Keduanya duduk di hadapan lelaki bertopi hitam tersebut. Mereka berdua melihat tanda nama yang terdapat di kot lelaki berpakain serba hitam itu. Jeon Jungkook.
Dia menuang air teh ke dalam cawan kecil untuk satu orang. Sekarang, mereka berdua berada di tempat yang tidak diketahui oleh orang lain kecuali yang sudah mati.
Jungkook menghulurkan cawan tersebut kepada salah seorang 'tetamu' di hadapannya itu. Perempuan.
" Silakan minum ", kata Jungkook sambil memandang tepat wajah gadis tersebut.
" Ianya akan menghilangkan ingatan awak dalam hidup ini ", sambungnya.
Tangan perempuan itu menggigil semasa mengangkat cawan kecil tersebut. Belum sempat teh tersebut memasuki mulutnya, dia mula bertanyakan soalan.
" Perlukah saya melupakan segalanya? " tanya perempuan tersebut. Dia melihat riak wajah Jungkook.
" Walaupun kebencian saya terhadap dia? " gadis tersebut memandang lelaki disebelahnya.
" Itu semua kecelakaan. Kita berdua sudah pun mati. Apa kebaikkannya awak menjeling saya sekarang?! " jerit lelaki tersebutㅡtidak puas hati.
" Itu adalah pilihan terbaik awak. Melupakan adalah cara yang terbaik-"
" Tetapi, kenapa awak beri perempuan ini minuman tersebut dan tidak kepada saya? " tanya lelaki itu kepada Jungkook.
" Awak perlu ingat segala kejahatan yang telah awak lakukan. Ini bukannya pertama kali awak melanggar seseorang " kata jungkook.
Perempuan tersebut terus mengangkat kepalanya. Melihat Jungkook yang sedang merenung tajam lelaki di sebelahnya. Lelaki tersebut terus terdiam. Mengingat kembali kejadian yang berlaku.
Kereta putih tersebut terus berhenti dengan serta merta. Perempuan yang sedang mengandung sarat telah terbaring lemah di atas jalan yang bersalji tebal.
Dia hanya meninggalkan sahaja perempuan tersebut walaupun suara sayu-sayu meminta pertolongan kedengaran. Namun tidak dihiraukan walau sedikit pun.
" Mula-mula, awak akan menyesal tidak minum air tersebut. Kemudian, awak akan mula pelik mengapa awak tidak diberikan pun minuman itu. Kemudian, awak akan sedarㅡyang awak tidak boleh mengulangi masa ", kata Jungkook.
"ㅡdan awak telah pun berada di dalam kegelapan ", sambubgnya.
Perlahan-lahan lelaki tersebut menelan air liurnya. Ketakutan dan gemuruh.
" Badan awak akan terasa seperti di koyakkan helai demi helai. Setiap saat kesakitan itu, awak akan mula rasa menyesal dengan apa yang awak telah lakukanㅡtetapi, kesakitan itu tidak akan berhenti ",
" Selamanya ", sambung Jungkook. Menghabiskan ayatnya.
Perempuan di sebelah lelaki tersebut terus tersenyum sinis. Berpuas hati dengan apa yang akan terjadi pada lelaki tersebut ke atas semua yang telah di lakukan olehnya. Dia terus meneguk air tersebut dengan laju.
Lelaki itu terus bangun dari kerusinya, lalu melutut di atas lantai. Terdesak.
" S-s-saya minta maaf. Maafkan saya! ", pinta lelaki tersebut sambil menundukkan kepalanya. Mula berasa menyesal.
Jungkook terus mengeluh kuat dan panjang melihat tindakan lelaki tersebut terhadapnya.
" Entahlah. Saya tak boleh tentukan. Boss saya ni ikut angin dia ", jawab Jungkook sambil melihat kuku-kukunya.
Lelaki tersebut terus terkaku apabila mendengar jawapan Jungkook.
" Saya tahu siapa yang hidup di dalam penyeksaanㅡdengan segala memori dari kehidupan dia yang lepas. Saya pasti dia sudah meminta pertolongan berjuta-juta kaliㅡuntuk di maafkan "
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...