Kedengaran bunyi hon serta enjin yang riuh rendah di tengah-tengah bandar. Lampu dari kereta dan juga di tepi jalan memenuhi ruang kegelapan.
Dia duduk di atas papan tanda berwarna merah. Air alkohol yang terdapat di dalam tin itu diteguk perlahan. Rasa pahit dan manis itu melekat pada kerongkongnya.
Dia termenung sebentar. Suara bayi mula menusuk gegendang telinganya. Bergema. Suara riuh rendah orang menjerit juga kedengaran. Lagi satu teguk diambil.
Dia mengeluh perlahan.
" Phew best dapat balik semula bro ", katanya seorang diri.
Angin meniup rambutnya lalu muncul dahinya yang putih serta bersih tanpa jerawat itu. Dia melihat di sekelilingnya. Sekali lagi kedengaran bunyi tangisan dan juga bunyi kereta yang seperti melanggar sesuatu.
+
Lelaki berkumis itu menurunkan tingkap keretanya lerlahan-lahan. Riak mukanya terus bertukar menjadi ketakutan.
Dia melihat cermin tepinya. Kelihatan seorang perempuan yang terbaring di atas jalan yang bersalji itu. Cuba untuk meminta bantuan dari sesiapa.
Tanpa membuang masa, lelaki itu terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut tanpa membantu perempuan yang telah dilanggar olehnya.
Perempuan itu mengangkat kepalanya sedikit. Cuba mencari orang yang berada di kawasan itu untuk membantunya
" argh.. t-tolongg " jeritan yang tadinya keluar dari mulut perempuan itu terus bertukar kepada tangisan meminta pertolongan.
Darah dari dahinya keluar tanpa henti lalu membuatkan kebanyakkan salji yang berdekatan dengannya bertukar menjadi warna merah daripada putih suci.
+
Suara tangisan perempuan itu makin kuat kedengaran, bergema. Perlahan-lahan dia menundukkan kepalanya lalu di gerakkan pula ke kanan.
" jika tuhan wujud didunia ini, tolong lah saya "
Dia meneguk lagi alkohol tersebut. Seperti tidak menghiraukan apa yang terjadi.
" Tolong... "
Dia meneguk sekali lagi.
" sesiapa tolong.. "
Selepas itu, dia meletakkan tin yang sudah kosong itu disebelahnya. Salji mula turun. Akhirnya, dia terjun dari papan tanda itu lalu menghilang.
+
Asap berwarna kehijauan tiba-tiba muncul di hadapan perempuan yang sudah terbaring lemah dek darah yang masih tidak henti-henti keluar.
Beberapa langkah diambil menuju ke perempuan tersebut. Darah yang pekat melitupi salji tebal itu dipijak untuk mendekatinya.
Perempuan tersebut cuba membuka matanya untuk memandang siapakah gerangan tersebut. Seklai lagi dia mengumam "selamatkan saya" dengan perlahan.
" Saya adalah sesiapa itu ", kata lelaki tersebut.
" T- tolong saya... " kata perempuan itu sekali lagi. Semakin lama semakin berkurangan tenaganya untuk terus meminta pertolongan dari lelaki yang tidak dikenalinya.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasiA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...