Part 11

5.8K 446 8
                                    

Suasana yang panas langsung tidak mematahkan semangat para atlet untuk bermain. Mereka terus berusaha untuk membanggakan nama sekolah. Bunyi sorakan para pelajar memeriahkan lagi tempat tersebut.

"Group B pergi bilik kesihatan. Ambik air mineral lepastu bawak dekat sini" Aina memberi arahan kepada ahli pbsm.

"Ada berapa kotak?" Soal Layla selaku naib pengerusi kelab pbsm sekolah.

"Lebih kurang dua puluh" balas Aina.

"Dua puluh? Banyak tu. Aku rasa kena lagi satu group tolong jugak" kata Layla.

"Umm.. kalau macam tu aku dengan Iqbal duduk sini lah jaga. Yang lain ikut Layla ambik air" kata Aina. Lalu mereka semua bergerak ke bilik kesihatan kecuali Aina dan Iqbal.

"Kita duduk dekat sini je ke?" Soal Iqbal.

"Tungguhlah kalau ada orang sakit tiba tiba" balas Aina. Matanya langsung tidak memandang Iqbal. Dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan bola sepak yang sedang berlangsung.

"Aina" panggil Iqbal.

"Apa?"

"Kau tahu ka--"

"Nanti nanti lah" Aina memotong percakapan Iqbal.

"Ni tempat rawatan ke?"

Aina memandang tepi kiri.

"Haah. Kenapa?" Aina memandang baju yang dipakai oleh lelaki tersebut. Rasanya ini pelajar sekolah lain.

"Kepala aku pening. Ada panadol tak?" Soal Haqiem.

"Panadol kita orang tak boleh bagi sesuka hati. Kena mintak izin cikgu dulu" balas Aina.

"Dahtu? Kepala aku pening nak buat apa" soal Haqiem.

"Erm.. tadi kau duduk dekat mana?"

"Dekat court bola keranjang tu" balas Haqiem.

"Kepala kau pening sebab terlampau kena cahaya matahari. Jadi kalau still pening jangan main untuk perlawanan seterusnya nanti. Kalau tak boleh hilang imbangan diri sebab terlampau panas. Nah ambik pack ais ni. Letak dekat kepala bagi sejuk" Aina berjalan ke arah kotak ais. Lalu dia mengeluarkan satu pack ais dan diberikan kepada Haqiem.

"Terima kasih" kata Haqiem lalu pergi. Aina langsung duduk semula di tempatnya. Iqbal pula sudah pergi ke tempat lain untuk memastikan tiada siapa yang cedera.

**********

"Cepat ahli pbsm bawak dia ke khemah rawatan!" Jerit pengadil apabila Haqiem jatuh dan buku lalinya terseliuh. Dua orang lelaki terus ke tengah padang dan memapah Haqiem untuk dibawa ke khemah rawatan.

Haqiem diletakkan secara perlahan di atas kerusi. Mukanya berkerut manahan sakit. Di dalam hati dia berdoa agar kakinya hanya terseliuh sikit. Jika tidak, mungkin dia tidak akan boleh bermain lagi selepas ini.

"Dah cakap jangan main. Taknak dengar" Haqiem memandang Aina. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah kaki Haqiem. Aina mencapai satu ice pack yang di bawa lalu diletakkan di buku lali Haqiem yang terseliuh.

"Main ke tak. Takde kena mengena dengan kau" balas Haqiem. Matanya memandang ice pack tersebut. Aina juga memandang di situ. Mereka bercakap namun tidak memandang sesama sendiri.

"Tapi ada kena mengena dengan kau. Tak sayang diri ke kalau injury ni lagi teruk" balas Aina. Ice pack tersebut ditekankan.

"Sakitlah" Haqiem mengerutkan dahi. Dia memandang Aina yang langsung tidak memberi sebarang reaksi. Terus sahaja tangannya merampas ice pack tersebut dari tangan Aina.

"Tak ikhlas jangan buat" Langsung Haqiem meletakkan ice pack tersebut di kakinya sendiri. Aina memandang Haqiem dengan pandangan kosong lalu dia berdiri untuk beredar.

"Hati batu" kata Haqiem perlahan. Matanya memandang Aina yang semakin jauh.

*************

Adrian memandang Evelyn dari jauh. Dia memerhati Evelyn yang duduk keseorangan di kantin. Adrian mengeluh. Dia berasa kasihan melihat Evelyn keseorangan. Hendak pergi ke arah Evelyn namun dia teringat akan pesanan Puan Asyura. Bila tidak menemani Evelyn pula rasa bersalah mula menyelubungi diri.

Evelyn mengangkat kepala dari membaca buku. Matanya terpandang mata Adrian yang sedang memandangnya. Dia memberikan senyuman. Namun Adrian hanya memberikan senyuman sedikit lalu dipusingkan badannya dan beredar dari kawasan kantin.

***********

"Evelyn nanti tolong hantar kotak ni ke bilik guru" kata Puan Liza. Evelyn hanya mengangguk. Dia memandang kotak yang dikatakan oleh Puan Liza.

Evelyn mengeluh apabila melihat kotak tersebut merupakan kotak yang sederhana besar dan dipenuhi dengan buku buku tulis pelajar.

Apabila loceng waktu balik berbunyi, pelajar di dalam kelas berpusu-pusu untuk keluar. Puan Liza juga sudah keluar dahulu. Tinggal Evelyn keseorangan.

Evelyn menggalas bag sekolahnya lalu dia berjalan ke arah kotak tersebut. Dia mengangkat kotak tersebut namun belum beberapa minit dia dah terasa lenguh.

Evelyn keluar dari kelas dan meletakkan kotak di tepi dan mula mengunci pintu kelas. Seterusnya, dia terus menyambung mengangkat kotak untuk dibawakan ke bilik guru.

Evelyn berjalan menuruni tangga dengan berhati-hati. Dia takut hilang imbangan sewaktu turun dari tangga. Kaki Evelyn tiba tiba hilang imbangan. Baru sahaja dia hendak terjatuh, tangannya seperti dipegang dan ditarik agar tidak jatuh.

Namun kotak tersebut bergolek jatuh ke bawah. Buku-buku yang berada di dalam kotak tersebut terkeluar dan bersepah.

"Haih. Dah tahu diri tu tak larat. Kenapa angkat jugak" bebel Harraz. Harraz turun ke bawah lalu dia mengutip semua buku tersebut. Evelyn juga melakukan perkara yang sama.

"Biar aku angkat. Kau tunjuk jalan" kata Harraz. Evelyb mengangguk lalu mereka berdua berjalan ke bilik guru.

Setelah siap meletakkan kotak tersebut di bilik guru, Evelyn dan Harraz berjalan bersama untuk pergi ke pagar sekolah.

Evelyn terpandang Adrian yang sedang menjalan kan tugas sebagai pengawas. Evelyn senyum ke arah Adrian namun Adrian hanya membalas dengan senyuman pendek lalu dia memusingkan badan.

Evelyn mengeluh.

"Kah suka Adrian kan?" Soal Harraz.

"Tak"

"Jangan tipu aku. Aku tahu semua benda" balas Harraz.

"Kalau ya pun takde guna. Mak dia bukan suka aku pun. Dia tu pun sekarang dah elakkan diri" balas Evelyn.

"Haih. Jangan fikir macam tu. Puan Asyura mungkin nak Adrian fokua belajar. Biasalah, mak mak ni kan selalu fikir benda bukan bukan. Yang Adrian tu kau jangan risau. Dia tu pun aku rasanya ada perasaan yang sama terhadap kau. Cuma tak sedar" kata Harraz.

"Kau ni ya ya je"

"Iya. Aku tak tipu. Adrian tu kan lembab sikit" balas Harraz.

"Dahlah. Kereta aku dah sampai. Bye" Evelyn terua berjalan ke keretanya. Namun ayat Harraz tadi berjaya berlegar legar di fikirannya.

Dalam diam dia berharap agar apa yang dikatakan oleh Harraz semuanya benar belaka.

************************
1. Sorry sebab lambat update. Saya tiada masa sebelum ni.
2.Thanks for 15k readers !! I love you guys. Hehe.
3.Rasanya Aina sesuai atau tidak dengan Haqiem?
4.Vote and comment banyak banyak sebab saya suka baca comment anda.

Blue EyesWhere stories live. Discover now