" Habistu ke mana perginya buku bank nya? Mana mak kau punya duit insuran?! " jerit perempuan tua itu lagi.
Euntak masih menundukkan kepalanya. Selepas beberapa saat, dia memusingkan kepalanya, melihat makciknya yang masih duduk di atas kerusi di berhadapan meja makan tersebut.
" Macam mana saya boleh tahu pula? Makcik yang ambil segalanya! Makcik juga yang ambil duit deposit dari rumah yang omma sewa! " jerit Euntak.
Matanya mula berkaca. Dia mula memikirkan apa lah salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini rupa. Asyik di tuduh tanpa mengetahui apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
" Asal banyak sangat perempuan ni bercakap pada awal pagi ni? " bebel makciknya itu sambil mengorek telinganya menggunakan jari telunjuknya itu.
" Kau bawak je lah kalau kau tak nak kena pukul. Selalu benda tu kat bag aku tapi tiba-tiba hilang bila aku nak pergi bank haritu. Siapa lagi kalau bukan kau yang ambik! ", katanya lagi.
" Saya kan dah cakap, dia tu penipu ", kata anak perempuannya itu selamba. Dia masih makan makanan yang di masak oleh Euntak sendiri.
" Ye memang betul pun. Lagipun ada hantu dekat belakang kamu ", tipu Euntak.
Dia terus menyarungkan hoodie kelabunya lalu berjalan keluar dari rumah tersebut.
" Apa?! Kau psiko. Hey!! " jerit perempuan itu.
+
Angin yang bertiup telah membuatkan rambutnya ditiup angin. Dia bersila di atas batu yang terdapat di di situ. Ombak semakin deras.
Tangannya memegang kek berwarna kuning. Terdapat beberapa lilin yang di cucuk di atas kek tersebut. Dia melihat sekeliling.
Jimin duduk di atas kerusi yang terdapat di kawasan yang berbunga itu. Dia duduk di situ sambil menenangkan hatinya. Angin yang meniupkan rambutnya itu di biarkan sahaja.
Bunga-bunga yang terdapat di situ membuatkan keadaan menjadi lebih indah dan tenang. Jimin termenung sambil melihat bunga-bunga tersebut di tiup angin perlahan.
Euntak mengeluh perlahan. Dia melihat semula kek yang berada di atas ribanya. Dia mengambil scarf merah yang di bawanya itu lalu di lilit dengan kemas pada lehernya.
Dia melihat air laut yang masih berombak di tolak angin itu. Sekali lagi dia mengeluh.
Jimin mula berdiri dari tempat duduknya. Dia berjalan lalu memetik bunga yang terdapat di kawasan itu. Kemudian, dia sambung berjalan di sekeliling tempat itu.
" Tapi tuan, adakah tuan akan pergi seorang diri lagi? " , tanya orang tua itu kepada Jimin yang sedang duduk dia atas sofa berwarna hijau kusam itu.
Dia mengambil nafas sebelum menjawab soalan orang tua itu.
" Nampaknya begitu lah. Tiada siapa yang saya jumpa, yang boleh nampak pedang itu ", jawabnya.
" Baguslah begitu! Bila saya lihat kamu dalam kesakitan kerana pedang tersebut, saya berharap sangat kamu jumpa perempuan itu dengan segera. Tapi, bila saya lihat kamu macam ini, saya harap kamu tidak menjumpainya ", kata lelaki tua itu panjang lebar sambil tergelak sedikit.
" Manusia memang betul-betul tamak ", sambungnya lagi.
" saya pun lega ", kata Jimin sambil melihat orang tua itu.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...