❄Chapter 18: Someone in Lonely🌹

58 9 59
                                    

"Hohoho, macam tu ke. Eh! Seulra, mari turun sayang" kata seorang wanita kepada seorang gadis kecil yang sedang menuruni tangga yang besar itu.
Gadis itu kekal dengan muka kosongnya seraya pergi ke arah wanita itu dan tetamunya.

"Ini nak perempuan saya, Seulra" kata Puan Chaerin sambil memegang bahu Seulra. "Senyum dekat Aunty Yoon, sayang" bisik Puan Chaerin pada Seulra.

Seulra senyum penuh hormat pada tetamu ibunya.

"Hi Seulra. Aunty Yoon ada seorang anak. Kamu kawanlah dia" senyum Puan Yoon pada Seulra sambil mengusap kepala seorang budak lelaki yang bersembunyi di belakangnya. Budak lelaki itu hanya menunduk malu.

"Cakap 'hi' dengan Seulra, Sanha" kata Puan Chaerin. Budak itu menaikkan kepalanya dan-

Seulra terjaga daripada tidurnya. Dia pun bangun lalu memandang ke arah jam yang berada di atas meja. Ia menunjukkan pukul 6.30 pagi. Seulra lantas bangun untuk bersiap ke sekolah.
Seulra ni tak perlu jam loceng untuk bangun. Automatik dia akan bangun sendiri pada masa yang sesuai.

Dia pun turun bawah ke ruang tamu. Sunyi sepi. Inilah tempat tinggal Seulra, rumah besar tapi sangat sunyi. Dia hanya ditemani dengan beberapa orang gaji sahaja. Seulra pun duduk di atas meja makan yang besar untuk bersarapan. Hanya dia seorang sahaja di atas meja makan tersebut. Maklumlah, dia anak tunggal. Lagipun, ibubapanya selalu sibuk.

🌹🌹🌹🌹

Seperti biasa, Ji Sook akan sampai awal ke sekolah. Awal pagi lagi bunyi piano sudah kedengaran.

Jari-jemarinya laju menekan kunci piano, lagu yang dimainkannya memang menusuk kalbu. Tiba-tiba pintu dikuak. Ji Sook memandang ke arah orang itu tapi jarinya masih tidak lepas daripada main piano. Woo, pandai eh

"Oh, Ji Sook-sunbae, anneyong" tunduk Eun Ha penuh hormat. Ji Sook tersenyum ke arah Eun Ha.

"Yo, Yerin!" kedengaran satu suara di belakang Eun Ha. Ya, tadi kebetulan Jinjin dan Eun Ha sama-sama bertemu.

"Apa Jinjin panggil Ji Sook-sunbae tadi? Yerin?" tanya Eun Ha, mengulangi nama yang disebut Jinjin tadi.

"Ops" Jinjin smirk ke arah Ji Sook sambil menaik-naikkan keningnya.

Ji Sook menjuihkan mulutnya tanda menyampah sambil buat muka nahas-kau-nanti. Macam Ji Sook tidak kenal perangai Jinjin yang nakal itu.

"Takde lah, tadi tersalah sebut nama" kata Jinjin pada Eun Ha.

❄❄❄❄

"Seulra-noona!" kata Sanha. "Oh, how I miss you"

"Yah! Kau ni dah kena sampuk hantu ke apa?" marah Seulra sambil ketuk kepala Sanha.

"I just miss you, that's all" kata Sanha dengan fasih. Ewah ewah, mentang-mentang pandai english.

"Dah lah, berhenti la cakap bahasa english. Shuu! Pergi sana. Aku nak baca buku" kata Seulra sambil menolak muka Sanha. Dia perlu baca buku sebab hari ini ada test. Argh, stress kerana baru-baru ini cikgu tekankan Seulra untuk menaikkan grednya.

"Apa noona ni? Sanha nak tegur sikit pun tak boleh. Sanha merajuklah!" Sanha yang merajuk pun berlalu pergi dan meninggalkan Seulra keseorangan baca buku di bangku taman.

"This kid, why he's being so childish" omel Seulra dengan loghat British yang pekat. Dia pun sambung membaca buku.
Baru Seulra pun aman kembali mem baca buku.

"Noona!" datang balik suara yang terus menerus merosakkan moodnya.

"Apa dia, Sanha?" marah Seulra apabila Sanha kembali dengan sebiji cupcake.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now