15 | Cute guy

146 23 2
                                    

" I love you " Euntak tersenyum, malu sambil melihat reaksi Jimin di hadapannya itu.

" Ohoho awak acah macam baru pertama kali dengar ", kata Euntak sambil tergelak. Jari telunjuknya di tunjuk ke arah muka Jimin yang sedang merah menahan malu.

" Berhenti ", Jimin terus memandang ke tempat lain, untuk menutup reaksinya yang tersengih-sengih itu. Eh syok pula dia!

" Oooo nak suruh orang berhenti pula. Malu lah tu ", usik Euntak sekali lagi. Jimin hanya melihat reaksi gadis di hadapannya itu.

" okay lah kalau macam tu, kita jalan ke sana! " jerit Euntak.

" Bayangkan ini seperti bulan madu kita " dia menarik tangan Jimin sambil berjalan bersamanya. Euntak akhirnya, melepaskan tangan Jimin dan berlari ke arah yang ditunjuk olehnya.

" Hey! " Jimin mengejarnya. Sekali lagi.

+

Satu persatu kedai di kawasan itu di masuki oleh Euntak. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang wang atau apa-apa, dia masih menjengah masuk ke dalam lalu membelek segala barang yang terdapat di dalam kedai tersebut.

Jimin di belakangnya hanya tergelak melihat gelagat Euntak yang sangat jakun di kawasan tersebut. Walaupun dia tidak pernah berjalan di kawasan tersebut, Jimin hanya berlagak seperti salah seorang penduduk di situ. Tidak mahu dia dilabel jakun!

Euntak menekup mukanya ke arah cermin di hadapan salah satu kedai di jalan tersebut. Jimin terus menarik baju gadis tersebut untuk pergi dari situ. Dia menutup mukanya menahan malu. Haish!

Mereka meneruskan perjalanan sekali lagi. Euntak terus mengeluarkan telefon bimbitnya apabila dia ternampak seorang perempuan tua yang sedang bermain alat muzik di tepi jalan.

Dia mengambil gambar bersama perempuan tua tersebut. Jimin hanya menunggu dia sambil memeluk tubuhnya. Dia bersandar pada dinding.

" Eh sabar-" belum sempat Jimin ingin berehat, Euntak meneruskan perjalanannya ke tempat lain pula.

+

Euntak terus masuk ke dalam kedai yang menjual beberapa aksesori. Baru sahaja Jimin ingin membuka pintu kedai tersebut, Euntak terus keluar lalu pergi ke dalam kedai di sebelahnya pula.

Jimin terus mengeluh kuat. Penat! Seperti mengawal kanak-kanak ribena.

Sudah penat berjalan ke sana-sini namun, Euntak masih berlari masuk ke dalam setiap kedai. Jimin melonggarkan tali lehernya semasa mengekori gadis tersebut dari belakang. Rimas.

Mereka tiba di satu taman. Jimin menyandarkan dirinya pada salah satu pokok di situ. Penat. Manakala, Euntak pula masih bermain di kawasan tersebut. Melihat sekeliling. Jimin hanya memerhati.

Tiba-tiba, gadis tersebut berlari ke arah Jimin semula. Lalu berkata,

" Saya seperti orang yang duduk di sini, bukan? Atau saya ni nampak macam illegal alien? " kata Euntak.

Dia tergelak sedikit. Begitu juga dengan Jimin.

Sekali lagi Euntak muncul berdekatan dengan Jimin yang sedang kepenatan, mencari nafas.

" Tak namapk macam saya baru pertama kali di sini, bukan? "

Euntak terus berlari ke tempat lain. Bukan di taman itu. Jimin yang masih penat, menabahkan diri untuk mengikuti gadis tersebut.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now