18 | Lollipop Candy

120 23 0
                                    

" Dah lama ke awak tinggal di sini? " tanya Euntak.

Mereka berdua melihat keadaan sekeliling yang semakin gelap. Hanya diterangi dengan cahaya dari lampu jalan di tempat pejalan kaki itu sahaja.

" Saya nampak pondok buruk tu di tukar kepada hotel besar tadi. Saya pergi dan pulang sekali lagi dan lagi ", jawab Jimin.

Mereka berdua berjalan beriringan. Euntak hanya mendengar kata-kata Jimin sepanjang perjalanan tersebut.

" Ini adalah benda pertama saya buat selepas meninggalkan kampung saya " sambung Jimin.

" Sayangnya. Awak sepatutnya beli pondok lama itu masa dahulu. Lepastu, hotel besar tadi boleh jadi milik awak! ", kata Euntak teruja.

Ada betul juga kata gadis tersebut. Namun, Jimin hanya mengangguk sambil tersenyum. Keadaan masih riuh rendah di situ.

Pelbagai cahaya yang datang dari lampu jalan, lampu dari kedai-kedai dan lain-lain. Ianya membuatkan keadaan menjadi lebih cantik dan indah walaupun sejuk pada malam itu.

Mereka berdua berhenti dari berjalan. Memandang antara satu sama lain.

" Jangan cakap hotel tadi tu awak- "

" Kenapa dengan cahaya dekat mata awak tu? " tanya Jimin secara tiba-tiba. Dia melihat mata Euntak yang bersinar-sinar.

Gadis di hadapannya itu terus menundukkan kepalanya. Sedikit malu. Hm pastinya dia ni kaya ; kata Euntak secara berbisik. Dia mendongak sekali lagi sambil mengeluarkan gula-gula lolipopnya.

" Nah, awak nak ni tak? " kata Euntak sambil tersenyum manis. Dia menghulurkan sebatang lolipop yang berperisa strawberi itu.

" Dari mana awak dapat tu? Bukan awak tak de duit ke? " tanya Jimin. Dia mengerutkan dahinya. Jangan kata dia-

" Sebab tu lah saya curi " kata Euntak, masih tersenyum. Dia terus menarik tangan Jimin.

" Makan cepat dan hilangkan bukti kewujudan benda ni ", kata Euntak, tergelak sedikit.

" Apa? " tanya Jimin lagi sekali sambil membulatkan matanya. Terkejut.

" Hahahaha! Awak percayakan saya! " Euntak tergelak dengan kelakuan Jimin yang ketakutan itu kerana dia mengatakan bahawa dia mencuri lolipop tersebut.

" Saya tenung lolipop tu, lepastu perempuan yang kerja dekat kedai tu rasa kesian pada saya, jadi dia bagilah lolipop ini pada saya ", terang euntak sambil tersenyum memandang Jimin di hadapannya itu.

" Tapi kan, betulkah hotel tu awak punya?!"

" Bukan awak dah terlambat ke? "

" Untuk apa? "

" Sekolah "

Euntak terus terdiam. Dia memang seratus peratus telah terlupa tentang apa aktiviti harian dia selalu. Tentang sekolah, tentang keluarga makciknya. Semuanya!

" Pukul berapa sekarang dekat Korea? " tanya Euntak. Mukanya tidak terseyum manis lagi.

Jimin menghulurkan tangannya, menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Hm, kelihatan agak mahal. Lelaki mahal.

" Pukul 10 pagi ", kata Jimin.

Euntak terus menutup mukanya. Habislah dia! Pasti guru disiplin akan memarahinya kerana datang lewat.

" Matilah saya! " jeritnya. Dia mengangkat mukanya semula, memandang Jimin.

" Patutkah saya tinggal di sini sahaja? " Jimin mengerutkan dahinya sambil menutup mata apabila mendengar ayat yang tidak masuk akal daripada gadis di hadapannya itu.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now