🐛Chapter 17: Pain in music🌼

64 10 90
                                    

"Hey Eun Ha"

"Eun Ha"

Dua orang menyapa Eun Ha pada masa yang sama iaitu May dan Eun Min.

"Hmph!" lalu dua-dua terus berlalu pergi. Pergaduhan masih berlaku, gais.

"Diaorang ni tak matang langsung" kata Jihye yang sedang main game di PFP. Kalini mereka study di taman lagi (pilihan Eun Ha). Tapi Eun Min dan May terus balik sahaja apabila jumpa sesama sendiri.

"Baru jumpa dah balik" kata Seulra sambil memandang dua orang tu pergi dua arah yang berlainan. Ji Hyun dan Eun Ha mengeluh kecil.

🌻🌻🌻🌻

Sehabis latihan bola jaring, May duduk di dinding kaki lima gelanggang. Di hadapannya terdapat sebuah tiang.

Muka May kosong, bagai tiada perasaan. Dia melantunkan bola keranjangnya ke lantai. Bola itu melantun dari lantai ke dinding lalu melantun kembali ke arah May. Proses yang sama berulang.

Bola di lantun ke lantai, bola melantun dari lantai ke dinding, bola melantun dari dinding ke May.

May melantun bola ke lantai, bola yang melantun terus ke dinding dari lantai, bola yang melantun di dinding melantun kembali ke arah May.

"Hi" sapa satu suara. May memandang orang itu, MJ. MJ duduk di sebelah May lalu mengambil bola tersebut.

"Kau ada masalah ke?" tanya MJ sambil melantun-lantunkan bola itu.

"Tak payah sibuk"

"Aku tahu kau mesti ada masalah kan?"

"Takde lah!"

"Bagitahu je lah. Kalau ada masalah, saya sedia mendengar"

"Buat apa nak dengar cerita yang menyedihkan? Baik dengar berita baik!" marah May seraya mengambil balik bola itu. Air mata yang sudah cuba untuk keluar melalui matanya ditahan.

"May, kau nak nangis ke?" tanya MJ.

"Mana ada" May memeluk bola keranjang sambil mengetap bibir.

Tiba-tiba, May dapat merasakan beban yang berat di atas bahunya. MJ meletakkan kepalanya atas bahu May.
"Takpe, aku tak tengok juga" kata MJ seraya menutup matanya.

"Kau nak dengar sangat kan?" tanya May, air mata mula mengalir.

"Ya" jawap MJ, dia boleh merasakan sesuatu yang hangat mengalir di pipi May.

"Aku gaduh dengan kawan aku. Selama ni dia ialah orang yang aku bergila dengan. Tapi bila aku dipilih untuk sertai peringkat kebangsaan, dia langsung tak sokong aku" May terhenti kejap, tiba-tiba lidahnya kelu. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia rasa sebak, dia rasa berat, dia rasa hatinya patah.

"Aku faham" kata MJ yang menaikkan kembali kepalanya sambil memandang May. Tiba-tiba dia menarik kepala May untuk sandar atas bahunya. Lalu mengusap-usap bahu May.
"Kau dah buat yang terbaik, jangan risau" kata MJ, lembut.

Lalu MJ pun buat tangannya jadi bentuk burung.
"Hai, saya burung May" kata MJ dengan suara yang pelik sambil menggerak-gerakkan tangan kirinya yang berbentuk burung. May tersenyum bila melihat 'pertunjukan' itu.

"Burung May? Oh, awaklah yang cantik tu" kalini, tangan kanan MJ yang bergerak-gerak  seperti mulut bercakap. May tergelak kecil kecil. Pelik sungguh suara yang dibuat MJ.

"Awak nak tahu apa?" tanya tangan kanan MJ.

"Apa dia?" tanya burung May.

"Saranghae" tiba-tiba jari tangan kanan MJ ditukarkan menjadi heart sign.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now