Taehyung masuk sambil mendengus kuat. Dia berjalan menghala ke mereka berdua sambil menghentak kuat kakinya.
" Ni pun pakcik. Saya dah sedaya upaya suruh kamu ambil saya tadi- " dia menarik nafas dalam-dalam.
" Tapi pakcik hanya stay dekat sini ", sambungnya semula sambil menunjukkan tempat duduk pakciknya itu.
Hidungnya yang kembang kempis menahan marah dan perasaan tidak puas hati itu di tenung oleh datuk dan juga pakciknya itu.
" Jangan menyampuk semasa orang tua sedang bercakap! " marah datuknya. Keadaan menjadi sunyi untuk seketika.
Kemudian, Taehyung mengalihkan pandangannya ke muka tua yang berkedut seribu itu.
" Datuk cancel credit card saya ke? Datuk buat kan? " tanya Taehyung.
" Setiausaha datuk yang buat ", jawab datuknya pula. Suara mula kembali kepada asal. Lebih tenang dari sebelum ini.
" Ha, tau tak betapa malunya saya tadi? Saya dengan seorang perempuan tau. Perempuan! " kata lelaki muda itu sambil menghentakkan kakinya.
" kenapa datuk tak kayakan saya je.. ", kata-kata Taehyung terhenti apabila matanya tertancap pada barang yang terdapat di atas meja itu.
Dia melihat buku serta passport yang berwarna hijau kulitnya itu. Keningnya di kerutkan.
" Pakcik, kamu nak pergi mana-mana ke? " tanya dia sambil melihat pakciknya yang sedang duduk itu.
Kemudian, pakciknya terus menggeleng perlahan. Dia menundukkan kepalanya semula. Termenung. Tangannya itu cuba menutup passport itu dari dilihat oleh Taehyung tetapi tidak berjaya.
" Dekat mana?! " tanya dia lagi. Belum sempat pakciknya itu memberi jawapan, datuknya mula menyampuk lalu berkata,
" Datuk sudah beritahu kamu untuk bercakap dengan sopan! " tapak tangan Taehyung terus diangkat untuk menghalang datuknya dari membebel dengan lebih banyak.
" Diam kejap, datuk ", taehyung terus memandang semula pakciknya itu.
" Ni semua pasal pengantin perempuan yang pakcik cari tu ke? " tanya Taehyung sekali lagi. Dia mengerutkan mukanya. Matanya mula dipandang tajam pakciknya yang masih tertunduk kepalanya.
" Kenapa pakcik tak cakap je pakcik suka orang sana dari orang kat korea ni ! Ha kenapa?! " jeritnya lagi. Entah kenapa dia tiba-tiba marah.
Pakciknya itu hanya mengeluh perlahan. Dia tersenyum sedikit. Selepas beberapa minit, keadaan sunyi itu di pecahkan oleh Taehyung sendiri.
" Sebenarnya bila pakcik akan pergi? " tanya dia.
+
Bunyi deringan dari jam lonceng itu membangunkan Euntak dari mimpinya yang boleh di katakan lena. Dia terus menyepak sedikit selimutnya yang berwarna putih itu.
Tangannya terus mencapai jam lonceng tersebut. Punat yang terdapat di belakang jam lonceng tersebut di tekan lantas deringan yang berbunyi nyaring itu terhenti.
Dia memperbetulkan sedikit rambutnya yang kusut itu. Selimut putihnya di lipat sebelum beredar dari bilik tersebut.
+
Air yang dari tadi terbuka di tutup semula. Air beras yang terdapat di dalam periuk itu mula di tuang sedikit demi sedikit. Selepas berpuas hati dengan air yang terdapat di dalam periuk tersebut, dia mula berjalan lalu menenggek nasi tersebut.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...