"Gaduh sana. Gaduh sini" keluh Jihye. Okay, harini Jihye buang tabiat. Selalunya dia mana ada kisah pasal orang sekeliling. Tapi kalini dia memang kena kisah.
Sebab? Dalam kumpulan mereka, dia seorang saja yang belum gaduh.'Eh, buat apa aku nak ambil kisah? Bukan diaorang dah besar panjang ke? Takkan tak reti nak berbaik sendiri' omel Jihye dalam hati. Tapi dia tidak sedar lansung yang Eun Woo yang duduk disebelahnya sedang merenung ke arah Jihye. Seperti dia tahu ada masalah yang dihadapi Jihye.
"Jihye?" panggilan Eunwoo tidak dibalas kerana Jihye tiada. Eh, bukan Jihye tiada. Pemikiran Jihye nun jauh~
"Jihye?" panggil Eunwoo lembut.
"Sayang?" kali ni disertai dengan cuitan di bahu. Meremang bulu roma Jihye terdengar perkataan 'sayang'. Dia memandang Eunwoo dengan pandangan terkejut."W-what?"
"Kau ada masalah ke? Cuba cerita" tanya Eunwoo dengan caring-nya.
"Takde ah. Mana ada" tipu Jihye. Penipuannya boleh buat orang percaya, tapi tidak kepada Eunwoo.
"Betul ni?"
"Ye lah" kata Jihye sambil tersengih. Eunwoo senyum. "Okay kalau macam tu"
......
Senyap menguasai antara mereka berdua walaupun kelas kekal bising. Jihye tidak tahu kenapa dia perlu cerita pada Eunwoo. Mesti ke?
Eunwoo memandang Jihye dengan derp faceu seperti seakan-akan tahu apa yang terbuku di pemikiran Jihye. Dia menunggu Jihye untuk membuka mulut.
"Apa?" tanya Jihye yang perasan pandangan itu. Eunwoo mengerdip-gerdip matanya sambil tersenyum.
"Yah, kau ni dah sakit ke pandang aku camtu?" tanya Jihye yang sekali lagi meremang bulu romanya.
"Cerita je la, Jihye" Eunwoo memberikan senjatanya, iaitu senyuman 'putera' ✨. Mari flip hair bersama-sama.
"Sah kau dah sakit"
"Jihye ku sayan-"
"Jangan panggil aku sayang!" potong Jihye serta merta.
"Jagiy-"
"Woi, panggil baik-baik tak boleh?"
"Dengar dulu" kata Eunwoo tegas. Naik rimas ayatnya asyik dipotong. Memangla, siapa suruh panggil bukan-bukan.
"Kadang-kadang tak salah nak bergantung pada orang lain. Sebab tanggung semua sorang-sorang pun tak elok untuk kau" ayat Eunwoo buat Jihye sentap. Ya, memang Jihye seorang yang pendam semuanya sendiri. Kadang-kadang rasa nak terluah tapi ditahan.
Walaupun malas nak ambil kisah, dia juga sebenarnya risau pasal pergaduhan semua. Dah namanya kawan baik? Lebih 8 tahun diaorang semua kenal.
Jihye terdiam sekejap. Patutkah dia cerita?
"Jumpa aku habis sekolah nanti" Jihye sudah buat keputusan. Tak salahkan cerita masalah pada seorang kawan.
"Okay" Eunwoo cuba menyembunyikan senyumannya.
'Aku special bagi dia lah! Dia nak cerita kat aku'☁☁☁☁
"Depan perpustakaan?" tanya Eunwoo yang sedang berdiri di hadapan perpustakaan sekolah yang besar.
"Ya, jom masuk" jawab Jihye. Mereka berdua pun masuk ke dalam perpustakaan seraya duduk di meja yang kosong.
"Okay, cerita dia mac-" belum habis Jihye bercakap, dua orang duduk sebelah kiri kanannya. Terkejut Jihye.
"Jihye-sunbae" kata Min Hyuk. "Saya betul-betul minta tolong Jihye-sunbae" kata Min Hyuk yang kelihatan desperate. MJ disebelah turut mengganguk.
YOU ARE READING
I met her || ASTRO AF
FanfictionDia bertemu dengan seorang yeoja. Melalui chingu yeoja itu, dia bertemu dengan 5 lagi namja lain. Maka, terbentuklah suatu kumpulan persahabatan yang baru Cover: 》@sakuraaaa-