13 | Number

145 29 1
                                    

Jimin berdiri di hadapannya sambil memakai jaket yang agak panjang parat lutut, berwarna kelabu lusuh, baju turtle neck  putih, berserta seluar jeans putih. Wow!

Perlahan-lahan Euntak berjalan ke hadapannya. Melihat satu tubuh Jimin yang masih memasukkan tangannya ke dalam poket jacketnya itu.

" Oh?! Asal awak asyik ikut saya je! "

" Mana ada. Awak yang panggil saya ", kata Jimin tenang.

" Mana ada. Kalau saya ada keupayaan nak buat macam tu, kenapa saya menderita? ", Euntak mengeluh kuat. Dia menenung mata Jimin tajam.

" Bila masa saya panggil awak? Saya ada bunyikan lonceng ke apa? Perasan.." Euntak mengumam perlahan perkataan 'perasan' itu.

" Kenapa awak tanya saya? "

" Awak yang asyik menegaskan bahawa saya yang panggil awak! Saya katakan saya tak panggil! " jerit Euntak. Malas nak layan dah penipu di hadapannya itu!

" Lagipun, awak ni betul-betul bidadari untuk saya ke? Apa punya bidadari awak ni sebenarnya? Yang memalukan? Yang mengambil berat? ", tanya Euntak, bertubi-tubi.

Jimin hanya menuntup matanya dan memandang kakinya sahaja.

" Awak pasti ke yang awak ni bidadari untuk saya? " tanya Euntak sekali lagi.

Dia terus mendekatkan diri ke arah Jimin. Memandangnya tajam. Sambil berkata,

" Bila awak kata 'ayam' haritu, adakah awak maksudkan tempat ternak ayam sana tu? Adakah saya akan kerja di tempat ternakan ayam? "

" Tak-"

" Habistu dekat mana?! Awak buat harapan saya melonjak naik tau tak ", Euntak mengeluh kuat. Sengaja biar Jimin mendengar dengusannya itu.

" Awak ni sekarang tau tak macam mana-"

" Tak ", Euntak terus memotong kata-kata Jimin.

Jimin terus memandang dia dengan muka tidak puas hati. Belum habis cakap dah menjawab.

" Saya tak pernah panggil awak- "

" Ye awak. Saya pasti. Benda tu tak pernah terjadi sebelum ini ", terang Jimin. Dia masih tenang.

" Betulkah saya? Seriuslah? " Euntak melihat sekeliling. Betulkah dia? Dia mengambil nafas sekali lagi.

" Kalau betullah kan, saya sebenarnya apa? " Euntak mengerutkan dahinya. Oh adakah dia juga bidadari tanpa disangka oleh diri sendiri? Atau dia adalah malaikat atau-

" Ah saya tahu-"

" Apa "

" Bagitahu saya apa yang awak nampak pada saya ", Euntak memperbetulkan rambutnya. Biar kelihatan lebih kemas.

" Awak pakai baju uniform - "

" Lain? "

" Cantik.. " mereka memandang antara satu sama lain. Muka Euntak makin memerah mendengar perkataan tersebut.

" uniform tu ", kata Jimin laju.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now