🍦Chapter 4: Smile🍰

84 11 44
                                    

(Dapat teka lagu emoji di atas?)

🐛🐛🐛🐛

Eun Ha tidak dapat tidur tenang. Badannya asyik menukar posisi tidur. Kejap peluk bantal peluk, kejap tidur mayat, kejap pandang tingkap, kejap pandang dinding. Eun Ha bangun.

"Saya nak dengar awak main piano"

"Saya nak dengar awak main piano"

"Saya nak dengar awak main piano"

Ayat Jinjin bergema di kepalanya. Senyuman Jinjin asyik muncul di kotak fikirannya.

"Kenapa aku asyik fikir pasal dia? Dan takkan aku kena main piano lagi?" omel Eun Ha sebelum baring semula. Dia pandang kearah tingkap sambil termenung. Tiba-tiba, terdapat suatu lembaga di langsir tingkap lalu dengan laju.

'Apa tu? Jangan-jangan...' Eun Ha terus membalut tubuhnya dengan selimut.

Keesokkan hari

"Seo Eun Ha, awak okay? Kenapa nampak penat?" tanya Seulra.

"Semalam tak boleh tidur..." kata Eun Ha sebelum menghirup kopi yang dibeli dari mesin air.

"Fikit pasal Jinjin?"

Tersembur air kopi dari mulut Eun Ha. Nasib baik mereka berada di taman yang tidak ramai orang. Kalau di tempat yang ramai orang, malu Eun Ha dibuatnya.

"Kenapa? Betul ke?" Eun Min tersengih-sengih.

"M-mana ada"

"Mengaku la, mesti kau happy hari itu dia bercakap dengan kau"

"Min, kalau dia kata bukan, bukan la tu" kata Seulra.

"Ye la"

Tiba-tiba,

"Hachu!" Eun Min bersin.

"Eun Ha, aku rasa kau selesma. Dari tadi kau asyik bersin je" kata Min.

"Hidung kau pun dah merah. Nah, ambil tisu ni" kata Seulra sebelum menghulurkan sebungkus tisu.

"Terima kasih" Eun Ha mengambil bungkusan tisu itu. Dia terus bangun.

"Saya nak pergi perpustakaan dulu"

"Ok, have a naicu taimu riding" kata Min dengan sebutannya yang salah.

"Nice time reading" Seulra betulkan kesilapan Min.

"Aku tahu lah"

🌼🌼🌼🌼

"Saya dah bahagikan kamu kepada 4 kumpulan. Penari-penari terbaik sekolah akan mengajar kamu koreografi lagu yang dipilih" kata Young Seon.

"Jihye, kamu ajar kumpulan 2" arah Young Seon. Kemudian, dia mengarah yang lain pula.

Jihye pergi ke kumpulan 2, kumpulan Ji Hyun, Rocky dan penari lain-lain.

"Lagu apa yang kita dapat" tanya Jihye kepada seorang lelaki.

"Tarian Ringa Linga"

Jihye menguap kerana mengantuk. Gara-gara semalaman main game.
"Baiklah, ikut step saya" kata Jihye sambil menguap.

"Mula-mula.." Jihye mula mengajar sementara pelajar-pelajar lain mula ikut. Ji Hyun mengikut pergerakan itu, tapi tidak membuat betul-betul. Dia hanya fokus dengan memandang Jihye dengan teliti.

"Awak boleh catch up?" tanya Rocky yang sedar apa yang Ji Hyun buat. Ji Hyun mengangguk.

"Betul ni?"

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now