6 | candle

208 34 1
                                    

Damn, im so sorry for the freakin late updated. Have fun!

Thursday, 16:46 - bij what?? Ingat kan dah publish tf tf tf wattpad

-

Matahari yang sudah digantikan dengan bulan telah membuatkan keadaan sekeliling menjadi lebih malap berbanding siang.

Kanak-kanak berambut paras bahu itu berlari keriangan masuk ke dalam rumahnya. Dia masih setia menggunakan scarf berwarna merah yang dijahit oleh ibunya sendiri.

Saat dia melangkah masuk rumah tersebut, dia terus tersenyum lebar memikirkan apa yang ibunya akan buat semasa hari jadinya itu.

" Wah, penatnya saya harini ", katanya seorang diri.

Dia memusingkan kepalanya kearah kanan.

" omma, saya dapat perfect score masa kuiz bahasa inggeris harini. Saya bersungguh betul tadi sebabtu saya penat ", sambungnya lagi panjang melebar.

Ibunya menayangkan segaris senyuman. Terserlah barisan gigi putihnya dan riak wajah bangga dengan kejayaan anaknya itu.

" Oh ye ke? Baguslah! " kata ibunya.

Ibunya yang duduk di hadapan meja makan sambil menunggu anaknya itu tersenyum lagi. Dia melihat reaksi anaknya itu.

" wah, kek!!! " budak perempuan itu terus mencampak begnya lalu berlari ke arah ibunya itu.

" Omma, kita nak buat parti ke sekarang? " tanya budak perempuan itu. Dia kelihatan begitu teruja tatkala itu pertama kali dia mandapat kek dari ibunya sendiri.

" ye, jom kita hidupkan lilin " kata ibunya sambil mengangguk. Masih tersenyum.

Tapi entah kenapa matanya seperti kuyu. Seperti menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan anaknya itu.

" boleh ke saya hidupkan lilin-lilin tu? " tanya anaknya lagi.

" Kamu dah cukup besar untuk lakukannnya, Euntak ", jawab ibunya sambil menghulurkan mancis kepada anaknya.

" Haah lah, saya dah sembilan tahun !" Katanya lagi sambil tersenyum riang. Dia mencapai kotak mancis itu dari tangan ibunya.

Perlahan-lahan tangannya membuka kotak mancis tersebut. Dia mengeluarkan satu mancis lalu menghidupkannnya dengan menyeret mancis tersebut di tepi kotak itu.

Maka, kek yang mempunyai lilin itu manjadi lebih meriah dengan keterangan api dari lilin-lilin yang telah dihidupkan itu.

" saya pandai buat riak wajah orang jadi berubah-ubah. Jadi, saya rasa saya ni bijak ..." kata-kata budak perempuan itu terhenti saat matanya tertancap pada wajah ibunya itu.

Wajah ibunya kelihatan sedih. Cuba menahan air mata dari tertitis di hadapan anaknya itu.

" Kenapa? Buatlah permintaan kamu tu. Selamat hari jadi, my pumpkin ", kata ibunya lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis pada hari jadi anaknya sendiri.

Riak wajah anaknya itu terus menjadi sedih.

" kamu bukan omma ", kata budak perempuan itu.

Muka wanita tersebut terus berkerut seribu. Pelik mungkin.

" k-kamu bukan omma yang sebenarnya... t-tapi roh omma saya... " budak kecil itu terus mengalirkan air mata yang sudah lama di tahan.

" Jadi kamu... memang boleh tengok semuanya ", kata ibunya itu.

Budak perempuan itu terus menundukkan sedikit kepalanya melihat lilin yang masih menyala apinya dan makin pendek.

" omma harap kamu tak dapat tengok ", kata ibunya lagi, sayu.

" o-omma, dah mati ke? " tanya anaknya.

Budak perempuan itu telah menangis teresak-esak. Dia seboleh-bolehnya menghilangkan air mata yang masih mengalir di pipinya yang mulus itu

Ibunya terus mengangguk perlahan. Dia tidak sanggup melihat anaknya itu menangis di hadapan matanya.

" B-betul ke? " sekali lagi soalan itu di tanya oleh anaknya itu. Tersedu-sedu budak perempuan itu sambil air matanya deras mengalir.

Ibunya sekali lagi mengangguk perlahan untuk menjawab soalan tersebut.

" O-omma dekat mana? Dekat mana sekarang? "

" Omma dekat hospital..."

Kereta sorang ditolak oleh pihak hospital dengan laju. Tubuhnya ditutup dengan selimut berwarna biru laut.

Muka perempuan itu pucat tatkala rohnya telah menghilang.

Budak perempuan itu masih tidak berhenti menangis. Dia menenung 'wajah' ibunya itu.

" kamu akan dapat panggilan dari pihak hospital. Bila kamu dah ke sana, makcik kamu akan datang ", kata ibunya lagi.

Budak perempuan itu mengangguk perlahan.

" malam ni sejuk, jadi pakai kamu punya scarf. Minta makcik yang dekat kedai itu temankan kamu ke sana, ye nak. Kamu boleh pergi, bukan? " tanya ibunya lagi.

Budak perempuan itu mengangguk lagi.

" Saya perlu turun ke tempat dobi dan belok kanan dekan hujung jalan ", terang anaknya itu sambil mengelap air matanya yang masih mengalir itu.

" Anak omma pandai betul ", ibunya tersenyum sambil melihat anak perempuannya itu .

" mulai sekarang, jangan tengok 'benda' lain menggunakan mata kamu itu, paham? " kata ibunya.

" saya minta maaf sebab boleh melihat 'mereka' semua. Tapi, saya dapat tengok omma... sebab saya ada kebolehan untuk melihat 'mereka'. Jadi, saya okey ", kata anaknya itu, panjang lebar.

" okey ", kata ibunya sambil mengangguk.

"Terima kasih sangat-sangat... sebab nampak omma",

" Euntak-ah, omma... omma kena pergi sekarang ",

" I love you, my pumpkin " kata-kata akhir ibunya didengari oleh anaknya itu.

Ibunya terus tersenyum sayu apabila asap-asap berwarna putih mula menjelma. Dia mula hilang dari pandangan anaknya itu.

Budak perempuan itu terus menangis teresak-esak. Kesedihan. Dia tersedu-sedu menangis apabila ibunya hilang dari pandangan matanya

" Omma... "

Tiba-tiba, bunyi panggilan dari telefon rumah berbunyi memenuhi segenap ruang rumah yang kosong itu.

Dia perlahan-lahan berjalan menghala ke arah telefon tersebut. Tangisannya masih tidak berhenti.

Dia meletakkan ganggang telefon tersebut mendekati telinganya.

' ' Hello, ini puan Ji Yeon Hee punya rumah ke? Saya telefon dari Hospital Cheil - ' '

" Saya tahu. Saya datang sekarang "

Budak perempuan tersebut terus meletakkan ganggang telefon tersebut. Dia mencapai scarf berwarna merah miliknya lalu dililit kemas di sekeliling lehernya.

Dia melihat lilin yang mesih menyala di meja makan itu.

" saya.. tak nak buat permintaan "

" Saya tak nak buat satu pun permintaan! "

" Tak de siapa nak tunaikan permintaan saya. Jadi buat apa saya nak buat permintaan! "

Katanya seorang diri. Matanya masih melihat lilin yabg semakin lama semakin pendek dimakan api itu. Akhirnya, api dari lilin tersebut mati tanpa tiupan mahupun permintaan dari seseorang.

🌼🌼🌼

Vote and comment!

❝GOBLIN❞Where stories live. Discover now