2 | Sword

509 57 19
                                    

Dia adalah

Air, api, angin

Cahaya dan juga kegelapan

Dan dia juga,

Satu pedang yang di pegang oleh seorang lelaki berbaju perisai di pacakkan di tanah.

   Kesan darah yang masih segar, mengalir perlahan. Lelaki itu masih memegang pedang tersebut. Perlahan-lahan dia bangun. Kepenatan mungkin.

Seorang manusia.

Dia melihat sekelilingnya. Keadaan masih riuh. Libasan pedang sana sini.

      Anak panah juga berterbangan mencucuk mangsa. Dia bernafas kuat, mendengus, kepenatan. Cuba untuk berdiri walaupun kakinya lemah menjejak tanah di tapak perperangan tersebut.

    Seorang lelaki yang tertusuk panah berlandas di atas badannya. Dengan pantas, dia terus mengalihkan lelaki tersebut.

   Peluh yang mengalir di tepi mukanya di tepis. Percikan darah-darah yang sudah kering di mukanya itu di biarkan begitu sahaja.

    Dia berdiri.

  Ke semua musuh yang ingin berlawan dengannya datang kepadanya. Menungang kuda dengan laju sambil menghalakan pedang yang di pegang oleh masing-masing ke arah lelaki itu.

Semua orang menganggap lelaki tersebut

Dia memandang semula pedangnya yang masih terpacak di tanah.

Sebagai

Tuhan.

Angin bertiup kencang. Dia menarik anak panah yang terpacak di perisai besinya itu. Dengan pantas, dia terus menarik semula pedang yang dianggap istimewa untuknya.

Dia dilitupi dengan darah merah pekat...

Dia menghalakan pedangnya itu kehadapan.

semasa menyerang musuh.

Dia memandang tepat di hadapan. Fokus sepenuhnya. Lalu, dilibas pedang tersebut.

  Seorang demi seorang jatuh ke tanah pabila pedang tersebut dilibas serta dicucuk di dada mereka.

Dia adalah 'Tuhan Peperangan'.

Semua orang mula menyerangnya. Tetapi, semua serangan dapat di halang olehnya. Dia masih meneruskan untuk membunuh setiap musuh.

    Bunyi jeritan, geseran pedang, dan juga desupan anak panah sahaja kedengaran. Bau darah yang ada sudah menjadi kebiasaan olehnya.

   Sempat dia menolong seorang lelaki yang dari pihaknya bangun semula, tetapi anak panah terus menusuk tepat pada dadanya.

Dia memandang sekeliling.


    Seorang lelaki berlari menghala ke arahnya sambil membawa pedang. Terus dia melibas pedangnya.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now