11 | Buckwheat flower

171 31 2
                                    

" Tu awak kan? " tanya Euntak.

Angin masih bertiup kencang menerbangkan rambut mereka berdua. Terserlah dahi Jimin ketika mendiamkan diri di hadapan gadis pendek itu.

" Apa awak maksudkan ni, awak nampak saya? " tanya Jimin semula sambil mengerutkan kedua-kedua keningnya. Keliru.

" Awak hantu. Saya boleh nampak hantu ", kata Euntak selamba sambil membuat muka riaknya itu.

" Saya bukan hantu ",

" Eleh memula 'diorang' kata juga begitu "

Mereka berdua terdiam.

" Awak siapa sebenarnya? " soalan ditujukan kepada Euntak semula. Jimin masih memerlukan banyak jawapan tentang apa yang telah terjadi sebentar tadi. Namun, gadis di hadapannya pula macam tak nak beri pertolongan.

" Kenapa saya tidak nampak apa-apa yang sepatutnya saya boleh nampak? " tanya Jimin tiba-tiba.

" Apa yang awak patut nampak? " berkerut dahi Euntak menanyakan soalan itu kepada Jimin. Dia membetulkan scarf  merahnya supaya menjadi lebih selesa.

" Masa depan awak semasa berumur 20, 30 dan 40 ", jawab Jimin pula.

" Saya mesti tiada masa depan ", riak wajah gadis tersebut terus bertukar sedih.

" tapi kan, awak ni bomoh ke apa sebelum awak mati?  Ataupun awak ni conman? " tanya Euntak sambil melihat setiap inci lelaki di hadapannya itu.

Boleh dikatakan pendek dari mana-mana hantu atau roh lelaki lain tetapi dia seperti istimewa. Sempurna di mata Euntak. Tembam tetapi kacak. Apakah semua ini?

" Cis masa depan? Tolonglah ", perli Euntak. Malas dia mahu memikirkan masa depan jika benda yang terjadi sekarang pun dia tidak boleh uruskan dengan sendiri.

" apa? Apa awak cakap? "

" Pergilah ke tempat yang baik. Tak bagus tau makhluk seperti awak ni berkeliaran kat dunia lain lama-lama ", Euntak tergelak kecil apabila mengucapkan ayat tersebut.

Mulut Jimin terbuka. Tak tahu mahu mengatakan apa lagi jika perempuan di hadapannya itu mengatakan bahawa dia adalah hantu dan bukannya goblin.

" Tapi, bunga tu awak nak buat apa? " tanya Euntak sambil melihat sisi kanan Jimin.

Tangan Jimin dari tadi membawa bunga yang baru di petik sebelum dia muncul di belakang perempuan tersebut. Entah bagaimana. Argh macam mana aku boleh ada dekat sini!

" Kenapa awak tanya? Awak kata kat saya untuk pergi ",

" hm yelah. Pergilah kalau gitu ",

" Bunga soba ",

" Itu bukan apa yang saya tanyalah ", Euntak tergelak kecil apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Jimin itu.

Jimin hanya terpinga-pinga. Masih cuba memproseskan apa yang perempuan di hadapannya itu ingin sampaikan.

" kenapa awak pegang bunga tu? " Jimin melihat tangannya yang sedang memegang bunga soba itu.

" Bagi saya bunga tu. Bunga tersebut tak sesuai dengan awak ", Euntak menghulurkan tangannya kehadapan sambil menggeleng perlahan.

" Saya tak pernah dengar orang kata macam tu pada saya sebelum ni. Series tak pernah ", kata Jimin seakan-akan merajuk sedikit.

" Awak boleh bagi pada saya ", kata Euntak lagi sambil tergelak kecil melihat reaksi Jimin.

" Hari ni hari lahir saya ", sambungnya lagi. Tersenyum sayu.

" hari lahir yang sungguh menyedihkan ", dia mula tersenyum kembali.

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now