" Ops, aku harap benda tu tak penting ", kata Jimin sambil tersengih nakal. Padan muka!
" Lol tak pe benda ni copy je. Yang original punya dekat realtor ", kata lelaki tersebut sambil melihat abu-abu yang berwarna hitam itu terus menghilang ditiup angin daripada kipas.
Wajah Jimin yang tersenyum nakal itu terus berubah berkerut. Dia tidak menjangkakan bahawa kertas tersebut sebenarnya copy dan bukannya ori. Haish!
" Aku masuk rumah ni esok. Dan ianya sepatutnya menjadi lucky day buat aku ", sambung lelaki tersebut.
" Kalau dah, boleh pergi ", jawab Jimin pula tanpa memperdulikan lelaki tersebut. Malas mahu dilayan.
" Benda yang terbaik aku boleh bagi adalah teh panas tu- "
" pergi dan pack up lah barang kau. Mesti lama nak kemaskan barang kau tu sebab kau akan pergi untuk 20 tahun, bukan? Oh wow ", kata lelaki yang memakai baju serba hitam itu. Dia menghirup lagi secawan teh panas yang dipegang olehnya.
" kau sengaja nak sedihkan goblin, kan? " tanya Jimin sambil memeluk tubuhnya. Geram!
Perlahan-lahan, lelaki itu memandang Jimin. Riak wajahnya tidak senyum mahupun sedih. Entah apa reaksi yang diberikan.
" Kau patut tahu apa maksudnya untuk sign a contract dengan malaikat maut. Aku tak kisah kalau 'ambik' budak lelaki tadi tu daripada rumah ni ", kata lelaki tersebut, dingin.
" Oh jadi aku dah tak de pilihan lain lah ni? " Jimin melihat sekeliling. Memikirkan ayat yang ingin diucapkan kepada malaikat maut di hadapannya ini.
" Kami ada banyak bilik kosong, ha pilih lah satu. Mana yang berminat. Buat lah macam kat rumah sendiri ye ", kata Jimin sambil tersenyum.
" Ni rumah aku-"
" Ni rumah aku " Jimin memotong kata lelaki tersebut.
" Kau boleh cuba sepak goblin dari gua ni, ya know. Goodluck! " Jimin terus berjalan masuk ke dalam biliknya sambil merenung tajam.
Maka, bermulalah sesi peperangan pada abad itu. Satu pihak goblin manakala satu pihak malaikat maut. Dingin!
+
Mereka berdua duduk di hadapan meja makan. Berdepan antara satu sama lain. Pinggan yang terdapat makanan itu dipotong perlahan-lahan lalu di masukkan kedalam mulut satu persatu. Classy.
Malaikat maut itu melihat Jimin yang sedang memotong steak nya. Dia masih tidak berpuas hati dengan lelaki itu.
" Itu kejam ", dia melihat makanannya.
Pinggan malaikat maut itu hanya mempunyai beberapa sayur serta buahan-buahan yang dipotong kecil dengan jumlah yang amat sedikit berbanding dengan Jimin yang mempunyai steak dan juga beberapa hidangan sampingan yang lain.
" Seperti apa yang di perkatakan melalui khabar angin, memang betul pun diet kau macam tak senonoh je, hm ", Jimin memerli malaikat maut itu.
Dia memandang sekilas lelaki tersebut kemudian sambung memotong steak nya yang enak itu. Sengaja dia menghidangkan makanan itu sahaja kepada malaikat maut itu. Biar dia pergi dari tempat ni.
Sedang Jimin elok makan makanannya, tiba-tiba, satu botol lada hitam masuk ke dalam segelas air putihnya itu. Ya, memang malaikat maut itu yang lakukan perkara tidak senonoh itu.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...