"Wey! Harini kita daki gunung!" kata May pada Jihye.
"Senyap boleh tak, Umang-umang? Aku dah lah tengah mamai bangun pagi-pagi buta ni" kata Eun Min sambil cuba meletakkan kepalanya di atas bahu Seulra tapi Seulra elak.
"Kami tahu, May. Cikgu pengurus kumpulan kami dah cakap" jawab Seulra.
"Eh, Cikgu kumpulan masakan tak bagitahu pun" kata Eun Ha. Ji Hyun mengangguk tanda setuju.
"Ha, jadi kalau kau dah tahu, aku cop dengan cikgu kita jadi satu kumpulan. Cikgu suruh buat satu kumpulan 6 orang" kata Eun Min dengan bersemangatnya.
"Okay!" kesemua mereka bersorak dengan riangnya.
Moon Bin memandang ke arah Rocky, nak tanya ke tak? Nak join ke tak? Aish, tanya je la.
"Rocky, boleh kita satu kumpulan tak untuk jungle trekking? Kawan yang lain semua dah ada kumpulan"
"Oh, boleh. Kami pun tak cukup orang. Setakat ni baru aku dengan MJ" kata Rocky sementara MJ berjalan ke arah mereka.
"Eo? Moon Bin join kita?" tanya MJ yang tadi sudah terdengar perbualan mereka.
"Nae"
"Oh, hi Moon Bin. Sayang Moon Bin!" kata MJ sambil buat heart shape.
"Hahaha, gurau lah" kata MJ. Rocky mendekati Moon Bin lalu berbisik di telinganya.
"Jangan layan sangat orang gila ni"
"Yah, aku dengarlah" Moon Bin memukul bahu Rocky sementara Rocky sudah terketawa.
"Ala, noona! Boleh lah! Nak join kumpulan noona!" yang kumbang ni sorang berabis merayu dengan Seulra dan Jihye.
"Tak boleh la Sanha. Dah cukup-cukup 6 orang" jawab May.
"Habis... Takkan nak buang Sanha macam ni je" Sanha buat puppy eyes.
"Nak buat macam mana Sanha, kalau boleh,saya pun nak awak masuk" kata Eun Ha pada Sanha tapi dengan serta merta dia menerima pandangan 'aku-nak-kita-je-dalam-group-ni' dari Seulra, Jihye, May dan Eun Min. Girls only katakan 😂.
"Mohon tabah Sanha, kau kena kick" kata Ji Hyun tiba-tiba. Semua terkedu mendengar kata-kata Ji Hyun. Dari mana dia belajar ni? Mesti sebab tengok banyak sangat wayang gangster ni.
"Alah..." Sanha mencebik. Nak buat macam mana, tak dapatlah join. "Yelah yelah" Sanha give up lalu memandang sana sini untuk mencari group open.
Lalu dia ternampak Moon Bin, Rocky dan MJ berdiri bersama-sama.
"Boleh saya join?" tanya Sanha. Rocky dan Moon Bin seraya mengangguk.
"Kita cuma ada 4 orang. Perlu lagi 2 orang" kata MJ.
Jinjin datang kearah Eun Ha. Seperti Sanha, dia mahu masuk ke dalam group Kim Choi KwonSeo, dan seperti Sanha, dia di'kick' out. Dan seperti Sanha, dia pergi ke kumpulan MJ, Moon Bin dan Rocky.
"Sekarang kita ada 5 orang. Sorang lagi?" tanya Jinjin.
"Tak pe la. Cikgu kasi kan kalau 5 orang juga?" jawab Sanha. Jadi, berlima lah mereka. Dan seperti biasa, perempuan di sekeliling yang nampak mereka berlima sudah berusaha mencari kekuatan untuk masuk kumpulan itu.
"Awak, boleh saya join group awak?" tanya Ji Sook yang awal-awal lagi tidak mahu melepaskan peluang.
Baru Jinjin mahu memberi lampu hijau, Eun Woo sudah awal-awal lagi mencelah.
"Maaf, kumpulan ni dah cukup-cukup enam orang. Boleh awak join kumpulan lain?" kata Eun Woo yang membuatkan ahli yang lain serta merta menerimanya.
YOU ARE READING
I met her || ASTRO AF
FanfictionDia bertemu dengan seorang yeoja. Melalui chingu yeoja itu, dia bertemu dengan 5 lagi namja lain. Maka, terbentuklah suatu kumpulan persahabatan yang baru Cover: 》@sakuraaaa-