" Saya tak kisah pun ", kata Euntak sambil senyum ke arah Jimin di hadapannya itu.
" Tapi, saya tak ", jawab Jimin, meninggikan sedikit suaranya.
" Awak tak fikir tentang saya ke? "
" Awak bukannya datang bila saya fikir tentang awak ", jawab Euntak, memuncungkan bibirnya sekali lagi.
Mereka berdua terus terdiam. Bunyi cengkerik memenuhi ruang.
" Saya tak kisah jumpa awak sambil janji untuk masa depan ", kata Euntak. Tiba-tiba, dia tersenyum, menunjukkan barisan gigi putihnya.
" I love you "
Jimin hanya memandang gadis tersebut tanpa sebarang perasaan. Dia mendekatkan steak yang dicucuk dengan garfu lalu di gigit dengan ganas. Dia terus memusingkan badannya, berjalan pergi dari Euntak.
" Hm bau steak ", Euntak terus menghidu-hidu. Dia melihat Jimin yang berjalan pergi darinya. Akhirnya, dia memusingkan badan, berjalan ke arah berlawanan dari lelaki tersebut.
" Hm laparnya! " keluhnya.
ㅡ
Jungkook yang sedang menghirup susu kulturnya di hadapan televisyen terus terhenti apabila kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Matanya terus melirik ke arah pintu tersebut.
Dengan laju, Jimin terus berjalan masuk ke dalam biliknya sambil mengerang kuat dan menarik rambutnya, entah kenapa. Mata Jungkook hanya mengikut pergerakkan lelaki tersebut. Sungguh kusut.
" Gila ke? " Jungkook menunjukkan satu jari telunjuknya di sisi kepalanya lalu membuat bulatan bermaksud gila atau tidak betul.
ㅡ
Sepasang kaki sudah berada di sisi katil. Bersedia untuk melangkah naik ke atas katil tersebut. Untuk tidur.
Perlahan-lahan kakinya mencabut selipar yang dipakainya lalu mengangkat satu belah kakinya dan memanjat ke atas katil.
Dia terus diam seketika, melihat ke arah katil empuknya. Perlahan-lahan dia membengkokkan badannya, menarik selimut gebu berwarna putih itu.
Belum sempat dia baring, tiba-tiba seseorang menerjahnya. Membuatkan tindakkannya yang tadi terhenti.
" Oh!! "
Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain apabila jeritan Jungkook terhenti saat melihat kelibat Jimin yang berlari masuk ke dalam biliknya, termengah-mengah.
" Baju ni lebih baikkan? " tanya Jimin.
Baju yang dipakainya adalah seluar putih dan baju berwarna kelabu yang di masukkan ke dalam seluar tersebut, tuck in. Dia memegang juga sebuah buku sambil bergaya di hadapan Jungkook, yang masih terpinga-pinga.
" Baju apa? " tanya Jungkook, pelik.
" Berbanding dengan tadi ", akhirnya, Jungkook terus menjadi lebih tenang. Dia duduk di atas katilnya.
" Adakah kau.."
" -tukar baju? " tanya Jungkook lagi. Mungkin bagi dia baju yang di pakai oleh lelaki di hadapannya itu sama sahaja dengan sebelum ini.
" Aish. Ha kalau macam tu buku ni sesuai tak dengan baju aku ", tanya Jimin lagi, sedaya upaya.
" Aku rasa perempuan itu asyik 'panggil' aku je ",
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...