14 | Prove it

140 25 3
                                    

Long ass chapter yall

Euntak melihat keadaan Jimin yang memakai kot hitam itu. Perlahan-lahan dia melihat setiap struktur badan Jimin yang agak tegap itu. Ouch!

" Hm, awak nampak formal ", kata Euntak perlahan.

" Esok ada tarikh kematian orang yang saya kenal "

" Tapi kenapa awak nak pergi harini? Tempatnya dekat kawasan perkampungan ke? "

" Dah esok dekat sana "

" Bila awak balik? Esok? Ke selepas esok? Ada sesuatu saya nak tanya dekat awak! " jerit Euntak kuat apabila Jimin semakin menjauhkan diri darinya.

Mereka berdua terus memandang antara satu sama lain. Dekat.

" Cepatlah kalau gitu ", kata Jimin perlahan. Selepas menyedari keadaan antara mereka berdua itu, Jimin terus melangkah ke belakang sekali.

" Hm, mungkin soalan di agak pelik.." Euntak mengambil nafas seketika sebelum menyambung soalannya itu.

" Jadi saya harap awak tak salah faham "

" Yelah, teruskan "

" Mula-mula saya nampak awak, saya ingatkan awak grim reaper. Malaikat maut. Tapi, kalau ye pun awak malaikat maut, awak mesti dah tarik nyawa saya ", Jimin hanya memandang wajah gadis yang sedang bercakap di hadapannya itu dengan tenang.

" Lepastu, saya ingatkan awak hantu atau roh pula. Tapi kan, saya nampak bayang-bayang awak haritu " kata Euntak.

Dia melihat ke arah lantai. Ye, memang ada pun bayang-bayang Jimin dia atas lantai tersebut.

" Jadi saya mula berfikir. ' Siapa sebenarnya lelaki tu?' "

" Jadi siapa saya? "

" Goblin ", kata Euntak. Membalas soalan Jimin dengan laju.

Mereka berdua merenung mata masing-masing.

" Awak ni sebenarnya goblin ke? " Euntak menanyakan soalan itu kepada Jimin. Matanya yang membulat itu mula bersinar-sinar menunggu jawapan lelaki tersebut.

" Apa awak ni? " Jimin memandang tajam wajah gadis tersebut.

" Awak sebenarnya siapa? " kata Jimin lagi.

" Ala rasa kekok lah bila saya beritahu siapa sebenarnya saya ", kata Euntak sambil bermain-main jari jemarinya. Malu.

" Saya sebenarnya pengantin perempuan goblin ", bisik Euntak. Pipinya mula memerah. Menahan malu.

Jimin hanya mendiamkan diri. Matanya sedikit membulat mendengar kata-kata yang baru dibisikkan oleh gadis so-called-pengantin perempuan goblin di hadapannya itu.

" Awak tahukan saya boleh tengok hantu? " Jimin mengangguk perlahan.

" Masa saya dilahirkan, ", Euntak menundukkan kepalanya.

Dengan pantas dia menyelak baju sejuk merah yang berada di tengkuknya itu, lalu di tunjukkan tengkuknya yang mempunyai sesuatu kepada Jimin tanpa rasa segan silu.

Jimin menundukkan badannya, melihat dengan jelas benda yang ditunjuk oleh Euntak itu.

" Saya ada benda ni dekat tengkuk saya ", jari telunjuk di letakkan berhadapan dengan tanda lahirnya itu.

" Saya rasa benda ni lah penyebab semua hantu kata saya ni pengantin perempuan goblin ", terang Euntak.

Jimin cuba untuk menyelak baju sejuk gadis tersebut. Tetapi tidak jadi. Malu? Ke segan? Eh sama je. Pervert!

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now