☁Chapter 10: Sports day 1☁

65 11 68
                                    

"Okay, semua. Siapa nak jadi wakil untuk lari berpasangan?" tanya presiden kelas, Eun Woo. Tak cukup presiden sekolah, presiden kelab, presiden kelas pun dia jadi.

Krik...krik...krik...krik

Tiada orang mengangkat tangan sebab masing-masing ada pilihan sendiri.

"Jihye, awak masuk" Eun Woo memandai masukkan Jihye padahal Jihye tak angkat tangan pun.

"Eh?" Jihye pelik. Eun Woo sempat tersenyum ke arah Jihye tanpa orang perasan.

"Lagi siapa?"

Jihye mengangkat tangan nak tanya sesuatu. "Tump-"

"Jihye saya dah ambil nama awak, awak tak perlu angkat tangan lagi"

"Ta-"

"Okay, acara lari 100m pula, siapa nak masuk?"

Kata-kata Jihye asyik dipotong. Eun Woo sengaja?

Latihan Larian

Jihye memandang kearah partnernya untuk berlari berpasangan. Atas bawah, atas bawah.

"Kenapa Jihye?"

"Kau sengaja ke?" tanya Jihye sambil menyilangkan tangan di dada. Riak mukanya jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati. Eunwoo tersenyum, comel dia rasa.

"Apa maksud awak?" tanya Eunwoo, main innocent.

"Kau sengajakan masukkan aku dalam lari berpasangan?"

"Eh, sorry. Saya ingat awak nak masuk dalam larian berpasangan. Lagipun masa saya dah masukkan nama awak, awak angkat tangan kan?" tanya Eunwoo sambil tersenyum penuh makna. Sengaja la tu 😒. Jihye mengeluh, nak buat macam mana. Lagipun bukannya ada acara lain dia nak masuk.

"Jadi kau ni partner aku lari?" tanya Jihye. Eunwoo mengangguk sambil mengikat tali pada kaki kanannya dan kaki kiri Jihye. "Yang ni pun kau sengaja masuk?"

"Eh, takde la. Saya kena masuk sebab takde orang nak masuk" jawab Eunwoo sambil berdiri. "Jom"

Eunwoo mula berjalan, diikuti Jihye. Susah betul mereka nak seimbangkan badan.

"Jalan ikut kaki kiri! Eunwoo, kaki kiri! Yah, jangan guna kaki kanan, nanti aku jatuh!"

"Jihye, awak yang kena gerak kaki kiri awak! Kan kita dah gerak kaki yang takde tali"

"Eh, since when? Wey, wey! Seimbangkan badan! Seimbangkan badan!"

Kerana badan tak cukup seimbang, dua-dua jatuh. "Aduh, sakit badan aku" kata Jihye sambil memandang Eunwoo. Eunwoo memandang Jihye. Senyap sekejap disitu, tiba-tiba dua-dua ketawa. Apa yang lucu? Saya pun tak tahu.

"Dah, jom bangun" kata Eunwoo sambil mereka berdua cuba bangun. Masa Jihye cuba bangun, dia tersandung kaki Eunwoo. Membuatkan dia terjatuh lagi diikuti Eunwoo. Dua-dua ketawa lagi.

"Kita asyik jatuh je ni" kata Jihye yang cuba bangun.

"Jodoh kita kuat lah" sempat lagi Eunwoo bergurau.

"Eh, kau ni. Mohon fikir dengan waras"

May hanya mampu jadi penonton love story ni. Dari tadi nak tegur Jihye, tapi niat terbantut bila nampak Jihye 'berbahagia' dengan Eunwoo.

"Eh, mohon jangan sweet sangat. Dari tadi aku perhati je, aku pula yang cair dan jeles" kata May sambil membantu Jihye dan Eunwoo bangun.

"Oh, awak. Awak May kan? Kita jumpa kat hospital"

"Yup ^^. Jihye, aku pergi dulu. Aku malas nak kacau daun" May terus melarikan diri. Sekejap betul muncul.

"Wah, lajunya dia lari" Eunwoo memerhati pergerakan May yang laju.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now