🌸Chapter 2: Wondering?☀

115 11 15
                                    

🌼Ji Hyun's POV🌼

Saya sedang berjalan kearah makmal bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Saya memandang kelas yang saya lalu, kelas 4-A iaitu kelas Jihye. Masa itu saya ternampak seorang pelajar lelaki yang duduk disebelahnya sedang memandang ke arah Jihye. Pelajar lelaki itu... Ummnn... Ketua kelas? Presiden sekolah rasanya, Lee Dong Min atau lebih dikenali sebagai Cha Eun Woo.

Eun Woo kadang-kadang menumpukan pelajaran, kadang-kadang matanya bergerak memandang Jihye.

"Ji Hyun! Kamu buat apa tu?" tanya rakan sekelas saya, Megan.

"Tak ada apa-apa" saya terus berlari mengejar rakan-rakan sekelas saya.

Jihye's POV☁

"Saya akan bahagikan kamu dalam satu kumpulan 3 orang. Tapi, disebabkan jumlah murid dalam kelas kamu tidak cukup, ada satu kumpulan yang mempunyai 2 orang sahaja" kata Puan Yoo sebelum mengeluarkan sehelai kertas.

"Han Jong Min, Won Ha dan Kim Jinhee. Kamu bentang pasal..."

Kemudian cikgu terus panggil nama demi nama dan tajuk yang perlu dibentangkan. Aku pula separuh termenung sambil menunggu nama aku dipanggil.

Aik, banyak nama dah kena panggil, kenapa nama aku belum kena sebut? Jangan cakap...

"Lee Dong Min dan Choi Ji Hye Li-Hwa, kamu berdua ialah kumpulan yang hanya ada dua orang. Eun Woo, saya tahu kamu boleh manage, kan?"

"Ya, Cikgu" jawab pelajar lelaki yang duduk sebelah aku. Jap, Lee Dong Min? Ada banyak Lee Dong Min kat sekolah ni. Jap, Eun Woo? Bukan itu nama presiden sekolah ke?

Tak silap aku, nama sebenar Eun Woo, Lee Dong Min kan? Eh, since when dia duduk sebelah aku.

"Jadi, Eun Woo dan Jihye, kamu perlu selidik dengan lebih dalam tentang sistem pemerintahan negara Silla di bawah pemerintahan Sam Mek Jong"
(Jom kita belajar Hwarang, hehe)

Aduhai, kenapa kumpukan kami dua orang je? Tapi, okay juga, tak lah heboh sangat.

🌼Rocky's POV🌼

Haish, dari haritu aku asyik terbayangkan perempuan rama-rama tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh terpegun. Dia cantiklah.. Eh, aku fikir apa ni?

"Rocky, kau fikir apa ni? Termenung memanjang" tanya May, budak yang duduk depan aku.

"Rocky? Kenapa kau panggil aku macam tu?"

"Kelakar lah nama tu, tapi cool apa. Ada satu kawan aku, bila dia nampak kau, dia panggil kau Rocky"

"Kawan kau? Yang mana satu?"

"Kawan aku yang... Entahlah, aku dah lupa"

Rocky? Cool juga nama tu. May selalu kawan dengan perempuan rama-rama tu kan? Kalau May kata itu kawan dia, mungkin perempuan rama-rama tu yang panggil aku Rocky...

Eh, aku berangan apa ni? Buat apa aku nak gembira?

"Ha, tengok tu, muka berangan lagi" kata May sambil ketuk meja aku.

"Hahaha, tak ada apa-apalah..."

🌻MJ's POV🌻

"Hey, Min Hyuk, kenapa tersenyum-senyum ni?" tanya aku sambil mengambil tempat duduk disebelahnya. Sandwich di tangan aku makan.

"Senyum? Mana ada aku senyum"

"Pandang siapa?" aku usik dia lalu melihat arah yang dia sedang lihat tadi.

"Woah, cantik kan perempuan tu? Aku dengar dia top student. Dia grade 1 kan?" (15 tahun)

"Tak tahu. Mungkin dia junior kita" kata Min Hyuk sebelum sambung memandang ke arah gadis itu.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now