Guys, chapter ni memang panjang daripada biasa. Tapi chapter ni lebih kepada May dan Eun Min. So, tabah je la baca benda panjang ni 😂😂
☁Jihye's POV☁
Rancangan apakah ini? Mengarut tahap kebabun! Eunwoo, kau ni pandai ke bodoh sebenarnya? Macam mana kau boleh dapat nombor 1 dalam tingkatan!?
"Eun Wo-" belum habis kata-kataku, Eun Woo sudah meletakkan jari telunjuknya di bibirnya dengan mukanya yang serius. Okay, aku tergoda. Tch, macamlah aku tergoda.
Serious rasa panas di sini. Kami sekarang di taman tema. Dan jangan fikir kami ke sini macam kat novel dan drama cliche tu,
Kami nak dating di sini! Naik roller coaster pastu jerit-jerit dan cakap 'saya takutlah' dan naik ferris wheel dan mengedik kata gayat. Pastu bila sampai puncak, bercium
Euw.. No! Tapi, itu juga bakal kami lihat  ̄ˍ ̄
Sekarang aku dan Eun Woo memakai cermin mata, topi dan kot. Nak tahu sebab kenapa? Stalk orang dating kat amusement park. Dan ini juga sebahagian daripada idea Eun Woo yang mantap lagi hebat itu.
Sekarang kami sedang memerhatikan Moonbin yang sedang menunggu Eun Min. Aduhai, janji pukul 9 pagi. Ini dah nak pukul 10.
Moonbin yang teramat berasa bosan datang ke arah kami.
"Weh, bila dia nak datang ni?" Moonbin mengeluh. Terus Eun Woo menaikkan cermin matanya.
"Moonbin, tunggu lama sikit. Mana tahu tiba-tiba dia sampai. Jangan buat macam ni, nanti kantoi" nasihat Eun Woo.
"Lebih baik si panda ni datang. Kalau dia tak datang, memang habis aku kerjakan. Ingat senang ke nak ajak dia?"
Ya, memang Moonbin mengalami kesusahan semasa mengajak Eun Min. Semalam semasa kami sedang planning (di rumah besar Eun Woo ( ̄∀ ̄)), hampir 10 kali dia telefon, lepas tu batalkan kerana sudah hilang ayat yang mahu dinyatakan dan takut Eun Min angkat.
Mukanya nervous gila masa nak call Eun Min.Tiba-tiba, satu idea keluar di kepala otakku, cara untuk memujuk Moonbin.
"Tunggulah dia. Kalau dia lama betul macam ni, tahu tak berapa lama masa yang dia ambil untuk bersiap? Supaya dia nampak cantik di hadapan kau" jelasku. Terus aku boleh nampak macam mana pipinya boleh merona merah lalu dia memandang tempat lain sambil menggosok belakang lehernya.
"Erk, yeke? Err.." dia sudah kehilangan kata-kata. Nampaknya rancangan aku tidak berjaya. Aku tidak berjaya memberi dia semangat atau suruh dia bersabar. Malah dia makin nervous pula.
"Aku nak balik lah" kata Moonbin.
"Eh, kenapa pula? Kau suka dia ke sampai kau nervous camni?" tanya Eun Woo. Aku boleh faham apa yang sedang di lakukan oleh Eun Woo.
"Tak, mana ada! Okay, aku tunggu" kata Moonbin seraya sambung tunggu.
Nampaknya Eun Woo lebih berjaya dari aku, taguna.
"Moonbin!" jerit satu nama. Hahaha, sudah datang yitu panda.
Dia memakai baju cream beserta dengan mini skirt berwarna coklat. Rambutnya dilepaskan dan rambut depannya di klip ke tepi.
(Profile picture lamaku. Wuahahahahha)
Okay, Eun Min kelihatan comel tapi serious dia buang tabiat. Selalunya dia pakai seluar pendek atau legging disertai dengan T-shirt panjang ataupun crop top. Kenapa tiba-tiba jadi comel ni?
Lagi-lagi boots yang dia pakai, bereben.
🌼Min Hyuk's POV🌼
Aku tak faham betullah, kenapa diaorang suruh aku temankan May pergi taman tema? Hanya sebab aku rapat dengan dia sebagai rakan sekelas?
YOU ARE READING
I met her || ASTRO AF
FanfictionDia bertemu dengan seorang yeoja. Melalui chingu yeoja itu, dia bertemu dengan 5 lagi namja lain. Maka, terbentuklah suatu kumpulan persahabatan yang baru Cover: 》@sakuraaaa-