3 | Grim Reaper

308 54 10
                                    

" Beta akan baringkan badan mereka dan pancung mereka jika kamu melanggar arahan beta ", sambung raja kecil itu sekali lagi.

Dia merenung tajam Jeneral Park Jimin. Jeneral Park Jimin mengetap kuat giginya.

   " Pergi, jeneral ", kata adik perempuannya.

Jeneral Park Jimin mengalihkan pandangannya ke arah adiknya itu. Riak mukanya terus bertukar sedih dan sayu apabila mendengar arahan adiknya pula.

     " Saya tidak apa-apa ", sambung adik perempuannya sekali lagi. Masih memandang muka abangnya.

    " Saya... Tuanku, patik... ", belum sempat Jeneral Park Jimin menghabiskan kata-katanya, isteri kepada raja kecil tersebut, iaitu adiknya bercakap sekali lagi.

    " Beta tahu. Beta betul-betul memahami kamu. Jika ini adalah penghujungnya, jadi ini adalah ketentuan beta. Jadi, kamu patut pergi ", kata Permaisuri itu sekali lagi.

    " Jangan berhenti. Ambil langkah kamu menuju ke arah raja ", sambungnya.

Mata Jeneral Park Jimin mula berkaca. Dia tidak mahu kehilangan adik-beradiknya mahupun keluarganya yang lain dalam pada masa yang sama.

    Dia memandang raja.
  
    Satu langkah diambil.

     Dua langkah.

     Dan langkah-langkah seterusnya, menuju ke raja.

Permaisuri itu cuba menahan air matanya dari jauh tatkala melihat abangnya berjalan menghala ke raja sekali lagi.

      " Ini adalah penderhakaan terhadap arahan raja!! Bunuh semua ahli keluarganya!!!! Ini adalah arahan beta!!!" jerit raja tersebut.

     Jeneral Park Jimin melihat sekeliling. Keadaan menjadi riuh rendah. Dia masih setia memegang erat pedangnya itu.

Zasssss

   Satu anak panah tertusuk pada dada permaisuri itu, isteri kepada raja dan juga adik perempuan Jeneral Park Jimin.

    Darah mula meresap pada baju putihnya itu. Badannya yang sudah lemah itu jatuh di atas lantai, di hadapan istana.

    Jeneral Park Jimin tidak berhenti walau sesaat pun. Dia mendengar kata-kata adik perempuannya itu.

Keluarganya yang lain sudah di lututkan dan dibaringkan. Pedang terus melibas leher masing-masing.

    Darah yang terpancut keluar membuatkan badan si mangsa lemah lalu terkulai begitu sahaja.

    " Berhenti ", kata orang yang berada di sebelah raja tersebut.

     " Apa yang kamu semua lakukan? Buat dia melutut sekarang ", sambungnya.

Seorang pengawal berjalan menghala ke jeneral tersebut. Dia melibas pedangnya pada belakang jeneral tersebut.

   Dengan serta merta jeneral tersebut melutut disitu. Kesakitan.

      " Jeneral !!!!! " kedengaran suara jeritan penolong jeneral itu dari pintu masuk istana.

Dia berlari dengan laju walaupun kesan luka yang baru sahaja tertusuk panah itu makin terbuka luas.

   Dia terus melutut di hadapan istana tersebut selepas melangkah beberapa anak tangga.

     " Tuanku! Bagaimana tuanku sanggup melakukan sebegini? " dia menjerit sambil air matanya deras mengalir di pipinya itu.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now