22 | Owner

98 15 0
                                    

" Hiring Part-timers "

Euntak membaca notis yang tertampal di hadapan pintu restoran ayam goreng tersebut. Mukanya terus berubah. Adakah dia akan berjaya menjadi pekerja sambilan di sini?

Dia terus melihat ke dalam kedai tersebut. Perlahan-lahan dia membuka pintu kedai itu lalu berbunyi lonceng yang menandakan pelanggan masuk.

" Maafkan saya ", kata Euntak kepada seseorang yang sedang duduk di meja makan salah satu yang terdapat di situ.

Perlahan-lahan wanita tersebut memusingkan kepalanya. Dia mengusap rambutnya ke belakang entah tiba-tiba. Kemudian, rambutnya itu di sisir ke tepi sambil memandang Euntak.

" Selamat datang ", kata wanita tersebut kepada Euntak yang masih tercengang.

" Bungkus? " Tanya wanita itu lagi.

" Oh? S-saya bukan pelanggan. Saya nampak notis kat luar tu awak cari pekerja lagi. Pemilik kedai ni ada dekat sini tak? " tanya Euntak dengan sopan santun sambil tersenyum.

" Ya, disini ", kata wanitaㅡpemilik kedaiㅡ tersebut.

" Sekolah menengah? " tanya wanita itu lagi.

" Ah? Ya "

Wanita itu terus mengarahkan Euntak untuk duduk di hadapannya. Mulut wanita tersebut masih mengunyah kacang yang baru sahaja di belinya di kedai runcit berdekatan dengan kedainya.

" Ah, rupanya awak pemilik restoran ni ", perlahan-lahan Euntak berjalan ke arah wanita tersebut.

" Saya ingatkan awak pelanggan sebab awak terlalu cantik ", sambung Euntak sekali lagi, meletakkan punggungnya di atas kerusi berdekatan berhadapan dengan wanita tersebut.

" Mestilah, pelanggankan cantik berbanding pemilik kedai ", kata wanita tersebut sambil tersenyum. Dia mengangkat mukanya semula, memandang Euntak.

"- tapi saya dah lama tak nampak seorang pun ", sambung wanita tersebut, membuat riak muka sedihnya kemudian tergelak kecil.

Dia mengambil sebiji kacang kemudian di masukkan ke dalam mulutnya. Keadaan yang sunyi sepi di dalam kedai itu hanya di temani dengan bunyi wanita tersebut mengunyah kacang.

Selepas beberapa saat, barulah Euntak mengambil keputusan untuk menanyakan sekali lagi tentang kerja yang hendak dilakukannya.

" Tapi, tanyalah saya kalau awak ada benda nak tanya. Oh ye, saya gembira dapat tahu semua yang awak nak ada serba sedikit pada diri saya ", kata Euntak sambil tersenyum, cuba menunjukkan sisi baiknya untuk diterima sebagai pekerja.

" Saya tak de mana-mana lagi nak pergi. Masa saya umur 9 tahun, saya kehilangan ibu bapa dan saya perlu menguruskan diri saya sendiri. Saya tak de mana-mana saudara mara- ",

" lobak.." kata-kata Euntak terus terberhenti apabila wanita tersebut tiba-tiba berkata begitu.

Euntak hanya mengerutkan dahinya, pelik.

" Lobak kami sangat sedap. Saya tak tahu bila kali terakhir pelanggan yang datang menanyakan untuk lobak ", kata wanita tersebut, terus sambung makan kacangnya.

Euntak menutup matanya rapat sambil mengembungkan pipinya, menahan marah akibat wanita di hadapannya itu. Takkan dia masih tak faham yang dia sangat terdesak untuk berkerja di sini?

" Awak nak sikit? " tanya wanita di hadapannya itu sambil menolak semangkuk kacang yang masih rangup itu.

" Terima kasih ", kata Euntak sambil mengambil sebiji kacang, lalu menundukkan kepalanya tanda hormat.

" Awak miskin ke? " terus Euntak tersedak apabila soalan tersebut di tanyakan oleh wanita di hadapannya itu. Sangat berterus terang.

Euntak terus terberhenti seketika, memikirkan sesuatu. Kemudian, dia tersenyum semula.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now