Mereka berdua tiba di sebuah hotel. Kelihatan agak besar dan mewah. Wah, belum pernah Euntak pergi ke hotel sebesar ini. Teruja dibuatnya.
" Aw saya takut. Saya buat eye contact dengan hantu tadi terus buatkan saya rasa sakit ", rengek Euntak sambil memegang perutnya yang memulas.
" Kenapa awak nak takut? Awak kata awak selalu nampak hantu. Hm", jawab Jimin selambaㅡmemandangnya sekilas.
" Dia bercakap dengan saya guna bahasa inggeris. Ianya lebih menakutkan bila hantu bercakap bahasa inggeris ", jawab gadis itu sekali lagi. Merepek
Euntak berlari berjalan ke sebelah Jimin. Berjalan di kawasan lobi bersama-sama. Dia melihat sekeliling.
" Kenapa dengan awak ni? Bukankah ini hotel? " tanya Euntak. Jimin hanya mengerutkan dahinya. Hm? Memanglah hotel habistu apa?
" Walaupun kita di luar negara tak bermakna awak boleh bawak budak sekolah menengah ke hotel. Lepas kesemuanya tadi, kita ke sini? " bentak Euntak sambil menghentakkan kakinya, tanda memprotes tindakan Jimin yang tidak sewajarnya.
" Awak cakap awak nak kahwin dengan saya "
" Awak tu goblin ke? "
" Tak. Tunggu sini kejap " kata Jimin. Dia terus memalingkan badannya ingin keluar semula dari lobi hotel tersebut.
Namun, tindakannya terhenti apabila Euntak menarik lengannya. Dia berpusing, memandang ke arah Euntak semula.
" Awak nak pergi mana? "
" Buat sesuatu "
" Buat apa? Tak boleh ke saya ikut? Ala ni kan pertama kali saya kat luar negara dan saya takut ", Euntak tersengih, sambil menunggu jawapan 'ok ikutlah' daripada mulut Jimin.
" Kalau takut tapi kenapa tadi berlari macam rusa masuk kampung?ㅡ"
" Ah itu sebabㅡ!" Euntak berhenti seketika memekirkan jawapan.
" Sebab saya tahu awak akan sentiasa berdekatan dengan saya. Jadi, saya rasa selamat ", kata Euntak sambil memukul sedikit lengan Jimin, malu kot.
" Awak nak pergi lama ke? Awak nak jumpa siapa? " Jimin mendiamkan diri sahaja. Tidak menjawab.
" Ahh perempuan ke? " tanya Euntak sekali lagi. Dia membuat riak muka sedih.
" Hm dah agak dah. Sebab tu lah awak datang dari jauh untuk jumpa dengan dia ", kata Euntak lagi sekali. Dia melihat sekeliling. Cuba untuk tidak melihat reaksi Jimin.
Jimin hanya menundukkan kepalanya dan menekan batang hidungnya. Pening!
" Awak pun cakap saya ni bukan pengantin perempuan goblin atas sebab tertentu ", kata-kata gadis itu terhenti.
" Hm ye lah. Pergi lah menikmati saat istimewa dengan perempuan tu ", perli Euntak.
" Saya tak de duit mahupun passport . Tak tahu sesiapa dekat sini dan saya akan dapat serangan panik, tapi, tak pe saya tunggu awak seorang diri ", sekali lagi Euntak membuat muka sedih. Cuba meraih simpati dari lelaki di hadapannya itu.
" Awak paham kan maksud saya? "
" Tak paham "
" Eeee maksud saya ialah, boleh tak awak pinjamkan saya 10 dollar? Sengaja atau pun tidak, awak mungkin terlupa saya lepastu saya kena lah call embassyㅡ"
" Kalau saya buat, awak buat sahaja benda yang awak selalu lakukan tu. Tiup lilin. Itu lagi cepat berbanding call embassy ", jawab Jimin. Dia terus berjalan pergiㅡkeluar dari hotelㅡtersebut.
YOU ARE READING
❝GOBLIN❞
FantasyA PARK JIMIN FANFICTION 「 on hold」will update asap ❝ Awak panggil saya ke? ❞ ㅡApabila seorang perempuan membuat permintaan tiba-tiba seorang lelaki muncul di belakangnya. ㅡfic based from goblin kdrama. Start: 23 january 2017 End: - ↭ @drunkmyg 2017 ...