4 | "Watch your mouth!"

303 49 3
                                    

Lelaki berkot hitam itu berjalan mendekatinya.

   " Kau melanggar babi " kata lelaki tersebut.

Terkelip-kelip mata lelaki di hadapannya. Tidak paham dengan apa yang di beritahu sebentar tadi. Mungkin dia telah dipukau?

   Bayang-bayang hitam yang tiba-tiba muncul di sekeliling lelaki berkot hitam itu menutupi keseluruhan tubuh badannya yang agak tegap itu.

  Dengan pantas, lelaki berkot hitam tersebut terus memakai topi hitamnya lalu pergi meninggalkan lelaki yang masih tidak faham dengan apa yang berlaku keseorangan, bersendirian. Serta, keliru.

   Tiba-tiba, satu van dari arah bertentangan berhenti. Seorang lelaki yang berumur 40an keluar dengan tergesa-gesa.

   " Kamu tidak apa-apa ke? " tanya lelaki tersebut. Nampak kerisauan di air mukanya.

Namun lelaki tersebut tidak memberikan sebarang balasan.

  " Em nak saya call polis? " tanya lelaki itu sekali lagi.

Tiba-tiba, riak wajah lelaki yang ditanya itu menjadi risau, kelam-kabut dan ketakutan. Entah kenapa tiba-tiba.

  " S-saya.. Saya langgar seekor b-babi.. T-tapi kan, entah dari mana babi itu m-muncul! " terang lelaki tersebut ketakutan sambil menggigil.

Dia melihat di sekelilingnya.

  " Babi?! Dekat tengah-tengah bandar ni?! " tanya lelaki berumur 40an itu sekali lagi. Terkejut dia mendengar jawapan tersebut.

  " ARGHHHHH!!!!! " jeritan perempuan kedengaran.

Mereka berdua terus mengalihkan pandangan di belakang kereta yang sudah remuk teruk itu. Kelihatan seorang perempuan sedang melihat belakang keretannya.

Riak wajahnya ketakutan tatkala terlihat seorang mayat perempuan yang terbaring lemah di boot belakang itu.

" T-tengok tu?! " jerit seorang lelaki yang berdiri di situ juga.

Seorang perempuan yang berada di tempat pejalan kaki kekeliruan. Dia melihat di sekeliling. Mahu tahu apa yang sedang terjadi.

  " A-ada orang lah kat dalam tu! " jerit seorang perempuan sambil menutup mulutnya, tergamam.

Tangan mayat tersebut pucat.

  " A-apa yang terjadi ni? "

  " macam mana boleh ada mayat? "

Semua orang mula berkumpul di tempat kejadian. Masing-masing ketakutan dan mula tertanya-tanya.

  " Hello? Ini 911 kan? Saya dekat kawasan Yeoksam. Ada mayat wanita di dalam boot kereta. Em,, saya tidak pasti. Tapi, wanita itu tidak bergerak " seorang lelaki menelefon pihak tertentu.

Dia menerangkan satu persatu apa yang terjadi.

   Tiba-tiba, perempuan yang berada di pejalan kaki itu lemah lalu terduduk. Dia menutup mulutnya, terkejut tatkala melihat dirinya sendiri yang terbaring dan tidak bergerak di boot kereta tersebut.

   " K-kenapa aku a-ada dalam tu? " tanya perempuan itu. Dia menggigil ketakutan. Dia menunjuk dengan jarinya sendiri.

Tidak percaya apa yabg terjadi di hadapannya itu.

   " Hwang Mi Young, 25 tahun ", seorang lelaki berkot hitam itu muncul sekali lagi.

Dia berada di sebelah perempuan itu sambil memegang kad yabg berwarna putih dan bertulisan berwarna merah tiu. Sampulnya pula berwarna hitam.

  " Lahir pada April 3, 1973 ", sambungnya lagi. Perempuan yang terduduk itu perlahan-lahan mengalihkan kepalanya apabila mendengar suara yang tiba-tiba muncul di sebelahnya iti.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now