Evelyn duduk di meja nya sambil membuat latihan math. Sekejap sekejap dia mengeluh. Kelas dia terlampau bising walaupun dikatogerikan sebagai kelas kedua.
Walaupun begitu evelyn tetap cuba fokus untuk membuat latihan mathnya sebab peperiksaan pt3 dah nak dekat. Lagi 2 bulan je.
"Class! Harini Puan Rozi tak datang. Jadi boleh buat kerja sendiri" kata ketua kelas yang baru sahaja pulang dari bilik guru.
Pelajar di kelas mula bersorak apabila mengetahui guru matapelajaran bahasa melayu tersebut tidak hadir ke sekolah.
Seperti biasa pelajar mula berkumpul di sesuatu tempat bersama rakan untuk bersembang atau bermain. Tetapi tidak bagi evelyn.
Dia duduk di barisan hadapan kelas dan ditengah tengah setelah disusun oleh guru kelas mereka. Evelyn juga tidak mempunyai kawan kerana bagi pelajar di kelas tersebut, evelyn ni pelik sebab suka membuat latihan math dan matanya berwarna biru cair. Tak lupa juga evelyn ni seorang pemalu dan kadang-kadang dia di usik oleh pelajar-pelajar lelaki yang nakal.
Walaupun evelyn ini cantik tetapi orang salah mentafsirkan kecantikkan tersebut kepada pelik.
"Diam!" Kelas yang tadinya bising mula senyap dan semua pelajar tersebut memandang ke hadapan.
Dua orang pengawas lelaki. Salah satunya menarik minat evelyn. Sebelum ini tak pernah dia melihat lelaki ini ataupun dia yang malas ambik tahu. Tetapi sekarang evelyn betul-betul tertarik dengan seorang pengawas lelaki yang sedang memandangnya dengan senyuman.
"Kami berdua akan menjaga kelas kamu sementara Puan Rozi tiada hari ini" kata pengawas tersebut.
Evelyn terus membuat latihannya semula. Dalam kepalanya masih berfikir tentang pengawas lelaki tersebut.
Siapa dia?
Nama dia apa?
Kelas mana?
Pen hitam yang cuba evelyn ambil di tepi meja terjatuh. Dia berdiri untuk mengambil pen hitam tersebut tetapi pen itu telah di ambil oleh seseorang.
Evelyn memandang depan.
Pengawas tu!
"Ermm.. nah" dia menghulurkan pen kepada evelyn.
"Te-terima kasih" evelyn mengambil pen tersebut dan duduk semula di tempatnya.
Tidak tahu mengapa dia tiba-tiba berdebar. Tidak pernah dia merasai perkara sebergini sebelum ini.
Apa ni?
Dia membuat semula jalan kira. Apabila ada yang tersalah, dia mengambil correction tape dan memadam yang salah. Bila dia mahu menggunakannya semula, correction tape dia sudah habis.
Evelyn mengeluh. Dekat siapa dia nak pinjam? Kawan pun takda.
"Nah" evelyn memandang depan.
Pengawas ni lagi.
"Huh?" Evelyn memandang correction tape ditangan pengawas tersebut dan memandang pengawas itu semula.
"Ambik lah ni. Aku ada banyak lagi" kata pengawas tersebut.
"Takpe ke?"
"Takpe. Aku ikhlas bagi. Ambiklah. Banyak lagi kerja math kau kan" kata pengawas tersebut lalu meletakkan correction tape di meja evelyn dan pergi ke arah kawannya.
Evelyn memandang correction tape tersebut. Sekarang dia tahu apa makna perasaanya.
Dia suka pengawas tadi.
Ya,
Dia dah jatuh cinta.
YOU ARE READING
Blue Eyes
Teen FictionAdrian Iskandar seorang pengawas yang diminati ramai. Seorang yang peramah dan baik hati. Ramai juga yang memendam perasaan terhadapnya tetapi cepat cepat ditepis. Sebabnya hanya satu. Adrian Iskandar ialah anak kepada Ketua Guru Disiplin di sekolah...