Perempuan tua itu mengambil seikat sayur. Dia membuang bahagian-bahagian daun yang sudah layu. Manakala, akarnya itu di cabut suapaya menjadi lebih bersih.
Jambatan itu hanya disinari dengan cahaya dari lampu jalan. Keadaan sudah semakin gelap.
Perempuan yang lebih muda di hadapannya mula bersuara.
" Kamu tak pernah nampak tua ", kata perempuan tersebut.
Dia bercangkung di hadapan nenek itu sambil melihat tangan nenek tersebut ligat menyiang sayur-sayuran yang di jualnya setiap hari.
" macam mana saya nak jadi lebih tua dari ini ", jawab nenek tersebut tanpa melihat perempuan itu. Dia terlalu kusyuk mengerjakan sayur-sayur kehijauan itu.
" Oh kamu ada point ", perempuan muda itu tergelak sedikit apabila mendengar balasan dari nenek tua itu.
Dia berhenti seketika.
" Boleh tak kamu tolong jagakan Euntak... "
" Dari masa ke semasa? " sambungnya. Dia tersenyum sedikit.
Selepas beberapa saat, baru nenek tua itu menjawab soalannya.
" Banyak lah kamu ni. Kenapa saya yang kena jaga anak perempuan kamu? "Jawab nenek tua itu. Alah sebenarnya soalan yang ditujukan dijawab dengan soalan jugak.
" Ala kejap je. Nanti bagi lah lebihan kubis dengan bayam dekat dia ", kata perempuan itu lagi sambil melihat sayur-sayur yang di letakkan di dalam beberapa besen berwarna-warni.
" Kamu patut mati je masa tu. Kenapa kamu perlu hidup lagi? " jawab nenek tua itu sambil melihat wajah perempuan di hadapannya.
Terus muka perempuan tersebut berkerut.
" Ish, kejamnya. Kamu yang bagitahu saya. Kamu beritahu saya untuk berdoa dengan ikhlas ", jawab perempuan itu sambil memuncungkan bibir merah jambunya sedepa.
" Saya tak percaya ada orang betul-betul ikut cakap saya ",
" Terima kasih kerana itu, saya dapat hidup dengan lebih lama ", jawab perempuan itu pula.
Dia tersenyum.
" Terima kasih untuk segalanya ", kata perempuan itu sekali lagi.
Dia memandang wajah yang berkedut seribu dihadapannya itu. Masih fokus menyiang semua sayur-sayurnya yang dijual itu.
" Saya datang nak ucap selamat tinggal. Saya... pergi dulu ", kata perempuan itu.
Wajahnya cuba menahan air mata dari jatuh.
Akhirnya, perempuan itu terus hilang dari pandangan nenek tua tersebut.
✿
Budak perempuan itu terus keluar dari rumah tersebut. Dia pastikan pintu dikunci sebelum pergi ke hospital yang telah di beritahu sebentar tadi.
Baru dia berjalan beberapa langkah, tiba-tiba seseorang yang berkot hitam berada di hadapan matanya.
" P-pakcik siapa? "
Cahaya dari arah belakang badan lelaki itu membuatkan matanya tidak dapat melihat muka lelaki tersebut.
Dia memakai topi dan juga membawa beg bimbit berwarna hitam. Segalanya hitam.
Alhirnya cahaya itu hilang dari belakangnya. Budak kecil itu membulatkan mata dia agar dia dapat melihat siapakah gerangan tersebut.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...