🌴Chapter 24: Aloha~🌅

61 7 106
                                    

Hawaii~

Itulah yang ditunggu-tunggu oleh sang gadis berenam.

"Mana adil! Saya nak sama flight dengan May!"

"Enyahlah kau makhluk penyibuk!" May menarik-narik kakinya yang dipeluk oleh MJ.

"Sanha! Kenapa sengaja asingkan flight!?" Marah Moonbin sementara Sanha tersenyum gaya blackmoon🌚.

Eunwoo hanya mampu menahan geram sambil menumbuhkan cendawan (dengan erti kata lain, merajuk) di hujung tempat duduk.

Pada asalnya, Eunwoo hanya mahu membawa Jihye. Tapi Jihye menolak. Dengan pujuk rayu habis-habisan, akhirnya Jihye terima dengan syarat semua rakan-rakannya ikut. Ye la, kalau bawa sorang kan, yang lain pula yang merajuk.

Disebabkan nak sangat ikut, Sanha menceritakan perkara ini pada yang Minhyuk, Moonbin dan MJ dan setelah setuju dengan cadangan mereka, dia pun ikut menempah tiket. Tidak lupa juga dia belanja tiket untuk yang lain.

Tapi Sanha dengan 'murah hati'nya membeli tiket first class untuk dirinya seorang. Yang lain dibiarnya mendapat flight middle class.

"Maaf Sanha, aku dah tukar tiket kau. Kau akan pergi ikut diaorang di middle class" kata Seulra dengan kejam.

"MWO!? ANDWAE NOONA! ANDWAEEE~" Dengan itu, Sanha pun ikut sekali memeluk kaki Seulra.

"Penerbangan ke Hawaii akan berlepas tidak lama lagi. Semua yang menaiki kapal kelas pertama boleh masuk ke pintu gerbang S manakala semua yang menaiki kapal kelas tengah boleh beratur pintu gerbang B"

"Bye bye~" kata Eun Min dengan riang sambil melambaikan tangan kepada mereka.

"Eh, awak buat apa di sini?" Tanya Eun Ha pada Jinjin.

"Aku beli tiket sendiri" kata Jinjin sambil tersengih. "Tempat duduk kau nombor berapa?"

"14-B"

"Kita duduk bersebelahan! Aku 14-A" kata Jinjin dengan teruja.

"Ohh..." kata Eun Ha sambil menunduk malu.

Mereka semua selamat menaiki kapal.

Moonbin, Min Hyuk, MJ dan Sanha jangan mampu mereput dalam kapal terbang kelas tengah kerana buah hati yang terchenta mereka berada di kapal yang lain.

"Oemji aku excited!!" Kata Eun Min dengan riang.

"Bapak ah, besar gila ruang ni. Ruang ni khas untuk aku sorang? Biar betul!" Dengan bahagianya May baring di atas kerusi yang panjang itu.

(Sila lah buka youtube untuk tengok macam mana rupa kepal terbang mewah HAHAHAHAHAHA)

"Jakunnya. Hampir setiap bulan aku naik kapal terbang camni" kata Seulra dengan hidungnya meninggi.

"Hello, aku pun sama" kata Jihye. Lalu ada bermula lah staring contest dengan effect guruh antara mereka berdua.

Eun Ha, Eun Woo dan Jinjin pula sedang meletakkan barang-barang mereka.

"Kapal terbang akan berlepas tidak lama lagi. Sila pakai tali pinggang keledar anda" kata pramugara yang bertugas. Maka semua mereka cepat-cepat duduk di tempat duduk mereka lalu memakai tali pinggang mereka.

"Laut weyh! Laut!"

"Woi, tak pernah nampak laut ke?"

"Macam bebudak pertama kali naik kapal diaorang ni"

"Zzz"

"..."

"..."

Macam-macam bunyi yang mereka keluarkan.

I met her || ASTRO AFWhere stories live. Discover now