🌻🌻🌻🌻
Seperti biasa, May akan berlatih bola keranjang di gelanggang sekolah. Peluh didahi dilapnya. Selesai dia menjaringkan 10 gol, baru sahaja dia mahu mengambil air, sebuah tangan telah menghulurkannya sebotol air mineral.
"Nah!" kata tuan punya tangan.
"Kau buat apa kat sini MJ?" tanya May selepas mengambil air mineral itu. Segera dia membuka dan meneguk airnya.
"Untuk melihat perepuan cantik main bola. Awak telah jaringkan sebanyak 10 gol ke hati saya"
"Amboi, manis betul mulut kau"
"Memang manis, sebab ia hanya akan manis bila ianya untuk awak"
"Apakah?" May sekadar memandang MJ dengan muka menyampah.
"Jangan menyampah dengan saya, nanti awak tersumpah hati saya dengan cinta"
(Sweet talker betul Mamat ni)
"Macam mana kau boleh kaitkan sumpah dengan menyampah ni?" May tergelak kecil. "Berhentilah dengan ayat manis kau tu, nak muntah aku dengar"
"Oh, ye ke? M-"
"Ayat manis lagi?"
MJ mengangguk sambil tersengih-sengih.
"Dah, la. Latihan aku berhenti sekejap, aku nak visit kawan aku kat studio menari, nak ikut?" tanya May seusai menutup botol mineral.
"Kalau untuk perempuan cantik, boleh je" kata MJ sambil mengikuti langkah May keluar dari gelanggang.
"Aku dah kata berhenti"
"Ini bukan ayat manis, saya menyatakan fakta. Awak memang cantik"
May fed up. Memang itu yang selalu MJ kata bila berjumpa dengan May, MJ akan kata 'Awak Cantik'. Sewaktu berjalan, masing-masing mempunyai fikiran tersendiri.
'Teruk sangat ke confident aku sampai dia perlu puji setiap hari supaya aku lebih berkeyakinan? Bukan aku memang yakin diri ke?' fikir May sambil memandang ke arah MJ.
'Ah, biarlah dia. Sweet talker memanglah''Kenapa dia susah sangat nak dapat?' MJ pula, sibuk memandang luar tingkap berfikir sambil berjalan. Selang beberapa saat, dia pasti memandang ke arah May.
'MJ, kau pernah berjaya dapatkan seseorang? Kalau berjaya pun, kau bukannya serious'Masa dalam perjalanan, sebab penat sangat, May kurang stabil dan hampir-hampir terjatuh. Nasib baik MJ sempat menangkap May.
"Awak tak apa-apa?"
"Aku okay, aku okay" cepat-cepay May berdiri sebelum kembali berjalan. "Kenapa cliche sangat ni?" dia mengomel.
Sampai sahaja di depan studio menari, May membuka pintu. Terkejut May bila ternampak seorang lelaki sedang mengangkat seorang gadis dalam bridal style.
"Min Hyuk, apa dah jadi dengan Ji Hyun!?" laju saja May berlari kearah Ji Hyun yang mukanya pucat.
"Dia pengsan masa menari" kata Rocky yang dalam keadaan cemas. "Kita pergi bilik kesihatan" kata Rocky lalu, mereka semua pun bergegas keluar dari bilik tarian.
"Haish, Rocky! Lambat betul lah kau jalan!" marah May.
"Aku tengah angkat Ji Hyun ni!" Rocky pula, cuba sedaya-upaya untuk menyamai langkah May yang laju. May kan atlet, memang laju ( ̄∀ ̄).
"Mari sini! Biar aku angkat" May merampas Ji Hyun daripada Rocky sebelum mengendongnya. Laju saja dia membawa Ji Hyun ke bilik kesihatan.
"Jangan pelik Min Hyuk, setiap kali dia sukan, aku tengok dia, dia memang kuat dan laju" kata MJ yang berjalan laju mengikuti May dari belakang.
YOU ARE READING
I met her || ASTRO AF
FanficDia bertemu dengan seorang yeoja. Melalui chingu yeoja itu, dia bertemu dengan 5 lagi namja lain. Maka, terbentuklah suatu kumpulan persahabatan yang baru Cover: 》@sakuraaaa-