Suasana pada malam itu agak sejuk. Bunyi cengkerik mendamaikan lagi hati yang sedang sakit itu. Euntak duduk di atas tangga sambil mengunyah kimbab yang baru sahaja di buatnya.
Sempat dia mengelap air matanya. Dia memeluk erat majalah tersebut. Dia mengeluh perlahan. Mungkin hari ini bukan harinya?
ㅡ
Jimin memusingkan badannya menghadap dinding di atas katil itu. Dia mula termenung seketika.
" Dia boleh panggil aku dan ikut aku lalu pintu tu, tapi dia tak boleh nampak pedang tu ", katanya seorang diri.
Dia mula terbaring semula, menghadap siling.
" Siapa sebenarnya dia? "
" Saya akan menjadi pengantin perempuan awak dalam masa 20 tahun lagiㅡ "
Tiba-tiba, ayat yang terkeluar dari mulut gadis itu berlegar-legar difikirannya. Mula berfikir satu persatu maksud sebenarnya.
" I love you "
Dia terus memusingkan badannya mengiring semula apabila perkataan yang diucapkan oleh Euntak semasa di Kanada tiba-tiba muncul di benak fikiran. Dia mula menggigit kuku ibu jarinya.
" Jika dia betul-betul maksudkan apa yang dicakap, mesti nanti jadi kekok ", katanya seorang diri sekali lagi.
Dia mula termenung sambil menggerak-gerakkan kakinya. Selepas beberapa ketika, dia terus bangun dan duduk di atas katilnya yang empuk itu.
" Satu perasaan ingin tahu mesti menang dengan satu martabatㅡ"
" Aku betul-betul rasa ingin tahu jadi aku perlu tanya dia ", dia terus berlari sambil mencapai jaketnya, keluar dari bilik tersebut.
ㅡ
Euntak berjalan berseorangan di lorong tersebut. Sinaran dari lampu jalan dan lampu-lampu dari bandar tersebut menyinari malam yang amat malang baginya.
Dia berjalan berulang alik di situ sambil membawa majalah tersebut. Dia melihat ke langit dan tempat-tempat lain. Entah apa yang difikirkannya.
Beberapa kali dia berulang alik disitu, akhirnya, dia berhenti apabila ternampak satu kelibat yang amat dikenalinya sedang bersandar di dinding salah satu bangunan di situ.
Dia terus memandang wajah lelaki tersebut.
" Oh? "
Jimin terus berjalan ke hadapan Euntak sambil membuat muka tanpa perasaanya itu. Dia tiba-tiba tergelak lalu melihat ke sekeliling mereka.
" Ah kita baru je berpisah pagi tadi. Kenapa awak memanggil saya lewat malam ni pulak? " tanya Jimin seolah-olah dia menyampah.
" Saya betul-betul sibuk dan tengah buat sesuatu. Awak tahu tak? " tanya Jimin sekali lagi sambil membuat riak muka marah.
Euntak terus membulatkan matanya, pelik.
" Saya tak panggil awak pun ", katanya.
Senyap.
" Ye awak panggil "
" Mana ada. Saya betul-betul tak panggil kali ni "
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...