perlahan, sambil merenung tetap pada mata perempuan yang berumur 30-an dihadapannya itu.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
ФэнтезиA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...