Part 6

7.1K 570 36
                                    

Thanks for 1k readers💖

*************
Sudah dua minggu irfan cuba menegur evelyn. Tetapi evelyn pula cuba melarikan diri setiap kali hendak membukan mulut, pasti evelyn mencari alasan.

Evelyn juga bingung dengan perangai irfan yang sekarang. Dahulu bukan main mengejeknya mata biru. Tetapi sekarang , irfan seperti cuba memberitahunya sesuatu. Cuma dia yang tidak mahu mendengar.

"Kalau aku cuba dengar apa yang dia cuba sampaikan. Tak salahkan?" Evelyn berkata sendirian.

************

"Evelyn!" Jerit irfan.

Evelyn pusing ke belakang. Irfan tersenyum. Akhirnya, evelyn mahu mendengar apa yang dia cuba sampaikan.

"Apa awak nak? Cakap sekarang" kata evelyn.

"Aku cuma nak jadi kawan kau. Tu je" kata irfan. Dia memandang tepat di mata evelyn. Jelas yang evelyn terkejut.

"Tapi kenapa? Kenapa tiba tiba?" Soal evelyn. Dia sendiri bingung. Sedangkan dirinya seperti musuh di mata irfan sebelum ini tetapi sekarang, irfan sendiri yang mahu berkawan dengannya.

"Sebab dari dulu aku memang nak berkawan dengan kau. Cuma tak tahu macam mana" balas irfan.

"Kau bukan benci aku ke?" Soal evelyn lagi sekali.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Kali ini irfan pula yang bertanya.

"Kau yang selalu ejek aku. Bukan ke itu bermaksud kau benci aku?" Soal evelyn.

"Tak lah. Mana ada. Sebab aku rasa ini je cara supaya aku nak bercakap dengan kau. Tak sangka kau rasa macam tu. Aku minta maaf." Kata irfan.

"Erm..okay. Aku terima kau sebagai kawan" kata evelyn.

"Thanks" irfan sudah tersenyum gembira.

"Aku nak balik dulu. Bye" kata evelyn lalu mula berjalan pergi.

Irfan tersengih sambil melihat evelyn yang berjalan pergi.

"Evelyn ..evelyn" irfan menggelengkan kepalanya. "Kau kena tahu. Lelaki kacau perempuan yang diorang suka" kata irfan lagi.

Lalu dia melompat kegembiraan. Terlalu gembira sehingga boleh diluahkan melalui perbuatan.

********
Adrian berjalan ke arah pondok yang dia sering mengulang kaji bersama evelyn. Dia berjalan dengan laju agar evelyn tidak menunggunya dengan lama. Apabila dia hampir sampai dia tidak melihat evelyn di situ.

"Mana dia ni" adrian memandang sekeliling kawasan tersebut.

"Adrian!" Kepalanya terus sahaj di pusingkan ke arah suara tersebut.

Evelyn bersama irfan.

"Sorry sangat. Saya fikir awak lambat tadi. So saya bersembang dengan irfan kejap. Sorry" evelyn memandang adrian. Adrian hanya membalas dengan mengangguk. Ini bukan pertama kali evelyn lambat. Tetapi sudah banyak kali. Semenjak berkawan dengan irfan, evelyn semakin renggang dengannya.

Pada mulanya dia begitu terkejut apabila evelyn memberitahu bahawa irfan sudah menjadi kawanya. Waktu itu dia masih boleh terima. Tetapi semenjak evelyn mengabaikan dirinya, dia rasa marah.

Blue EyesWhere stories live. Discover now