8 | Kim Tae Hyung

222 31 0
                                    

10 tahun kemudian

Seorang lelaki berkot biru berjalan melalui jambatan sambil menuju ke suatu tempat. Dia bertembung dengan seorang wanita berbaju merah. Derapan kasutnya kedengaran bersama sayup-sayup bunyi enjin kereta di kawasan tersebut.

Wanita tersebut tersenyum licik. Lelaki yang memakai kot biru itu memusingkan badannya melihat perempuan tersebut.

" Excuse me ", wanita itu terus berhenti apabila kedengaran suara lelaki di belakangnya itu. Dia memusingkan badannya yang kurus itu sambil tersenyum girang.

" Apa kata kita, pergi minum ", kata lelaki itu sambil memperbetulkan rambutnya. Sempat juga matanya dikenyit ke arah wanita tersebut.

" Boleh juga ", jawab wanita itu sambil matanya dikenyitkan juga kepada lelaki tersebut. Taehyung.

+

Bunyi dari telefon yang berada di atas meja tersebut kedengaran. Lalu dengan satu bip suara yang amat di kenali mula bercakap,

" saya punya credit card tetibe tak boleh guna. Jadi pakcik, kamu tahu kan ada lelaki-lelaki yang pakai baju sut bagai tu dekat bar. Ha, saya dengan mamat-mamat tu... eh- dengan gentlemen ni. *cough* ambik saya please *cough*. Angkat lah panggilan ni. Mereka minta nombor telefon pakcik tapi saya kata pakcik tak de telefon. Diorang kejam gila dekat saya ni "

Kata-kata Taehyung terhenti sebentar. Selepas beberapa saat mendiamkan diri, suara nya mula kedengaran semula.

" Eh pakcik dengar tak ni? Pakcik! Pakcik Jimin!  Woi pakcik Jimin!"

Itu adalah kata-kata terakhirnya sebelum panggilan dimatikan secara automatik.

Lelaki berpakaian hijau itu duduk di atas sofa yang amat empuk sambil membaca buku. Dia menyelak satu persatu muka surat sambil membaca dengan teliti dan fokus.

+

Tring tiring tiringgg~

Bunyi lonceng di sekolah tersebut kedengaran. Maka, semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin itu, memenuhkan perut yang kosong sejak pagi itu.

Perempuan yang memakai baju sejuk itu duduk di hujung meja. Dia menyuap perlahan-lahan makanan yang baru sahaja di belinya tadi.

" Dah nak habis sekolah, tapi dia masih makan seorang diri ", kata seorang perempuan daripada satu kumpulan remaja perempuan yang duduk di meja bersebelahannya.

" Kenapa kau tak makan dengan dia je kalau gitu? " kata seorang lagi perempuan berpakaian uniform sekolah yang berwarna putih itu pula.

Mereka semua memandang tajam perempuan yang duduk bersebelahan dengan meja mereka semua tanpa segan silu.

" Ish asal pulak? Dia tu dah lah boleh nampak hantu ", jawab perempuan itu semula.

" Tch, dia lebih takut aku dari hantu. At least, hantu tu kita tak leh nampak ", kata perempuan berbaju putih itu.

Dia memandang sekali lagi perempuan yang memakai baju sejuk berwarna hijau itu.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now