💗Chapter 12: TT🎶

58 9 32
                                    

"Eh, awak tahu tak, di Hwarang High ada ramai lelaki handsome! Seronok saya ikut Cheon. Tapi saya dah jumpa suami saya kat sana" seronok Ji Sook bercerita.
Eun Ha hanya mampu mengangguk sahaja tanpa memberikan pendapat. Tadi dia hanya berjalan untuk ke perpustakaan, tapi diheret Ji Sook dan dijadikan kawan bercerita.

"Awak, asyik angguk je, cakap la"

"Ah.. Ya. B-bagus la tu"

Walaupun Eun Ha tidak suka, tapi dia tidak dapat lawan balik. Bukan dengan Ji Sook sahaja, tapi dengan semua orang sekali dia macam tu.

Tiba-tiba, muncul Eun Min menyelit. "Cerita pasal apa tu?"

"Wat da fish in the pond!" latah Ji Sook dengan divanya. Terkejut Ji Sook kerana tiba-tiba Eun Min muncul.

"A-ah, awak siapa ya?"

"Ji Sook-Sunbae tak kenal saya? Saya Seo Eun Ha. Masih tak kenal saya?"

Ji Sook menggeleng.

"Saya gurau je, hahaha. Nama sebenar saya Eun Min, bukan Eun Ha. Eun Ha ni nama budak tu" Eun Min menjuihkan bibir ke arah Eun Ha.

Ji Sook memandang ke arah Eun Ha. Dia sudah malu kerana dia lupa nama Eun Ha.

"Ah, tengok masa. Saya dah lambat" Ji Sook acah-acah tengok jam di pergelangan tangannya yang tiada jam langsung.

"Saya pergi dulu" lantas Ji Sook beredar dari situ.

"Lipas dah pergi dari sini" kata Eun Min sambil flip hair. "Eun Ha, kalau ada orang cari pasal, lawan dia. Aduhai, menyusahkan betul"

"Biarlah. Saya dah biasa. Lagipun dia cuma cerita, bukan dia suruh buat kerja pun" balas Eun Ha sambil memandang bawah.

"Ha! Suka, sukalah tu kepala kena pijak dengan orang" kata Min dengan nada memerli. Memang dia tidak suka kawannya dibuli. "Nasib kau ada aku yang cool ni selamatkan kau"

Eun Ha be like ‾︿‾ dan terus meninggalkan Min.

"Alaa, jangan tinggalkan aku.  Lagipun betul apa yang aku kata TT" Min mengejar Eun Ha yang sudah jauh.

☁☁☁☁

Jihye termenung di dalam kelas. Fikirannya melayang entah kemana. Tanpa dia sedar, sebuah langkah berjalan menuju ke arahnya. Orang itu berdiri di sebelahnya sebelum mencuit pipi Jihye. Jihye memandang atas, empunya jari itu.

"Annyeong" kata Eunwoo sebelum duduk di tempatnya.

"Annyeong" balas Jihye sebelum kembali termenung.

Eunwoo sudah rasa awkward, dia mahu bercerita dengan Jihye tapi tiada idea apa yang mahu diceritakan.

'Dia duduk di dunia dia sendiri lagi' fikir Eunwoo sambil mengeluarkan buku untuk subjek pertama.

Sementara membaca(budak rajin katakan), dia mengambil keputusan untuk memandang Jihye sekilas lalu ternampak Jihye yang memandangnya cepat-cepat mengalihkan pandangan.

Ha, Jihye. Kantoi kau pandang Eunwoo.

Jihye yang malu memandang ke arah tingkap, buat bodoh.

Eunwoo tersenyum.
'Dia tengok aku' fikirnya sambil tersengih-sengih kerang busuk. Alaa, dia cuma tengok, bukan ajak couple.

Eunwoo memandang kearah Jihye, mengharapkan tindak balas yang sama seperti tadi. Tapi dia kecewa, Jihye sedang mendengar lagu menggunakan earphone sambil main Slither Snake.io di Huawei P8.

Dekat luar Eun Woo nampak cool, tapi dalam hati dia ber 'I'm-like-TT'

~T_T~

Tabah Eun Woo, lain kali jangan perasan sangat.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now